Written by Bella | June 28th, 2016

Tentu anda semua sudah tahu tentang kes dimana pihak Elle Zada gagal untuk menyiapkan baju raya yang ditempah oleh pelanggan dimana Shaheizy Sam dan Syatill Melvin menjadi duta produk mereka.

Menurut pihak Elle Zada, masalah kelewatan berkenaan timbul daripada pembekal dan mereka berjanji akan cuba menyelesaikan isu yang sudah menjadi viral ini sebelum Aidilfitri tiba.

Turut terkena tempiasnya adalah Sam dan Syatilla. Boleh dikatakan setiap hari mereka menerima pertanyaan daripada peminat berhubung masalah ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sam sekali lagi menegaskan beliau tidak boleh melakukan apa-apa kerana beliau dan isteri cuma bertindak sebagai duta dan menyediakan reka bentuk baju bagi koleksi Champion/Sultanah.

Sam mengerti perasaan pelanggan yang marah dan berharap pihak Elle Zada terus berkomunikasi dengan pelanggan mengenai isu ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar pihak Elle Zada memulang semula duit kepada pelanggan agar mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian baru kerana tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.

Salam. Kebelakangan ni Sam dan Syatilla @samtilla banyak terbaca/terdengar keluhan dan aduan dari pelanggan-pelanggan yang telah membuat pre-order dari bulan April tapi masih belum mendapat baju-baju mereka sehingga ke hari ini. Sam dan Syatilla ingin meminta ampun dan maaf bagi pihak @samsyatilla atas kekalutan ini. Untuk makluman, @samsyatilla hanya terlibat dalam menyediakan rekabentuk baju Champion/Sultanah dan imej sahaja dalam kolaborasi #ElleZadaSamSyatilla.

Tentang pengeluaran, pembayaran dan penghantaran pula diharap pihak @ellezada dapat memberikan keterangan kepada pelanggan-pelanggan berkenaan segala kelewatan ini kerana kita hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sebelum menjelang Syawal, dimana kita tahu setiap pelanggan yang membeli pakaian tersebut adalah untuk digunakan dihari raya ini.

Seandainya barangan itu tidak dapat ditunaikan sebelum Syawal, diharapkan pihak @ellezada dapat mengembalikan wang pelanggan-pelanggan secepat mungkin supaya mereka masih ada masa untuk membeli pakaian raya mereka ditempat yang lain. Mungkin belum ada rezeki buat @ellezada untuk berniaga pada skala yang sebesar ini. Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap pihak @ellezada tidak berdiam diri dan teruslah berkomunikasi dengan pelanggan dan terangkan pada mereka seandainya ada kesulitan yang dilalui oleh pihak anda.

Mungkin apa yang dicadangkan oleh Sam itu betul, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sebelum hari raya, lebih baik pulangkan duit pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka tidak kecewa dan hampa kerana tidak ada baju raya nanti.

Sumber Berita : Instagram Shaheizy Sam

Written by shahzeeq | June 28th, 2016

Pejam celik pejam celik Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu. Hanya tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri menjelma. Pastinya Abang Nara akan merindui suasana bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi 5 tempat yang selalu ABang Nara kunjungi sepanjang bulan penuh barakah ini.

Bazar Ramadhan
 photo 1.png

Tepat jam 545 petang setiap hari di bulan Ramadhan ini, Abang Nara akan bersiap sedia untuk ke bazar Ramadhan bersama Aariz dan Arissa. Bukan nak beli sangat lauk pauk yang dijual. Saja nak rasai kemeriahan dan melihat aksi para peniaga menjual. Sambil-sambil itu boleh spend masa bersama anak-anak tercinta.

Masjid
 photo 2.png

Seperti biasa hanya di bulan Ramadhan sahaja ada sembahyang terawih yang pastinya rugi jika tidak dilakukan. Tahun ini Abang Nara sering ke masjid untuk berbuka puasa. Menarik juga rupanya buka puasa di masjid ini. Ramai-ramai beratur, ambil makanan, makan bersama-sama, sembahyang Magrib berjemaah dan lepas itu, sambung makan balik.

Tempat makan morey

 photo 3.png

pergh dia punya burger. Memang leleh beb!!!

