Written by Bella | August 1st, 2016

Takziah kepada pelakon Nadiya Nisaa yang baru sahaja menghadapi dugaan yang agak besar apabila kehilangan anak keduanya yang disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.

Perkara itu diketahui oleh Nadia dan suaminya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, Kuala Lumpur pada pagi (Ahad) semalam.

Difahamkan jenazah anaknya itu sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.

Menurut suami Nadia iaitu Saiful Razman, isterinya kini berada dalam keadaan baik tetapi masih sedikit lemah dan bersedih atas kehilangan anak mereka.

Berita sedih ini juga turut dirasai oleh peminat Nadia yang tidak henti mengucapkan takziah di akaun Instagram beliau dan berdoa agar Nadia  kekal tabah.

Kami turut mendoakan agar Nadiya Nisaa dan suaminya kuat dalam menghadapi dugaan ini. Setiap berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Bak kata pepatah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi setiap ketentuan takdir itu ditentukan oleh Allah SWT.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 1st, 2016

Ketika hangat dengan kontroversi beliau dan Ruhainies, Dato Red pada masa yang sama turut mengumumkan berita dimana isteri keduanya, Adira sudah hamil.

Malah, Adira menerusi satu kenyataan juga mengakui kandungan beliau itu sudah berusia dua minggu tetapi beliau masih belum membuat pemeriksaan lanjut di klinik kerana ingin isu Dato Red bersama Ruhainies reda terlebih dahulu.

Terbaru, Dato Red menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto imbasan kandungan Adira dengan kapsyen “Alhamdulillah #bakadatored #umatyanghensem moga jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa..tapi kalau korang pandai siapa ibunya.”

Meskipun ada yang gembira dengan berita berkenaan, masih ada sesetengah netizen yang memberikan komen agar baka Dato Red itu tidak mengikut perangai bapanya yang gatal dan macam-macam komen lagi berbaur sindiran ditujukan buat Dato Red.

Hmmph, itulah kata orang bukan mudah untuk beristeri dua apatah lagi baru-baru ini timbul pula kontroversi hangat Dato Red bersama Ruhainies. Apa-apapun, kami harap Dato Red kenalah pandai menjaga hati isteri-isterinya dan jadilah ketua keluarga yang bijaksana. Iyalah, perempuan kalau mengandung emosinya agak tidak stabil jadi kena perlu banyak bersabar.

Sumber Berita : Instagram Dato Red

Page 45 of 45« First...102030...4142434445