Written by Bella | October 28th, 2016

Umum mengetahui penyanyi Adira kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami Datuk Red. Meskipun usia kandungan beliau bakal mencecah lima bulan pada 3 November depan, Adira bagaimanapun tidak terlalu “berkepit” dengan suaminya dan ingin menjaga hati madunya.

Menurut Adira, mengandung bukanlah kelebihan untuk beliau mendapat layanan istimewa daripada Datuk Red. Sebaliknya, kasih sayang suaminya itu diberikan sama rata.

Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.

Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil.

Adira akui beliau tidak terganggu dengan perkara berkenaan, tetapi di peringkat awal kehamilan beliau lebih gemar untuk bersendirian dan tidak memikirkan hal kerja mahupun berada di tempat yang bising.

Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising. Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.

Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala.

Adira pada masa yang sama memberitahu beliau mengalami alahan yang agak teruk selain selera makannya juga bertambah.

Hidup bermadu ini kena tanamkan sifat bertolak ansur dalam diri selain tidak boleh mudah berkecil hati kerana kasih sayang suami harus dibahagi dengan adil. Memang bercakap itu mudah daripada melakukannya tetapi itulah hakikatnya bukan? Apa yang penting, Datuk Red dapat berlaku adil terhadap Adira dan Datin Red.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 28th, 2016

Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen menerima teguran dan kritikan daripada netizen gara-gara beliau memuat naik foto ketika beliau melambung anaknya Yusuf Iskandar yang baru sahaja berusia empat bulan.

Mereka memberitahu tidak baik untuk melambung bayi kerana ia akan menyebabkan kecederaan serius jika terjatuh dan boleh terkena sawan.

Walaubagaimanapun, Hairul sedikit pun tidak terasa hati dengan komen-komen yang diberikan kerana ia membuktikan peminat mengambil berat dan menyayangi anaknya.

Saya tak marah pun dengan komen yang ditulis, malah berterima kasih dengan mereka kerana menegur dan mengingatkan saya.

Apa pun, ingin dijelaskan gambar itu diambil dari video yang saya rakam. Pada masa sama rakaman itu dibuat dari sudut bawah, jadi ia kelihatan Yusuf seperti dilambung tinggi. Saya memahami perasaan mereka yang bimbang melihat gambar itu.

Hairul menjelaskan beliau tidak pernah berniat untuk menyakiti Yusuf seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak.

Menurut Hairul, meskipun beliau baru sahaja bergelar bapa, beliau sebenarnya sebelum ini sudah mempunyai pengalaman menjaga 15 orang anak saudara.

Memang saya pertama kali mendapat anak, tetapi ini bukan pengalaman pertama menjaga anak. Kalau nak tahu saya pernah menjaga 15 anak saudara. Setiap daripada mereka saya pernah melakukan perkara sama seperti Yusuf.

Memang banyak yang menegur dengan memaklumkan ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak itu. Namun, disebabkan perasaan ingin tahu saya bertanya kenapa ia tak boleh dilakukan. Dari situ saya membuat kajian dan pembacaan sendiri.

Betul kata Hairul, selagi peminat tegur ia bermakna mereka masih ambil peduli dan sayangkan Yusuf Iskandar. Bukan semua komen itu bersifat negatif bukan? Biasalah tu, daripada kesilapan kita akan belajar sesuatu yang baharu dan kita akan tahu setiap alasan mengapa perkara itu tidak harus dilakukan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 27th, 2016

Sejak beberap hari lepas, sebuah video yang menunjukkan babak Neelofa dan Fattah Amin di atas katil telah menjadi viral di media sosial.

Ia bukanlah aksi ranjang tetapi Neelofa secara tidak sengaja telah “menayang” lurah dadanya apabila menyelak tudungnya.

Meskipun ia bukan perkara yang disengajakan, ia tetap mendapat perhatian netizen sehingga  menungundang beberapa komen negatif.

Ada yang mempersoalkan mengapa pengarah tidak memotong adengan berkenaan agar ia tidak mengundang fitnah.

Kalau anda perasan, kebelakangan ini drama Suri Hati Mr. Pilot dikaitkan dengan pelbagai berita, daripada watak Fattah sebagai juruterbang,  komen Fara Fauzana mengenai Fattah yang bukannya “taste” Neelofa sehinggalah isu lurah Neelofa. Mungkinkan ini strategi untuk memikat penonton? Hurm..

Written by Bella | October 27th, 2016

Sebelum ini, pelakon Janna Nick mengambil keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti ,  kerana sedar vokal serta kemampuan beliau sebagai penyanyi  yang tidak berpengalaman.

Namun,  beliau telah membatalkan hasratnya untuk menarik diri setelah dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak.

Saya terbabit dalam bidang nyanyian hanya suka-suka dan bukan untuk bertanding. Saya tak pernah menyimpan cita-cita untuk bersaing atau sebaris dengan penyanyi handalan sedia ada. Dalam erti kata lain, saya masih sedar diri.

Saya sedar kemampuan dan kualiti vokal saya, malah apabila muncul dengan single ini saya tahu di mana kedudukan saya. Jadi saya tak kisah sekiranya kalah dalam bidang muzik.

Janna sekaligus telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau tidak boleh menyanyi secara langsung. Untuk pengetahuan anda, itu juga salah satu sebab Janna mahu berundur daripada program berkenaan.

Saya selalu menyanyi secara langsung. Ketika merakamkan lagu Mungkin Saja ia menggunakan suara asli saya dan bukannya ‘auto tune’.

Berilah peluang untuk Janna Nick membuktikan beliau juga mampu menjadi seorang penyanyi. Siapa tahu ada rezeki boleh ke peringkat final.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 4 of 41« First...23456...102030...Last »