Written by AbangNara | September 8th, 2016

Selaku seorang yang harus mengikuti perkembangan selebriti-selebriti tanah air dan antarabangsa, Abang Nara memang suka skodeng ramai artis di laman sosial. Bukan artis Malaysia je, artis-artis international pun Abang Nara follow jugak (terutama artis Korea sebab pernah belajar kat sana dulu). Seronok juga melihat perkongsian aktiviti harian mereka. Ada yang suka pergi gimnasium, ada suka bersolek, ada yang pandai berfesyen dan macam-macam lagilah. Antara feveret Abang Nara ialah:-

1. Lee Kwang Soo

 photo PIC1.jpg

Nama Lee Kwang Soo tak perlu diperkenalkan lagi buat peminat-peminat Running Man. Memang tak kering gusi tengok aksi-aksi kelakarnya di dalam Running Man. Di Instagram pun Lee Kwang Soo sering memuatnaik gambar dengan caption-caption yang menggeletek jiwa. Namun ada juga sisi penuh seni Lee Kwang Soo dalam beberapa gambar yang dikongsinya. Yang penting, Lee Kwang Soo memang 1000 kali ganda lebih hensem di Instagram berbanding ketika kemunculannya di dalam Running Man. Boleh jatuh cinta dibuatnya.
P.S: Lee Kwang Soo juga merupakan duta Samsung Galaxy S7 Edge yang sedang hangat di pasaran. Harga telefon ini mencecah ribuan ringgit. Namun korang boleh Samsung Galaxy S7 Edge pada harga HANYA RM9.90 bersempena Shopee 9.9 Mobile Shopping Day yang bakal berlangsung pada 9 September 2016 ini!

 photo PIC2.jpg

Memang korang tak caya tapi memang benar. Korang boleh dapat Samsung Galaxy S7 Edge ini untuk harga RM9.90! Klik sini untuk beli sekarang.

2. Zul Ariffin

 photo PIC3.jpg

Zul Ariffin tengah bersenam memantapkan lagi otot badannya

Jangan ingat perempuan je suka follow Instagram si Zul Ariffin ini. Abang Nara pun suka follow jugak tau. Selaku seorang lelaki, diri ini mengimpikan tubuh badan Zul Ariffin yang memang cukup sasa itu. Dia punya lengan je dah besar peha Abang Nara. Zul Ariffin ini memang suka pergi gimnasium. Angkat besi, tumbuk tinju, berlari dan macam-macam lagilah. Itu yang badan sado tue. Mampukah Abang Nara mengikut jejak langkah Zul Ariffin? Rasa-rasanya macam tak mampu je. Hehehe.

 photo 1231254432543.png

P.S: Kalau korang memang kaki gim, jangan lupa untuk beli Xiaomi Mi Band 2 ketika Shopee 9.9 Mobile Shopping Day nanti untuk mengesan kadar denyutan jantung, jumlah larian, kalori yang telah dibakar dan macam-macam lagi. Memang tak lengkap kalau pergi gim tak pakai menatang alah ini. Jangan lupa untuk standby dengan applikasi Shopee pada 9 September jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam kerana ada “Mobile Auction” di mana Xiaomi Mi Band ini akan mula dijual pada harga serendah 99 sen sahaja. Gila rugi kalau tak beli. Huawei P9 pun turut sama akan mula dijual dengan bidaan RM9.90. Kalau dapat beli dengan harga RM1000 pun dah dapat jimat separuh. Tak ke untung?

3. Rozita Che Wan

 photo PIC5.jpg

Kalau korang tak follow lagi Instagram Rozita Che Wan, memang rugi yang amat-amat sangat. Abang Nara suka tengok keletah si comel Aaisyah Dhia Rana yang sering dikongsi oleh Che Ta. Bukan setakat gambar, video pun ada. Terus terasa nak ada baby girl sorang lagi lepas tengok Aaisyah. Eh, eh, eh.
P.S: Jangan lupa untuk dapatkan pelbagai barangan bayi seperti, baju-baju, alat permainan, sabun mandi dan macam-macam lagilah pada harga kaw-kaw rendah pada 9 September ini bersempena Shopee 9.9 Mobile Shopping Day. Baju Frozen pun ada!!! Kalau pakaikan kat Arissa nie mesti comel sangat-sangat kan? Confirm Abang Nara beli punyalah.

 photo PIC6.jpg
baju Frozen yang confirm akan menambahkan kecomelan anak anda

4. Yunalis Zarai

 photo PIC7.jpg

Yuna ini memang orang yang cukup berseni. Kalau korang follow Instagram dia, memang nampak setiap gambar yang diambil itu ada sudut, cukup simetri dan sangat kreatif. Orang seni nie memang lain macam dia punya skill. Jeles jugak bila Abang Nara tengok gambar-gambar superb Yuna. Suatu hari nanti Abang Nara nak sampai ke tahap ini jugak.

