Written by Bella | July 25th, 2016

Setelah lama berdiam diri, pelakon Adi Putra akhirnya mengaku beliau sudah berkahwin buat kali kedua bersama seorang janda anak satu.

Pengakuan Adi itu dibuat menerusi satu temu bual bersama program Melodi TV3, malah video penjelasan beliau itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi.

Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini.

Adi juga menyatakan beliau tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina serta mengkritik beliau serta membuat pelbagai andaian mengenai dirinya.

Pada masa yang sama beliau mengakui foto-foto beliau  nikah bersama seorang wanita yang disebarkan sebelum ini adalah benar.

Malah, perkahwinan Adi juga diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof. Namun, Aida sebelum ini tidak mahu memberikan sebarang komen kerana ingin menjaga aib Adi Putra.

Berikut video penuh penjelasan Adi Putra berhubung perkahwinan beliau :-

Adi Putra akan mengadakan sidang media khas pada jam 2 petang hari ini di Casa Ampang untuk menjawab segala persoalan dan menjelaskan perkara sebenar disebalik pernikahan beliau yang kedua.

Sama-sama kita nantikan penjelasan Adi mengenai isu berkenaan.

Sumber Berita : Fanpage Adi Putra

Written by Bella | July 25th, 2016

Kisah Dato Red bersama Ruhainies sehingga kini masih lagi cukup hangat diperkatakan. Malah, ini bukan kali pertama Dato Red mencetuskan kontroversi dan spekulasi. Dahulu, beliau kahwin secara senyap dengan Adira dan ia turut menjadi perhatian ramai.

Apabila kes Dato Red bersama wanita lain hangat diperkatakan, ramai yang tertanya apakah perasaan isteri pertamanya Datin Red atau dikenali sebagai Syarifah.

Menurut Datin Red menerusi portal Utusan Online, beliau sudah cukup masak dengan perangai Dato Red dan kini tidak mahu lagi ambil pusing mengenai segala perkara negatif yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia.

Berbicara mengenai soal bermadu, Datin Red akui hatinya hancur saat Dato Red bernikah bersama Adira dan yakin bahawa madunya itu kini merasakan perkara yang sama.

Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya.

Sebenarnya Datin Red juga jujur berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Dato Red ingin berkahwin buat kali ketiga.

Sering tampak tabah, Datin Red memberitahu anak-anak merupakan kekuatan untuk beliau terus hidup dan menerima segala ketentuan takdir.

Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama.

Datin Red berkahwin dengan Dato Red  kira-kira 10 tahun lalu,pada waktu itu suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.

Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak. Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik.

Seorang wanita itu mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi tetapi jika seorang lelaki yang disayangi dan dicintai menghancurkan segala perasaan kasih dan percaya maka hati wanita itu boleh jadi sekeras batu. Hmmph, kami harap Datin Red kekal tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | July 25th, 2016

Hafidz Roshdi antara pelakon yang baru sahaja ingin meningkat naik didalam dunia lakonan Malaysia.

Walaubagaimanapun,  ada berita yang kurang enak kami dengar mengenai Hafidz yang bersikap dingin dengan beberapa pihak media.

Menurut Cik Pang di portal Harian Metro, sikap dingin Hafidz itu jelas kelihatan apabila menjeling beberapa teman media yang hadir di majlis perasmian pementasan teater Lela Manja baru-baru ini.

Pelakon berkenaan dikatakan bersikap sebegitu kerana menyimpan perasaan tidak puas hati dengan beberapa wartawan yang hadir. Dek kerana sikapnya itu juga, wartawan seakan tidak mahu mempedulikannya .

Lebih teruk lagi, pihak wartawan akui lakonan beliau didalam teater berkenaan kelihat agak kayu dan tidak memberikan sebarang kesan kepada penonton. Buat wartawan, kalau mahu bersikap dingin tetapi  masih memberikan persembahan lakonan cukup memberangsangkan mereka boleh lagi terima, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Ada juga beberapa pihak berpendapat watak Raja Muda tidak sepatutnya diberikan kepada Hafidz. Masih ramai pelakon lain yang sesuai untuk membawakan watak tersebut.

Kalau baru sahaja ingin meningkat naik dalam industri, tidak seharusnya Hafidz Roshdi bersikap dingin dengan wartawan. Wartawan adalah medium utama untuk seseorang artis itu popular dan sebaliknya. Karier anda juga haru mendapat sokongan pihak media untuk anda lebih dikenali nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 25th, 2016

Selepas tersebarnya video Dato Red merangkul pinggang beliau, pelakon Ruhainies memberitahu beliau ada menerima panggilan telefon daripada isteri kedua Dato Red iaitu penyanyi Adira.

Adira mahu Ruhainies menjelaskan apa yang sudah berlaku dan memahami keadaan Ruhainies pada waktu berkenaan.

Adira ada menghubungi saya pada malam kes ini dihebahkan. Dia bertanyakan dengan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Saya memberi penerangan kepada Adira tentang cerita sebenar. Dia memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa.

Saya dan Adira tidak bermasam muka atau pun bergaduh. Dia pun belum memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media kerana mahu mendengar penjelasan saya terlebih dahulu. Saya merasakan yang Adira sangat profesional. Cara dia bercakap dengan saya pun adalah secara diplomasi dan tiada unsur marah-marah pun. Saya tidak bermasam muka dengan Adira.

Ruhanies sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya diperangkap oleh Dato Red. Namun, beliau kini tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan dan meletakkan sebarang kesalahan kepada mana-mana pihak.

Sebelum ini, saya ada memberikan kenyataan yang mungkin saya diperangkap oleh Datuk Red. Namun begitu, bila difikirkan semula, saya sendiri tak mahu menuduh Dao Red sebab saya sendiri tak tahu cerita sebenar di sebalik gambar tersebut.

Kalau satu pihak menyalahkan pihak lain, perkara tidak akan berhenti dan akan berlarutan. Saya ambil jalan tengah untuk kedua belah pihak. Perkara sudah pun terjadi dan saya sendiri tidak mahu salahkan sesiapa.

Saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Dato Red.Hubungan yang terjalin antara saya dan Dato Red adalah atas dasar kerja.

Ruhanies juga akui beliau tidak rela untuk bermadu sekiranya ditakdirkan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Secara umumnya, saya tidak rela bermadu. Saya sendiri seorang yang kuat cemburu. Jadi kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dengan suami orang.

Namun begitu, saya sendiri tak mahu bercakap besar kerana takut jodoh saya dengan suami orang. Tapi selagi saya boleh jauhkan, saya akan jauhkan.

Wanita mana yang sanggup hidup bermadu bukan? Ermm..mungkin apa yang dikatakan oleh Ruhainies itu betul. Tidak guna menyalahkan orang lain kerana masalah tidak akan selesai.Walaubagaimanapun, mungkin Ruhainies boleh katakan tidak kepada Dato Red saat lelaki itu merangkul pinggangnya meskipun ia mungkin akan menjejaskan sebarang kerjasama mereka. Tapi itu lebih baik daripada  mengundang kontroversi dan fitnah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Page 10 of 31« First...89101112...2030...Last »