Written by AbangNara | July 27th, 2016

Kebiasaannya kalau artis-artis buat persembahan, perjumpaan peminat dan konsert, tempat yang akan dipilih sudah tentu di sekitar Kuala Lumpur. Jarang sungguh aktiviti-aktiviti sebegini diadakan di luar ibu kota, lebih-lebih lagi di pantai timur. Kesian kat para peminat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tak ada kesempatan untuk bertemu artis kegemaran mereka. Mereka juga punya hati dan perasaan.

akim and the majistret

peminat Akim & The Majistret kat pantai timur mesti teringin nak jumpa diorang

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia dan untuk menggembirakan hati para peminat di Pantai Timur, Digi telah pun membawa Akim & The Majistret menjelajah Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu minggu lalu. Abang Nara telah pun berkongsi video persembahan mereka secara ‘live’ di Facebook BeautifulNara. Memang happening sungguh. Para peminat di pantai timur memang sporting. Jelas terpancar riak gembira di wajah mereka dapat bertemu Akim & The Majistret. Seronok tak ingat.

akim

Akim & The Majistret tengah bersiap sedia nak jumpa para peminat

Apa yang lagi best ialah para peminat yang hadir bukan sekadar dihiburkan dengan nyanyian, tetapi juga berkesempatan berhari raya bersama Akim. Siap ada sesi autograf, ada makan-makan, boleh ambil gambar dan juga berborak-borak. Senang cerita macam ini sesi ramah mesra para peminat bersama Akim anjuran Digi. Seronok tengok keterujaan Akim melayan peminatnya. Siap dapat hadiah lagi.

akim

yeah dapat hadiah dan juga dapat tangkap gambar dengan Akim

akim

sesi autograf bersama peminat. Untunglah dapat jumpa face to face

Perjumpaan yang direalisasikan oleh Digi ini bukan sahaja untuk para peminat, tetapi adalah untuk pengguna setia, pembekal dan pengedar Digi. Memang banyak untungnya kalau korang guna Digi. Dapat pergi event-event macam ini. Abang Nara pun dah lama berpindah kepada Digi. Setakat ini memang puas hati sangat-sangat. Coverage 4G Digi memang terbaik. Laju yang amat.

akim dan digiDan untuk makluman anda, pasangan suami isteri, Akim dan Stacy atau lebih dikenali sebagai KimC merupakan duta produk Digi untuk tahun 2016. Jadi kalau korang peminat setia diorang berdua, kenalah pakai Digi sebagai tanda sokongan. Itu yang sejak bulan Ramadhan lepas ada video tentang kisah mereka berdua. Kalau korang terlepas tengok, boleh ushar di www.digi.com.my.

Di harap pada masa hadapan, Digi akan membawa Akim dan Stacy ke negeri-negeri di selatan Malaysia pula. Peminat-peminat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mesti teruja nak jumpa pasangan suami isteri ini. Jadi untuk pastikan korang tak terlepas sebarang aktiviti Digi, jangan lupa layari Facebook Digi dan juga www.digi.com.my.

Written by Bella | July 27th, 2016

Penyanyi rap Altimet tidak perlu diperkenalkan lagi didalam industri nyayian tempatan, boleh dikatakan karya-karya Altimet sering mempunyai mesej yang tersirat dan cukup mendalam maksudnya.

Terbaru, Altimet mendedahkan beliau ada mencipta beberapa lagu berbentuk sindiran kerana merasakan sudah tiba masanya untuk menegur sikap dan mentaliti masyarakat Melayu.

Saya sengaja mencipta beberapa lagu berbentuk sindiran kerana merasakan perlu menegur sikap dan mentaliti masyarakat kita dalam perkara tertentu.

Tetapi saya bukannya ingin menghentam secara terang-terangan sebaliknya secara sindiran dan kiasan yang lebih halus. Harapan saya agar mesej yang ingin disampaikan diterima sekaligus memberi impak positif.

Lagu-lagu berkenaan akan dimuat kan dalam album terbaharunya. Bercerita lanjut tentang album terbaharunya itu, Altimet berkata, beliau telah menyiapkan sembilan buah lagu yang memperlihatkan karyanya itu bebas daripada sebarang konsep dan genre tertentu.

