Written by Bella | October 31st, 2016

Sejak menyertai Gegar Vaganza 3, tahap kesihatan penyanyi Elly Mazlein agak tidak menentu meskipun beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik.

Terkejut juga kami apabila Elly mendedahkan beliau menerima beberapa gangguan ganjil yang menyebabkan kesihatannya tidak pulih sejak tiga minggu lepas.

Sudah masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Tadi pun (malam Ahad) doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik.

Bukan itu sahaja, Elly turut mengalami perkara pelik dan misteri ketika berada di rumah sehingga membuatkan beliau sentiasa merasa takut.

Namun, Elly tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara itu dan akan cuba berubat secara Islam pula selepas ini.

Saya tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa.

Dalam zaman serba moden dan canggih ini masih ada lagi manusia yang percaya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam hanya kerana hasad dengi kepada orang lain.Hmmph. Apa-apa pun, kami mendoakan agar Elly Mazlein cepat sembuh.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : sharpshooter_photographer

Written by Bella | October 31st, 2016

Nampaknya nasib tidak menyebelahi penyanyi Rem apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke 3 Konsert Gegar Vaganza 2016 yang berlangsung semalam. Rem berada di tangga kedua terbawah bersama-sama dengan Elly Mazlein.

Walaubagaimanapun, Rem telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu tugasannya iaitu Penawar Rindu nyayian asal Datin Orchid Abdullah.

Rem ketika ditemui pihak media berkata, beliau tidak menyangka akan terkeluar semalam tetapi redha dengan segala ketentuan takdir.  Pada masa yang sama, Rem merasa bangga dengan persembahan beliau semalam kerana bukan mudah untuk menyanyikan lagu tersebut.

Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku.

Saya seorang penyanyi pop yang mempunyai suara serak dan kasar. Lagu Penawar Rindu seharusnya dilembutkan lenggoknya. Namun begitu, suara saya memang begitu. Saya bangga dengan apa yang saya persembahkan malam ini. Saya sudah buat yang terbaik dan tidak salah untuk saya mencuba.

Sejujurnya, kami harus akui persembahan Elly Mazlein kurang memuaskan dan seperti kata Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim,  sepatutnya kesalahan untuk lupa lirik didalam pertandingan besar seperti Gegar Vaganza 3 tidak boleh berlaku.

Apa-apa pun, siapa tahu mungkin rezeki Rem lebih luas diluar sana apatah lagi beliau sudah membuat kemunculan semula menerusi program GV3.

Apa pula pendapat anda tentang keputusan semalam?

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | October 31st, 2016

Bakal berkahwin dengan seorang jurutera kimi bernama Johan pada awal tahun hadapan, pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya itu adalah calon terbaik buat dirinya.

Menurut Julia, bakal suaminya itu mempunyai darah kacukan seperti beliau dan saling memahami antara satu sama lain. Malah, sikap mereka juga hampir sama.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

Saya percaya, beliau ialah jodoh terbaik untuk saya dan beliau memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinannya, Julia dan Johan telah pun menghadiri kursus kahwin baru-baru ini dan segala rencana mereka sudah hampir sempurna. Julia tidak mahu membazir untuk majlis raja seharinya itu dan hanya melakukan apa yang wajib sahaja. Cukuplah untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Harapnya Julia dan Johan akan bahagia dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 31st, 2016

Sebelum ini pelakon baharu Nazrief Nazri dan Emma Maembong pernah digosipkan bercinta gara-gara keakraban mereka dan berpakaian sedondon ke sebuah acara hiburan.

Namun, Emma pernah menafikan perkara itu dan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja yang bergandingan didalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

Nazrief juga sebenarnya tidak mengambil pusing mengenai isu itu, tetapi sejak kebelakangan ini beliau akui merasa sedikit tertekan kerana ada peminat tegar Emma mengutuk beliau secara berterusan.  Mereka nampaknya tidak mahu Nazrief terlalu rapat dengan Emma.

Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu.

Pada awalnya, ada timbul sedikit salah faham antara Kamal dan Nazrief, walaubagaimanapun, Kamal juga mula sedar bahawa ia hanya satu isu yang diperbesarkan sedangkan beliau dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal. Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma.

Sebab itu kata orang gambar itu memberikan 1001 tafsiran dan ia bergantung kepada pemikiran seseorang itu.

Sumber Berita : mStar Online

Page 1 of 4112345...102030...Last »