Written by Bella | August 30th, 2016

Pelakon Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof semalam telah bertolak ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji bersama.

Adi menerusi akaun Instagramnya memohon maaf atas segala salah silapnya sebelum ini.

Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekira ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci utk mendoakan kepada semua. @adpaidayusof #hajj2016

Rata-rata peminat Adi memberikan respon positif dan mendoakan agar segala urusan ibadah mereka suami isteri berjalan dengan lancar.

Semoga Adi Putra dan isterinya selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Sumber Berita : Instagram Adi Putra

Written by Bella | August 30th, 2016

Hangat dilaman forum tempatan iaitu Forum CARI dimana ada pihak yang mengatakan Dato Red telah menceraikan Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Ia mencentuskan pelbagai persoalan kerana Adira ketika ini sedang hamil anak pertama mereka.

Namun, Dato Red menerusi portal mStar Online menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lagi.

Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah.

Berbicara mengenai kehamilan Adira, Dato Red memberitahu isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk tetapi Adira tetap berdegil dan masih aktif dengan kerjayannya.

Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi.

Kami percaya gosip Dato Red telah menceraikan Adira timbul selepas ahli perniagaan itu membuat kenyataan mahu berkahwin empat sebelum berumur 40 tahun. Agak tidak logik dan kejam juga kalau Dato Red lafaz talak pada Adira yang sedang hamil.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | August 30th, 2016

Selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelawak dan pelakon Along Cham telah menceraikan isterinya Zila Seeron dengan talak satu.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.

Namun, sejak kebenaran mula terbongkar, barulah masyarakat kini boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, Along berkata beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Zila tetapi beliau tidak boleh memaafkan perbuatan bekas isterinya itu buat masa ini.

Jika saya berdendam, sudah buka segala-galanya apa yang berlaku sejak empat bulan lalu. Tetapi untuk memaafkan perbuatannya, bukan sekarang kerana bagi saya terlalu berat apa yang dilakukan terhadap saya termasuk ibu bapa saya sendiri.

Along menerusi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie memfailkan permohonan cerai  semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Along Cham dan Zila Seeron berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 30th, 2016

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan di akhbar tempatan melaporkan rumah tangga Nabila Huda sedang berantakan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah produksi kerana ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, gosip berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana Nabila ataupun lebih mesra disapa sebagai Abil dan suaminya tampak cukup bahagia menerusi beberapa muat naik di Instagram yang menunjukkan kehidupan mereka yang cukup ceria dan penuh kasih sayang.

Terbaru, Nabila menerusi portal BH ONLINE menyifatkan gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal. Malah,  Abil juga tidak mahu ambil pusing dengan hal tersebut.

Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan.

Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita sebab itu akan timbul cerita-cerita yang mengarut. Alhamdullillah Abil dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Kami doakan mereka berdua kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 3 of 4512345...102030...Last »