P.S: Korang pun suka dan gila ambil gambar tapi kamera telefon tak berapa power? Nak beli telefon baru tapi bajet tak cukup? Jangan risau sebab bersempena Shopee 9.9 Mobile Shopping Day, korang boleh beli iPhone 6s dari harga serendah RM9.90 sahaja. Apa yang korang perlu lakukan ialah LIKE Facebook Shopee Malaysia, download applikasi Shopee kat smartphone anda dan tunggu je pengumuman dari diorang. Kalau terasa nak beli jam pintar macam Huawei Honor Z1 pun boleh dibeli ketika “Mobile Auction” ini. Harga memang KAW-KAW rendah punya.

 photo PIC8.jpg

Alang-alang dah bercerita tentang Shopee 9.9 Mobile Shopping Day, meh sini Abang Nara kongsikan lagi beberapa perkara best tentang kempen ini. Antara yang best ialah boleh menang iPad Mini 2 yang berharga RM1,100 dengan hanya menangkap gambar anda menggunakan applikasi Shopee di tempat yang paling kreatif. Jangan lupa untuk follow Instagram Shopee disini dan dapatkan maklumat yang terkini.

Sekiranya korang dah tak sabar sangat nak shopping dan tak mahu tunggu 9 September, jangan risau sebab sekarang ada “Pre 9.9 Deal of The Day”. Ushar je kat Facebook Shopee Malaysia setiap hari sebab akan ada produk yang best dijual pada harga yang super-duper rendah. Tapi unit adalah terhad so korang kenalah cepat.

 photo PIC9.jpg

Macam hari ini adalah barang macam atas for sale. Cantik and comel!

Banyak lagi benda-benda best yang telah dan akan berlangsung sempena Shopee 9.9 Mobile Shopping Day ini. Nasihat Abang Nara, simpan dulu duit dalam bank itu. Jangan guna dan tunggulah tarikh 9 September. Time tue nanti nak shopping dipersilakan. Insya Allah berbaloi-baloi penantian korang.

Ini satu lagi promotion yang ada dari Shopee.

 photo PIC10.jpg

Timed Sale khas untuk satu hari saja bermula 12am pada 9 September. Setiap 2 jam akan ada promosi khas untuk macam-macam jenis produk.

 photo Picture2.png

 photo PIC12.jpg

 photo Picture1.png

Suka produk-produk kat atas? Cepatlah klik sini untuk shopping.
Next something sangat special untuk para pembaca Beautifulnara.

 photo PIC14.jpg

Untuk beli tote bag, korang hanya perlu muat turun app Shopee kat sini.

 photo PIC15.jpg

Dalam app Shopee, cari “ShopeeTreats” seperti gambar dibawah.

 photo PIC16.jpg

Pastu cari produk Beautifulnara Shopee 9.9 Redemption. Masukkan kod khas BEAUTIFULNARA99 masa nak beli tu.

 photo PIC17.jpg

Masukkan maklumat korang dan buat pembayaran.

Dah siap semua, anda akan dapat tote bag edisi terhad Shopee! Abang Nara pun ada satu beg ni memang cantik.

 photo PIC18.jpg

Maklumat lanjut layari laman Shopee dan juga Facebook Shopee Malaysia. Jangan lupa download applikasi Shopee agar tidak ketinggalan sebarang promosi awesome daripada mereka.

Written by AbangNara | September 8th, 2016

Minggu ini, berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini adalah berita paling hangat di dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai spekulasi timbul tentang punca sebenar pembatalan perkahwinan ini. Ada dakwaan menyatakan Hafiz iaitu bakal suami Fara Fauzana sebenarnya sudah berkahwin, namun Hafiz telah tampil menafikan dakwaan tersebut. Sementara itu Fara Fauzana terus menyepi seribu bahasa dan gagal ditemui untuk mendapatkan komen tentang keputusannya ini.

fara fauzana

Ditemui di Bengkel Sekolah Radio iM4U di sini, Fara Fauzana masih enggan memaklumkan punca sebenar pembatalan perkahwinannya itu. Nampak gayanya memang ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Tak apalah. Kadangkala memang ada yang terlalu peribadi dan tidak boleh dikongsi. Kata Fara Fauzana:-

