Written by Bella | September 19th, 2016

Tanggal 17 September lepas sepatutnya menjadi tarikh bermakna buat Fara Fauzana apabila beliau mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari berkenaan.

Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Siapa sangka Fafau terpaksa membatalkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz atas beberapa alasan peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini, Fafau menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik foto sijil kursus ibadah haji dan pada masa yang sama menulis sesuatu berkaitan dengan kemelut yang sedang beliau hadapi ketika ini.

Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.

nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, kita sebagai manusia harus kekal tabah dan redha dengan setiap ketentuan walaupun kadang kala ia agak memeritkan. Siapa tahu selepas ini mungkin Fafau akan dikurniakan dengan sesuatu yang lebih baik dan dilimpahi kebahagiaan.

Written by Bella | September 16th, 2016

Bila ada sahaja gosip cinta yang dikaitkan dengan Uqasha Senrose, pasti pelakon wanita ini akan menepis segala khabar angin. Kata orang, artis ini kalau boleh semua benda mereka hendak sorok daripada pengetahuan ramai.

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini tidak mengakui mereka bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, sedang kami membelek laman Instagram tadi, mata kami tertarik dengan foto mesra Tengku Bakar bersama Uqasha, memang mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha. Hehehee..

Lebih menarik lagi adalah cincin yang kelihatan cantik dipakai di jari manis Uqasha.  Mungkinkah ia pemberian daripada Tengku Bakar sebagai simbolik percintaan mereka?

Malah, Uqasha juga nampaknya sudah mula memuat naik foto Tengku Bakar dengan agak kerap di akaun Instagram miliknya. Ada peminat yang percaya bahawa Tengku Bakar adalah teman lelaki Uqasha .

Ermm, benarkah hubungan mereka tidak lebih daripada kawan? Ataupun sebenarnya mereka sedang hangat bercinta tetapi ingin menyembunyikan status hubungan mereka kepada umum? Alahai, kalau benar sedang berkasihan terus terang sahajalah kepada umum.  Apa pendapat korang?

Written by Bella | September 16th, 2016

Saharul Ridzwan dan Deena Emir sudah sah bergelar isteri pada pagi tadi hanya dengan sekali lafaz. Sebelum ini kami ada menyertakan foto sekitar majlis pernikahan mereka yang berlangsung dengan cukup sederhana.

Kali ini kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Saharul Ridzwan dan Deena Emir yang lebih berkualiti dan beresolusi tinggi khas buat anda.

Lagi 38 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

 
Written by Bella | September 16th, 2016

Pagi Jumaat tadi merupakan detik indah buat pelakon Saharul Ridzwan yang sudah sah bergelar suami kepada Deena Emir.

Kedua-duanya tampak sepadan, seorang kacak bergaya berbaju Melayu putih dan seorang lagi sangat cantik ibarat patung. Hehe..

Majlis mereka berlangsung dengan cukup sederhana di  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan dipancarkan secara langsung menerusi Live di laman Facebook rasmi Saharul.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Saharul Ridzwan dan Deena Emir atas pernikahan mereka berdua. Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..

Jom layan beberapa lagi foto sekitar pernikahan Saharul Ridzwan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 20 of 39« First...10...1819202122...30...Last »