Altimet bakal melancarkan album berkenaan pada 27 November depan bersempena dengan hari jadinya.

Mungkin Altimet sudah bosan dengan sikap sesetengah masyarakat kita yang kadang kala agak menjengkelkan. Kalau hendak tegur secara direct memamg susah hendak diterima bukan? Bagus juga untuk masukkan kiasan dan sindirian didalam lagu..

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 26th, 2016

Apabila pelakon Azrel Ismail yang kini popular dengan drama Lelaki Macam Dia bertindak untuk mempertahankan Ruhainies berkaitan kes bersama Dato Red, ramai yang menyangka Azrel dan Ruhainies bercinta.

Walaubagaimanapun, Azrel menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada teman rapat.

Azrel menerusi sebuah portal berkata beliau yakin Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Dato Red seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Malah, Azrel juga memberitahu Ruhainies ada memberitahu beliau bahawa beliau akan keluar berjumpa dengan Dato Red.  Namun, Ruhainies tidak menjelaskan tujuan perjumpaan berkenaan kepada Azrel.

Mereka berkawan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3.

Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang. Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga.

Untung Ruhainies mempunyai seorang kawan yang mengambil berat tentang dirinya. Ermm, berkawan tidak semestinya bercinta bukan? Lelaki dan perempuan juga boleh menjadi rakan karib yang boleh berkongsi apa sahaja tanpa perasaan cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | July 26th, 2016

Sekarang ini satu Malaysia sedang demam filem Kabali yang dilakonkan oleh superstar Rajinikanth. Buat yang tidak tahu, filem ini turut menyaksikan kemunculan pelakon-pelakon Malaysia iaitu Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan. Ia ada satu perkembangan yang sangat bagus. Bukan senang untuk pelakon Malaysia mendapat tempat di industri filem antarabangsa, walaupun sekadar mendapat watak kecil sahaja. Namun begitu, kerana promosi yang agak kuat, ada pihak yang salah faham dan menganggap watak Rosyam Nor di dalam Kabali adalah peranan utama.
rajinikath kabali

Susulan itu, penerbit drama, Mohd Noor Kadir menerusi akaun Facebooknya telah mengkritik pembabitan Rosyam Nor di dalam filem Kabali. Abang Nara boleh bayangkan kekecewaan Mohd Noor yang menyaksikan watak Rosyam Nor di dalam filem Kabali sekadar tempelan sahaja. Mohd Nor turut mendakwa Rosyam Nor sekadar menjadi props dan atau pasu bunga bernyawa di dalam filem itu dengan hanya sesekali mengeluarkan dialog “yes” dan “no”.
rajinikath kabali

Namun Rosyam Nor tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut. Bagi beliau, watak kecilnya di dalam filem tersebut diharap akan menjadi batu loncatan. Kata Rosyam Nor:-

Apabila saya dikritik, ertinya orang sayangkan bakat saya dan mereka tahu tahap kemampuan saya dalam lakonan. Saya tak salahkan mana-mana pihak, terutama peminat yang kecewa apabila menonton filem itu. Saya juga tidak berkecil hati dengan Mohd Noor kerana dia ada hak untuk mengkritik.

Pada usia 49 tahun sekarang, inilah kali pertama saya dapat peluang begini. Setiap perkara bermula dengan kecil sebelum menjadi besar. Begitu juga kerjaya saya. Saya hanya dikenali di Malaysia. Jadi, walaupun watak kecil dalam ‘Kabali’, saya terima kerana ingin mencuba. Kalau dibandingkan saya dengan Rajinikanth, bagaikan langit dengan bumi.

Saya bersyukur kerana berpeluang berlakon bersamanya dan bersama-sama menjayakan babak pergaduhan dengannya

rajinikath kabali

Biasalah awal-awal dapat watak kecil. Walaupun dah hero di Malaysia, di peringkat antarabangsa tiada siapa yang mengenali kita. Dapat watak tempelan pun dah cukup bagus. Perlahan-lahan kayuh. Insya Allah lepas ini akan dapat watak yang lebih bagus. Mana tahu dalam 4,5 tahun lagi akan ada pelakon Malaysia yang menjadi hero filem antarabangsa. Siapa tahu kan? Sama-samalah kita tunggu. Sumber Harian Metro.

Page 5 of 31« First...34567...102030...Last »