Semua ini ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. Terima kasih kerana menyokong saya. Tiada apa yang saya mahu cakapkan lagi. Saya kena pergi sekarang… Terima kasih

fafau

Kalau dah Fafau cakap begini, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan yang dilakukan. Sudah pasti Fafau ada alasan yang kukuh untuk membatalkan perkahwinan yang tak sampai 2 minggu lagi untuk dilangsungkan. Semoga ini adalah keputusan terbaik buat Fafau. Satu hari nanti, pasti Fafau akan bertemu jodoh jua akhirnya. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 8th, 2016

Aik. Pelik tapi benar. Rasanya baru bulan lepas Azrel Ismail dan Ruhainies menafikan dakwaan yang mereka berdua bercinta sebaliknya hanya sekadar kawan rapat. Tup-tup hari ini menerusi pengakuan terbaru, Azrel Ismail dan Ruhainies mengakui masing-masing adalah pasangan kekasih sejak setahun lalu. Amboi,amboi,amboi. Cover line sangat nie.

azrel ismail ruhainies bercinta

Mungkin pengakuan ini dilakukan selepas Azrel Ismail tidak tahan melihat Ruhainies dikaitkan dengan Dato’ Red. Iyerlah, selama ini bercinta tup-tup timbul gosip Ruhanies sampai dah kahwin dengan Dato’ Red, tak ke panas hati? Kalau mengaku dari awal senang habis cerita. Tak adalah orang luar nak fikir bukan-bukan. Tapi biasalah artis-artis Malaysia, selagi boleh mesti nak sorok. Kata Azrel:-

Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu. Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar.

Lama-kelamaan hubungan inimenjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini

azrel ismail ruhainies bercinta

Ruhainies juga turut sama membuat pengakuan tentang hubungan mereka. Untuk makluman, Azrel Ismail berusia 31 tahun sementara Ruhainies pula 24 tahun. Kata Ruhainies:-

Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT

azrel ismail ruhainies bercinta

Apa-apa pun tahniah buat Azrel Ismail dan Ruhanies. Semoga dengan pengakuan ini tak akan ada orang lain nak berani masuk line Ruhainies. Semoga hubungan mereka juga akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | September 8th, 2016

5 tahun dahulu, jika anda ingin membeli telefon pintar, jenama yang akan dipilih sudah tentu di antara Samsung dan Apple. Kedua-dua jenama ini memang cukup gah, hebat dan mempunyai peminat setia ketika itu. Ditambah pula dengan ketiadaan pesaing-pesaing lain, Apple dan Samsung telah mendominasi pasaran telefon pintar pada masa itu.

 photo 1_5.jpg

Namun langit tidak selalunya cerah untuk Samsung dan Apple. Kini jenama-jenama telefon pintar dari Asia seperti Huawei, Xiaomi dan Oppa mula mencuri hati pengguna setia kedua-dua jenama ini. Huawei yang telah pun mengeluarkan Huawei P9 pada tahun ini menjangkakan akan mengalahkan Apple sebagai pengeluar kedua terbesar telefon pintar menjelang tahun 2020.

 photo 2_4.png

telefon pintar dari Huawei yang semakin mencuri perhatian ramai

Abang Nara ada satu fakta menarik tentang kebangkitan jenama telefon pintar dari Asia ini. Di China, Samsung hanya mempunyai 9% market share. Huawei adalah jenama nombor 1 di negara ini dengan 26% dengan Xiaomi di tempat kedua dengan 19% market share. Sementara itu Oppo pula semakin mendekati Samsung dengan 8%. Kalau tak silap Abang Nara, di Malaysia pun jenama-jenama dari Asia semakin mengekori rapat Samsung dan Apple. Nampaknya kekuatan jenama Samsung dan Apple semakin hari semakin berkurangan sekiranya tiada tindakan lanjut dilakukan.

 photo 3_4.jpg

Samsung S7 ke Huawei P9 yang akan korang pilih?

Secara jujurnya, Abang Nara menyukai persaingan sengit sebegini di antara Samsung, Apple dan jenama-jenama telefon pintar dari Asia. Lagi banyak produk di pasaran, lagi banyak pilihan kita sebagai pengguna. Buat apa bazirkan duit untuk membeli sesuatu yang lebih mahal sedangkan ada telefon dari jenama yang lain yang sama hebatnya? Lagi satu contoh terbaik iala isu pencurian data peribadi sekiranya kita menggunakan telefon dari China. Betul ke perkara nie? Cuba korang tengok video di bawah.

Kita selaku pengguna kenalah pandai menilai sesuatu produk. Jangan hanya mengikut sahaja. Kena periksa dan buat uji kaji terlebih dahulu. Selidik apa yang patut. Barulah kita akan menjadi seorang pengguna bijak. Tak gitu? Apa pula kata anda?

Page 30 of 39« First...1020...2829303132...Last »