Written by AbangNara | August 29th, 2016

Setelah kemelut rumahtangganya menjadi perbualan ramai, hari ini Along Cham telah pun menceraikan isterinya, Zila dengan talak satu. Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

along cham

Sebelum ini, Zila Seeron dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah apartmen bersama kekasihnya. Sebelum ini, Along dikritik teruk oleh netizen kerana didakwa menghalau isterinya itu tanpa sebarang sebab. Along yang ditemui selepas perbicaraan turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas isterinya itu. Kata Along:-

Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya. Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal

along chamSemoga dengan penceraian ini, nama baik Along akan kembali pulih semula. Apa pun jangan dinafikan hak anak hasil perkahwinan untuk mendapat kasih sayang seorang ibu. Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak.

Written by serenity | August 29th, 2016

Sebelum ini, Neelofa melalui perniagaan tudungnya diberitakan berjaya meraih jualan kasar sebanyak RM 50 juta setahun. Sabtu lepas, Neelofa selaku pengasas Naelofar Hijab telah menerima anugerah penghargaan di majlis gala Tribute to Women Malaysia 2016 dalam kategori perniagaan.


 photo 10.jpg

Neelofa telah diberi anugerah tersebut oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah bersama 13 tokoh dan ikon wanita lain, antaranya Vivy Yusof bagi kategori perintis muda dan Pandelela Rinong bagi kategori sukan.

Lagi 17 gambar dari majlis tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Neelofa.

 
Written by Bella | August 29th, 2016

Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media.

Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini.

Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.

Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | August 29th, 2016

Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita. Semuanya cantik-cantik belaka, antaranya ialah pelakon berdarah kacukan Emma Maembong. Percintaan Zizan dan Emma mendapat publisiti meluas, namun hubungan yang berlangsung bertahun lamanya terputus di tengah jalan atas sebab yang tidak diketahui.


 photo zizang.jpg

Terbaru, kami menerima beberapa keping gambar Zizan dan seorang wanita bernama Aen Syahera dari pembaca BeautifulNara. Kata peminat itu, terdapat desas desus bahawa Zizan dan Aen sedang bercinta di kalangan penduduk Pantai Timur, kerana kebetulan, Zizan telah membuka Zizan Mart di Kelantan.

 
Page 4 of 45« First...23456...102030...Last »