Written by Bella | October 10th, 2016

Bukan mudah untuk menerima hakikat diceraikan ketika sedang hamil lima bulan, Elly Mazlein akui ia adalah satu sejarah hitam dalam hidupnya yang membuatkan beliau serik untuk mendekati dan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki lagi.

Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya.

Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini. Soal lain, saya ketepikan. Saya dah serik.

Pada awalnya, Elly tidak berniat untuk mendedahkan aib bekas suaminya, Azmi Hatta. Namun, sikap Azmi yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan anak mereka selepas dilahirkan membuatkan Elly merasa geram melihat lelaki itu tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

Saya tak bersuara dan tak memberi sebarang komen atas apa yang terjadi. Saya diamkan sebab tak mahu membuka aib, pekung dan kesedihan yang saya simpan selama ini. Saya fokus kepada rumah tangga sepenuh hati tetapi pengakhirannya, saya yang merana dan ditinggalkan ketika sedang mengandung. Saya tak mampu melihat gambar hari pertama Putri Sara Sephia dilahirkan.

Detik menerima kelahirannya sangat indah tetapi detik itu jugalah yang cukup memilukan hati. Lelaki yang berjanji akan menjaga saya ketika pantang, tidak menunaikan janjinya. Dia sekadar datang menqamatkan Sephia dan hilang tidak lagi menjengah.

Hmmph, kami harap Elly Mazlein kekal tabah demi menjaga anaknya. Setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | October 10th, 2016

Rita Rudaini pernah dua kali gagal dalam perkahwinan. Bertahun memberitahu beliau sukar untuk menerima kehadiran lelaki didalam hidupnya, Rita mencuri tumpuan ramai apabila digosipkan sedang bercinta dengan pengacara Donna Muslim yang 13 tahun lebih muda daripada beliau.

Ini menimbulkan persoalan adakah Rita suka apabila dirinya dikelilingi lelaki muda?

Walaubagaimanapun, Rita menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau berkawan dengan sesiapa sahaja. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan kejujuran dalam diri.

Saya tidak pernah peduli dengan persepsi orang. Apapun tanggapan atau pandangan mereka, itu hak masing-masing. Hanya saya mengenali diri dengan lebih jelas. Berikutan selalu dikelilingi lelaki muda, orang luar mula melemparkan tuduhan sebegitu terhadap saya. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Mereka datang dengan baik, saya sambut dengan baik.

Selain Donna beberapa kawan saya yang lain juga lebih muda. Tidak semestinya berkawan dengan orang sebaya atau lebih tua menjanjikan kebahagiaan. Apa yang penting dalam persahabatan, hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Sejak kembali solo saya tidak pernah lagi memikirkan soal jodoh. Bagi saya mudah jika tertulis ada, adalah jodoh itu.

Jelas Rita, beliau hanya ingin mengutamakan anak-anaknya. Rita akui Donna sangat rapat dan manja dengan anak-anaknya yang tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Mereka sudah lama menderita jadi apa yang dilakukan saya akan mengutamakan anak. Tidak dinafikan Donna mesra dengan anak saya, segan juga melihat caranya melayani mereka. Arjuna agak manja dengan Donna, mungkin dirinya tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa.

Jodoh juga tidak mengenal jarak usia. Jika seseorang lelaki itu mampu menerima status Rita sebagai janda anak dua dan memberikan kasih sayang terhadap anak-anaknya, tidak salah kalau mereka cuba untuk ke fasa yang lebih serius bukan?

Sumber Berita  : BH PLUS

Written by Bella | October 10th, 2016

Tentu anda semua masih ingat dengan isu viral minggu lepas dimana netizen mengatakan selebriti Fazura mempunyai suara yang sumbang dan menyanyi “syok sendiri” di pembukaan konsert F1. Tidak kami nafikan, agak teruk juga kritikan yang diterima oleh Fazura.

Namun,  perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Fazura untuk terus menyanyi.  Menurut Fazura, orang ramai tidak berhak untuk menentukan hala tuju hidupnya dengan meminta beliau untuk melupakan bidang nyanyian dan hanya fokus kepada kerjaya lakonannya sahaja.

Saya tidak mahu anggap mereka dengki kerana kita tidak tahu apa sebenarnya niat mereka. Kalau saya ikutkan juga kehendak pihak yang mengkritik, mereka akan tetap mencari kesilapan kita dan bercakap apa saja. Lihat di mana Yuna sekarang. Jadi saya tidak akan tunduk kepada komen negatif seperti itu. Kalau komen itu membina, saya akan terima.

Menurut Fazura, ketika beliau membuat persembahan beliau melihat penonton sangat terhibur. Tiba-tiba sahaja ketika beliau ingin menyampaikan lagu Sayangi Diriku, terdapat beberapa masalah teknikal sehingga beliau tidak boleh mendengar suaranya sendiri. Walaubagaimanapun, beliau tetap meneruskan persembahannya.

Ketika membuat persembahan, saya lihat ramai penonton terhibur dan menari serta menyanyi bersama. Bagaimanapun, ketika menyampaikan lagu Sayangi Diriku, berlaku masalah teknikal apabila saya tidak dapat mendengar suara sendiri.

Bukan hanya saya tetapi masalah itu turut membabitkan penyanyi latar saya. Apapun saya teruskan juga persembahan. Tiba-tiba saya dapat tahu bahagian itu yang diviralkan. Saya tak tahu apa tujuan pihak yang memviralkan video itu? Saya tidak mahu menganggap mereka dengki kerana kita tidak boleh baca hati orang lain.

Pada masa yang sama, Fazura akui beliau meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan menyanyi hanya untuk suka-suka sahaja dan bukan untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 10th, 2016

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya selepas ditangkap oleh pihak polis kira-kira dua minggu lepas.

Aidil dan dua lagi rakan beliau iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.

Untuk pengetahuan anda, Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala R. Guevara merupakan rakyat Filipina. Menurut portal Kosmo,  tiada pengakuan yang direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Ketiga-tiga mereka didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : Kosmo!

Page 30 of 41« First...1020...2829303132...40...Last »