Written by Bella | October 31st, 2016

Dikecam kerana memuat naik foto sedang membelai anjing ketika bercuti bersama suaminya, Rami Alashkar di Italy, Ramona Zamzam bagaimanapun enggan memadam foto berkenaan kerana beliau menyifatkan tindakannya itu tidak melanggar apa-apa perkara dari sudut agama Islam.

Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian.

Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering.

Tambah Ramona, suaminya yang merupakan rakyat Palestin agak terkejut dan hairan dengan sensitiviti rakyat Malaysia terhadap anjing.

Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.

Agak sukar untuk membicarakan hal ini kerana setiap orang mempunyai prinsip dan pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | October 31st, 2016

Kontroversi Elly Mazlein memberikan sedikit impak buat dirinya apabila beliau menyertai Gegar Vaganza 3. Ramai yang menganggap pihak produksi seolah ingin menggunakan cerita hangat mengenai rumah tangganya dengan memberikan lagu yang berkaitan dengan apa yang Elly lalui baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Elly tidak mahu memikirkan perkara negatif dan beliau tidak anggap pihak produksi GV3 ingin mengenakan beliau.

Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat.

Memang kalau diperhatikan, lagu pertama (Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan) memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua (Berpisah Jua) pun macam kisah saya, selepas itu lagu untuk minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda.

Namun, Elly akui beliau kadang-kadang takut jika beliau emosi di atas pentas kerana “terpukul” dengan lagu-lagu yang menggambarkan kisah derita hidupnya.

Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena ‘bom’ depan muka sendiri.

Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat yang berada dalam dewan itu membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis.

Peminat Elly Mazlein cukup menyayangi beliau sebab itu mereka agak sensitif dan kalau boleh tidak mahu lihat Elly terus menangis. Luka didalam hati memang tidak boleh diubati dalam sekelip mata, tetapi sentiasa berfikiran positif dan percayalah Elly akan lebih tabah serta kuat di masa hadapan.

Sumber Berita: Kosmo Online

Written by AbangNara | October 28th, 2016

Yeah! Minggu lalu Abang Nara terlupa nak kongsikan artikel pemberian tiket ke konsert Gegarvaganza 2016. Maafkan diri ini. Dah tua-tua ini cepat lupa pulak. Namun untuk minggu ketiga ini, anda sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan konsert ketiga Gegarvaganza 2016 secara langsung di Dewan MBSA Shah Alam. Teruja tak? Mesti teruja kan?
gegarvaganzaGV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara. Isikan borang di bawah untuk memenangi 3 pasang tiket.

Pemenang akan dimaklumkan menerusi email selewat-lewatnya malam ini. Jadi selalulah tengok-tengok email anda. Semoga berjaya dan selamat melayan Gegar Vaganza 2016.

Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, sila hadirkan diri ke Dewan MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam. Pemenang akan diberitahu menerusi SMS. Selamat mencuba!!!

Written by Bella | October 28th, 2016

Baru-baru ini, Erra Fazira ada berkongsi sebuah video dimana anak perempuannya, Engku Aleesya sedang belajar untuk menunaikan solat.

Siapa sangka perkongsian Erra itu mendapat pujian daripada peminat beliau di Instagram yang mengucapkan tahniah kepada Erra kerana berjaya memberikan didikan agama kepada anaknya itu.

Dalam video berkenaan, Aleesya sedang berlatih membaca surah dan doa dalam solat sambil dibetulkan oleh Erra.

Berikut video yang dimuat naik di Instagram :-

Si tecik tgh practice lancarkan solatnya. Semoga jadi anak yg solehah anakku.. salam isya semua..

A video posted by Eera Chek (@errafazira) on

Ini pula komen-komen daripada peminat Erra :-

Alhamdullilah, walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang artis, nampaknya Erra Fazira tidak lalai dalam memberikan didikan agama kepada anaknya. Semoga Aleesya menjadi anak yang solehah.