Written by Bella | October 31st, 2016

Bakal berkahwin dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada bulan November ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar pernah memberitahu akan mengadakan sidang media pada 10 Oktober 2016 bagi berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Namun, apabila tibanya tanggal 10 Oktober lepas, sidang media berkenaan terpaksa dibatalkan. Pihak media dan peminat agak kecewa kerana apa yang dirancang tidak kesampaian.

Susulan itu, Lufya menerusi portal mStar Online memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan sidang media berkenaan. Menurut Lufya, ia dibatalkan kerana mempunyai beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.

Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.

Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang.

Menurut Lufya, beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Che Muhammad Hafiz dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama.

Kami berharap segalanya akan dipermudahkan buat Lufya Omar dan tunangnya sehingga ke hari mereka diijabkabulkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 31st, 2016

Tanggal 8 Disember depan, Skop Productions bakal menayangkan filem yang cukup unik dan menarik iaitu Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Namun, sebelum filem itu ditayangkan, ada pihak yang mula mempertikaikan persamaan poster filem Desolasi dengan filem Inferno lakonan Tom Hanks.

Jika anda lihat kedua-dua poster berkenaan, ia menunjukkan dua pelakon utama sedang berlari ke arah sama.

Berbicara mengenai isu berkenaan, Syafiq akui beliau merasa terkejut dan telah bertanya kepada pereka grafik poster Desolasi. Menurut Syafiq, beliau dimaklumkan ia cuma satu kebetulan sahaja.

Malah, menurut Syafiq , poster Desolasi siap Ogos lalu dan ketika itu poster filem Inferno belum lagi muncul di pasaran filem tempatan.

Poster yang tersebar itu bukan poster utama. Poster utama hanya paparkan watak utama berseorangan sahaja manakala poster yang tersebar itu adalah poster kedua. Saya hanya mahu mencari kelainan sebab umum tahu setiap poster filem keluaran Skop Production akan paparkan banyak pelakon, jadi saya nak ubah dengan cara sendiri.

Bagaimanapun papa (Datuk Yusof Haslam) sarankan saya menghasilkan poster yang paparkan dua watak dalam filem berbanding hanya satu watak sahaja. Selepas melakukan beberapa perincian, baharulah kami bersetuju untuk wujudkan dua rekaan poster.

Menerima pelbagai kritikan daripada netizen mengenai isu ini, Syafiq bagaimanapun berkata ia mungkin perkara baik buat filemnya itu. Dari isu ini, orang akan mula cakap dan memberikan perhatian terhadap filem Desolasi.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 31st, 2016

Satu Malaysia kini dilanda demam dengan drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa sehingga ada yang mahu mereka berdua bercinta. Iyalah, bukan main manja dan manis lagi watak Ejaz dan Warda sehingga kemesraan mereka cukup jelas di luar set penggambaran.

Tentu sekali orang ramai ingin tahu apakah pula komen bekas kekasih Fattah iaitu Sherry Ibrahim mengenai drama Suri Hati Mr. Pilot.

Namun, Sherry nampaknya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah apabila beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai drama berkenaan.

Saya tidak mahu komen apa-apa.

Sebelum ini Fattah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka masih baik sebagai kawan biarpun sudah berpisah.

Malah, bila ditanya mengenai hubungan beliau dengan pelakon lelaki itu Sherry sekali lagi enggan memberi sebarang jawapan.

Ermmh, diam itu ada kalanya lebih baik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Soal hati ini susah untuk dibicarakan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | October 31st, 2016

Adi Putra sebelum ini pernah mengejutkan peminat industri hiburan tempatan apabila mengakui beliau sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida.

Tidak dinafikan kontroversi rumah tangga keduanya itu cukup hangat apabila Adi pernah didakwa sebagai punca Nor Shahida bercerai dengan suami pertamanya.

Kemudian, timbul pula berita dimana Nor Shahida yang bekerja sebagai Pegawai Imigresen dikatakan telah ditahan berhubung sindiket penyeludupan warga asing dalam satu operasi tidak berapa lama dulu. Namun, semua itu adalah dugaan sebagai pasangan yang baru berkahwin.

Selepas melalui pelbagai isu dan kontroversi, Adi kini boleh tersenyum penuh kebahagiaan apabila Nor Shahida khabarnya sedang hamil anak pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut.

Jika benar Nor Shahida sedang hamil, kami ingin mengucapkan tahniah buat beliau dan Adi Putra. Doakan sahaja rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat dan segala proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online