Written by Bella | September 1st, 2016

Sekitar minggu lepas, berita mengenai kes pencabulan yang berlaku di Maahad Tahfiz Darul Barakah Ipoh milik seorang penceramah bebas terkenal telah mengejutkan rakyat Malaysia.

Ada yang berpendapat mengapakah kes berkenaan boleh berlaku didalam sekolah yang berlandaskan pegajian Islam.

Kes itu juga mendapat perhatian selebriti Wardina Safiyyah tentang kes pencabulan yang berlaku. Malah, seorang aktivis iaitu Syed Azmi turut menyokong beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Wardina mengenai isu berkenaan.

Cukup lantang bersuara dalam beberapa coretan di akaun Facebooknya, Wardina sekali lagi dihimpit kontroversi kerana seakan menunding jari kepada penceramah Ustaz Kazim Elias. Ramai yang mengritik beliau dan merasakan Wardina agak keterlaluan.

Bagaimanapun, Wardina menegaskan orang ramai sepatutnya memberikan fokus terhadap aduan pencabulan di sekolah tahfiz berkenaan daripada mengkritik beliau.

Orang ramai juga janganlah cuba untuk menyusahkan dan menakut-nakutkan mereka yang mahu membuat aduan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak.

Ini bukan mengenai saya atau kamu, ini mengenai dakwaan yang dibuat. Kita hanya perlu ambil perhatian.

Sekiranya ada aduan serius seperti ini (lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak) kita sepatutnya fokus ke atas aduan tersebut. Kita perlu memudahkan mereka yang ingin membuat aduan pencabulan bukan menghalang mereka dan menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kredibiliti aduan mereka.

Amat menyedihkan kita mempunyai mentaliti menyusahkan dan menakutkan mereka yang mahu tampil membuat aduan.

Ustaz Kazim ketika membuat laporan polis terhadap Wardina dan Syed Azmi baru-baru ini.

Maaf segala salah silap. Kita ini niat hendak tolong orang sahaja. Saya juga seperti semua mahu kebenaran terungkai. Siapa yang menipu siapa yang tidak.

Ustaz Kazim sebelum ini dilaporkan membuat aduan polis terhadap seorang aktivis iaitu Syed Azmi dan Wardina berhubung dakwaan salah laku seks itu.

Aktivis Syed Azmi

Penceramah itu  mendakwa kenyataan Syed Azmi Alhabshi dan Wardina di media sosial  adalah berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang penceramah agama.

Tambah beliau lagi , laporan polis itu dibuat kerana komen-komen di Facebook mereka “sangat memalukannya” dan Ustaz Kazim  ingin membersihkan namanya dan nama sekolahnya, walaupun Syed Azmi dan Wardina mengakui tidak pernah menamakan kedua-duanya.

Hmmph, tidak salah untuk membuat orang ramai sedar bahawa realitinya terdapat kes pencabulan kanak-kanak yang agak serius di negara ini, tetapi dalam memberi pendapat atau bersuara kalau boleh janganlah menimbulkan kontroversi apatah lagi ia melibatkan beberapa pihak lain.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | September 1st, 2016

Tinggal kurang daripada 10 hari lagi pelakon Nazim Othman akan sah bergelar suami kepada Bella Dally. Tentu sekali debaran semakin hangat dirasai oleh pasangan berkenaan.

Bakal bernikah disebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, Nazim memberitahu beliau memilih bulan September untuk berkahwin kerana mempunyai simbolik tersendiri  buat dirinya dan Bella.

Pada masa yang sama, Nazim akui beliau tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan seorang gadis Sabah.

Pemilihan bulan September sebagai hari bahagia kami ada simbolik tersendiri. Kami lahir pada bulan sama. Jika saya lahir tarikh 16 September, Bella pula pada 27 September.

Jika mengikut MyKad, saya memang lahir di Sabah. Bapa saya sering bertukar lokasi kerana bekerja sebagai kelasi.  Cuma saya membesar di Johor Bahru. Akhirnya jodoh saya dengan orang Sabah.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau,  Nazim dan Bella memilih konsep majlis yang ringkas dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.

Majlis resepsi sebelah Bella berkonsep moden manakala saya pula memilih tradisional kontemporari pada majlis menyambut menantu di Johor pada 17 September.

Nazim akan menggayakan  persalinan hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella pula akan mengenakan rekaan Tengku Syahmi bagi majlis nikah, Nurita Harith untuk resepsi di Sabah dan Rizman Ruzaini untuk majlis di Johor.

Mereka juga mendapat beberapa tajaan dari segi pelamin yang ditaja oleh Prettyphannatiq Weddings milik ibu saudara Nazim untuk majlis di pihak lelaki. Pelamin di Sabah pula ditaja oleh Damalee Wedding.

Nazim dan Bella juga mendapat tajaan fotografi dan videografi daripada CST Production dan Lightcatchers.

Sumber Berita : BH ONLINE        

Written by Bella | September 1st, 2016

Apabila seseorang ingin berubah ke arah yang lebih baik, pasti pelbagai dugaan yang akan menimpa mereka. Itulah yang dialami juga oleh Zul Handy Black yang disindir ketika menyampai dakwah daripada rumah ke rumah bersama rakan tablighnya  hanya kerana statusnya sebagai seorang penyanyi rock yang sering dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif.

Bukan itu sahaja, menurut Zul ada yang menganggap beliau hanya berlagak baik dan tidak bersungguh dalam berdakwah.

Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya.

Bercerita mengenai penghijrahan beliau ini, Zul berkata pintu hatinya terbuka untuk bersama kumpulan tabligh selepas bapanya meninggal kira-kira dua tahun lepas. Beberapa bulan mendekati tabligh, Zul sedar beliau terlalu sibuk dengan urusan dunia sebelum ini.

Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal.

Hendak berdakwah ini bukan mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa-apa pun, kami mendoakan Zul Handy Black dapat melakukan yang terbaik dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | September 1st, 2016

Hanya dengan sekali lafaz pelakon Ana Dahlia sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Ashraf Jurey dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Perdana, Taiping semalam.

Ana telah menerima mas kahwin berjumlah RM1000 dan menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan kepada umum.

Ana dan Ashraf di­nikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Roziman Tajuddin tepat pukul 10.48 pagi. Majlis tersebut cukup sederhana tetapi agak meriah dengan kehadiran kedua-dua belah ahli keluarga  dan kenalan rapat Ana dan Ashraf.

Ketika ditemui pihak media, Ana meluahkan rasa syukur kerana majlis raja sehari beliau berjalan dengan lancar dan berharap agar perkahwinan beliau kali ketiga ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar. Mohd. Ashraf pernah berkahwin, saya juga begitu dan seperti mana pasangan lain kami juga ingin bahagia dan berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Yang penting kami akan cuba perbaiki mana yang kurang dan lebih memahami antara satu sama lain. Perkara yang lepas biarlah berlalu.

Tahniah kami ucapkan kepada Ana Dahlia dan Mohd Ashraf semoga kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..

Jom layan beberapa lagi foto sekitar akad nikah dan majlis persandingan Ana Dahlia dan Mohd Ashraf dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber Foto : pfproduction