Written by Bella | June 20th, 2016

Fezrul Khan sebenarnya bukan nama yang asing lagi dalam dunia lakonan Malaysia, beliau sememangya cukup versatile ketika berlakon dan cukup mantap jika diberikan watak antagonis.

Sudah bercerai baru-baru ini, ada sesetengah pihak melabelkan Fezrul sebagai duda “hot” lebih-lebih lagi selepas beliau memuat naik beberapa foto bentuk badannya di Instagram ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah.

Tidak dinafikan,sejak dua menjak ini,Fezrul tampak lebih sado dan gayanya membuatkan ramai orang terpukau. Hehe..

Namun, ada yang mengkritik bahawa foto berkenaan tidak sesuai untuk dimuat naik kerana beliau tidak menutup aurat. Walaubagaimanapun, Fezrul nampaknya tidak menghiraukan kata-kata negatif netizen.

Apa pendapat anda? Fezrul semakin seksi ke sekarang?

Written by Bella | June 20th, 2016

Selepas lama menyulam cinta bersama Nedim Nazri, pelakon Nora Danish sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan bersama jejaka berkenaan yang dikhabarkan selepas Aidilfitri nanti.

Walaubagaimanapun, Nora yang sudah 7 tahun bergelar janda  tidak mengimpikan sebuah majlis yang mewah dan gah kerana usianya yang semakin meningkat. Malah, Nora hanya akan mengadakan majlis akad nikah sahaja.

Selepas raya, saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun ini kerana usia pun dah 34 tahun. Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi.

Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua.

Alhamdullilah, akhirnya hubungan Nora dan Nedim bakal berakhir di jinjang pelamin juga. Semoga segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Jangan risau dengan kritikan sesetengah pihak.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | June 17th, 2016

Percintaan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering mendapat perhatian ramai. Malah, mereka juga tidak lekang dengan kontroversi.

Beberapa hari lepas, Sharnaaz ada memuat naik video mesra beliau bersama Noor Nabila selepas berbuka puasa bersama.

Jelas sekali pasangan ini cukup angau antara satu sama lain dan siapa sangka Sharnaaz yang sado dan hati kental rupa-rupanya berjaya ditundukkan oleh kekasihnya. Heh..

Melihat aksi mereka berdua didalam video berkenaan, ramai peminat Sharnaaz berharap agar beliau segera menikah dengan Nabila. Ada juga yang melabelkan mereka pasangan yang sweet.

Berikut antara komen peminat di Instagram Sharnaaz :-

Emmhh, memang mesra habis mereka berdua ni. Kalau dah sayang, cinta dan mesra, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah bernikah. Bila dah halal tiada siapa lagi yang akan ambil tahu dan kritik. Ye dak?

Written by Bella | June 17th, 2016

Selepas beberapa kali mengumumkan beliau bakal berkahwin tidak lama lagi, nampaknya penyanyi popular Fauziah Latiff sekali lagi terpaksa menangguhkan perkahwinan beliau.

Jelas Fauziah, tarikh perkahwinan tidak dapat ditetapkan kerana masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

Namun, Fauziah juga ada menjelaskan mereka juga sebenarnya masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai.

Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, tetapi kedua-duanya menemui kegagalan.

Kali pertama Fauziah berkahwin iailah bersama Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail berlangsung pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Selepas lima tahun sendirian, Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Johan Indot, di London.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Jeffri Joaquim, 18, dan Jeremy Jay, 16 sebelum bercerai pada tahun 2007.

Kita manusia hanya mampu merencana tetapi segala-galanya bergantung pada ketentuan takdir. InshaAllah, kalau ada jodoh pasti Fauziah Latiff akan berkahwin juga nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 20 of 45« First...10...1819202122...3040...Last »