Written by Bella | August 10th, 2016

Datin Red cukup dikenali dengan sifat sabarnya dan sering mendapat pujian orang ramai kerana tidak pernah mengeluh meskipun dirinya hidup bermadu bersama Adira.

Mengetahui Adira sedang berbadan dua, Datin Red sering berkongsi pelbagai tips kehamilan dengan penyanyi tersebut dari segi pemakanan dan penjagaan emosi ketika hamil.

Saya tahu dia mengandung ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama.

Pada masa yang sama, Datin Red mendedahkan suaminya Dato Red turut meminta agar beliau hamil semula kerana mahu beliau sama-sama merasai pengalaman hamil dengan madunya Adira.

Walaubagaimanapun, Datin Red merasakan ia bukanlah waktu yang sesuai untuk beliau kembali hamil.

Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung.

Berbicara mengenai dirinya yang semakin dikenali kerana kisah rumah tangganya dan kehidupan bermadu dengan Adira, Datin Red akui ialah salah satu perkara baru yang beliau harus terima didalam hidupnya meskipun beliau sebenarnya tidak pernah mengejar populariti.

Sebenarnya saya tidak mahu dikenali, tetapi memang tidak sangka. Bila keluar berita baru-baru ada yang mahu bergambar dengan saya. Mereka memberitahu saya adalah seorang wanita yang kuat dan sebagainya.  Tetapi bagi saya, itu semua adalah aturan hidup yang perlu saya lalui.

Kalau hendak menambah anak itu, ia sebenarnya diluar kuasa seseorang manusia. Semuanya bergantung kepada rezeki dan kita hanya mampu merancang sahaja. Biarlah Datin Red rehat dahulu. Susah hendak jaga hati dua orang wanita yang mengandung serentak.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 10th, 2016

Putus cinta bukanlah satu perkara yang mudah dihadapi dan boleh dilupakan dalam hanya sekelip mata, itulah perasaan Sherry Ibrahim apabila hubungan beliau dan Fattah Amin berakhir baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Sherry memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir dan percaya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sedar dirinya menjadi “buruan” wartawan yang penuh persoalan mengenai perpisahannya dengan Fattah. Sherry meminta jasa baik semua orang untuk memberikan beliau ruang untuk menenangkan diri.

Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi.

Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya.

Hal ini bukan kali pertama saya lalui. Ia bukan mudah. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya.

Tambah Sherry, beliau sebenarnya tidak kehilangan apa-apapun dan percaya ada perkara lebih baik yang menanti beliau pada masa akan datang. Ia turut mengajar beliau erti ketabahan.

Pada akhirnya saya tak hilang apa apa pun. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya yang kerdil ini. Ya, saya kena terus tabah. terima kasih Allah SWT. Mungkin ada yang lebih baik untuk penghijrahan diri ini.

Buat masa ini janganlah ada pihak yang menghina Sherry yang sering tidak bertuah dalam percintaan. Setiap apa berlaku adalah ketentuan takdir.  InshaAllah satu hari nanti Sherry akan dipertemukan dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 10th, 2016

Umum mengetahui hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli kini sedang berantakan sehingga menimbulkan beberapa isu.

Ramai yang ingin mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka sehingga ada pihak yang bertanyakan hal berkenaan dari bekas kekasih Emma iaitu Zizan Razak.

Menurut Zizan, beliau tidak pernah berhubung dengan Emma sejak putus cinta dan turut merasa terkejut mendengar berita tentang masalah Emma dan Kamal.

Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan dia dan kami hanya terserempak jika menghadiri majlis hiburan sahaja.

Saya juga terkejut dan baru tahu tentang berita ini setelah ramai yang bertanya. Saya sendiri tidak tahu. Sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja.

Zizan pada masa yang sama menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau terlibat dalam permasalahan Emma dan Kamal.

Saya tidak ada sebab untuk menjadi punca mereka putus hubungan  kerana selepas saya dan Emma berpisah, kami tidak menyimpan rasa cinta lagi.

Malah, saya sentiasa berdoa agar dia mendapat ketenangan dan dapat apa yang dia cari selama ini.

Rasanya Zizan memang tidak terlibat dalam pergolakan yang berlaku antara Emma dan Kamal. Kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan berkenaan. Jika ada jodoh adalah. Kalau takdir menentukan sebaliknya, peminat mereka haruslah menerima kenyataan tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | August 10th, 2016

Semalam kita dikejutkan dengan berita dimana kenderaan jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan telah dicuri sekitar jam 4.24 pagi Selasa.

Susulan insiden berkenaan, Che Ta telah membuat laporan polis dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman beliau, terdapat dua suspek dipercayai mengumpil pagar kawasan apartment tempat tinggalnya dan mencuri kereta beliau sebelum merempuh palang pondok pengawal.

Berdasarkan pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua suspek melarikan kereta saya. Malah mereka melanggar palang pondok pengawal untuk melarikan diri.

Pihak polis sudah merakam wajah mereka dan dalam proses siasatan. Saya mengharapkan bantuan pihak berkuasa agar dapat menyelesaikan kes ini.

Menurut Che Ta, beliau sedar kereta beliau hilang sekitar jam 11 pagi ketika hendak keluar dari rumah atas urusan kerja.

Che Ta agak terkejut tetapi pada masa yang sama tidak mahu menuduh mana-mana pihak atas kehilangan keretannya itu dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

Memang terkejut apabila mendapati kereta saya tak ada di tempat parkir kereta. Sedangkan malam sebelumnya suami saya memandu kereta itu selepas kami pulang dari sebuah acara.

Apa pun saya tidak mahu membuat sebarang andaian atau menuduh mana-mana pihak. Memandangkan kes ini dalam siasatan polis, jadi biarlah mereka yang menyelesaikannya.

Besar harapan Che Ta agar kereta beliau itu dapat ditemukan semula kerana terdapat banyak dokumen penting didalam kenderaan berkenaan.

InshaAllah, pihak polis akan berusaha sebaik mungkin untuk memberkas suspek yang mencuri kereta Che Ta. Harapnya beliau juga tidak berhenti berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 30 of 45« First...1020...2829303132...40...Last »