Suatu hari selepas sembahyang terawih, tiba-tiba keinginan untuk makan burger SS15, Subang Jaya untuk morey muncul. Fuh!!! Nasib baiklah anak-anak dah tidur. Kawan-kawan Abang Nara lagi dasyat. Setiap malam mereka akan berkunjung ke port-port makanan yang best untuk morey sampai lewat pagi. Kalau Abang Nara bujang confirm akan join. Nasib baik dah ada anak 3.

Shopping kompleks
 photo 4.png

Yang ini tak payah cerita la kan. Setiap hujung minggu je confirm wife tercinta akan ajak pergi ke shopping kompleks untuk beli persiapan raya. Seronok dan penat setiap hujung minggu kelam kabut cari baju anak. Nasib baiklah Abang Nara tak payah nak drive sebab Grab (yang dulunya dikenali sebagai MyTeksi) ada kempen “GRABMYWEEKEND” sehingga 10 Julai yang menawarkan diskaun tambang sehingga 50%. Jadi kuranglah sikit penat tue. Hehehe.

 photo 6.png

Atas permintaan ramai, bermula hari ini (28 Jun) sehingga 8 Julai, Grab akan memberikan diskaun 50% (dengan diskaun maksimum RM6) untuk hari-hari weekdays juga iaitu Isnin sehingga Jumaat bersempena kempen “GRABMYWEEKDAY” khas untuk orang Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang. Paling best, anda boleh mendapat diskaun 50% ini secara unlimited sekiranya membuat pembayaran menggunakan debit atau kad kredit.

 photo 5.png

Inilah masanya untuk kita pergi ke masjid, bazar ramadhan, tempat morey dan shopping kompleks dengan bayaran super duper murah. Tak payah pening-pening kepala nak cari tempat parking dan tak payah penat nak drive. Bukak je applikasi Grab, tempah teksi dan vroooommm, anda akan sampai ke tempat yang ingin dikunjungi. Mudah kan? Selamat mencuba!!! Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Written by Bella | June 28th, 2016

Siapa masih ingat dengan pasangan Pelamin Fantasia, Fiqa dan Syawal? Untuk pengetahuan anda, mereka telah menimang cahaya mata sulung mereka pada 16 Mei lepas.

Demi menunaikan hajat isterinya, Syawal telah mengadakan satu sesi newborn photoshoot pada 8 Jun lepas dengan kerjasama jurugambar terkenal dari Camora Arts. Ketika sesi fotografi dijalankan, usia anak perempuan mereka yang diberi nama Sofia Azzhara baru berusia 24 hari.

Kali ini team Camora Arts telah  membuat 2 konsep  iaitu ” Cow & Milk Theme” dan “Rainbow Theme” yang sangat bertepatan dengan tema yang diinginkan oleh Syawal dan Fiqa.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar newborn photoshoot Sofia Azzhara dengan membaca entri ini sepenunya.

Kredit Foto : Camora Arts

 
Written by Bella | June 28th, 2016

Segala keringat, usaha dan penat lelah penyanyi Yuna untuk mengembangkan lagi bakat beliau didalam bidang nyanyian akhirnya telah mendapat perhatian majalah hiburan bertaraf antarabangsa, Rolling Stones mengiktirafkan album Chapters milik Yuna antara album genre R&B terbaik pada tahun ini.

Buat penulisnya Reeves, Yuna memiliki bakat dalam menulis lirik dan lagu yang hebat. Malah, kerjasama beliau bersama bintang antarabangsa popular seperti Usher dan Jhene Aiko menaikkan lagi hits album Chapters.

Menurut majalah tersebut, Yuna hanya memerlukan satu atau dua lagu popular dalam aliran mainstream, untuk membolehkan beliau mencipta nama yang lebih kukuh dalam kalangan peminat muzik.

Senarai 20 yang terbaik itu didahului oleh album Lemonade oleh Beyonce, selain turut menyenaraikan beberapa penyanyi seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger.

Rolling Stone merupakan antara majalah hiburan dan pop culture paling popular,  dan diterbitkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara.

Satu berita yang boleh dibanggakan apabila Yuna mampu membuka mata orang luar terhadap bakat anak Malaysia apatah lagi beliau terdiri didalam senarai yang sama dengan beberapa penyanyi terkenal antarabangsa yang lain. Tahniah! Kami harap Yuna akan lebih berjaya selepas ini.

Sumber Berita : Astro Awani

Page 6 of 45« First...45678...203040...Last »