Written by AbangNara | June 30th, 2016

Tak sampai seminggu lagi, Hari Raya Aidilfitri akan tiba. Fuh. Semangat raya dah menjelma dalam diri Abang Nara. Dah terbayang ketupat, rendang, lemang, dodol, nasi himpit dan pelbagai jenis makanan yang bakal terhidang di pagi raya. Itu belum kira kemeriahan anak-anak buah berkumpul nak duit raya. Ingat raya tahun nie bagi sorang seringgit je. Bagi alasan GST dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi.

naratv

Sempena Aidilfitri ini, Nara TV ada episod khas dengan Abang Nara turut membuat kemnuculan istimewa. Hehe. Maafkan muka agak penat. Satu hari keluar sana sini sebelum shooting. Biasalah cari baju raya.

Hensem jugak pengacara Abang Nara bila pakai baju Melayu kan? Ish, ish, ish. Korang jangan nak ngorat dia sangat. Abang Nara ingat nak jadi pengurus dia. Budak nie ada future nak pergi jauh nie. Buat anda yang terlepas episod Nara TV ketika Ramadhan dulu, boleh layan di bawah.

Mungkin ada yang masih blur dan tak tahu apa itu Nara TV sebenarnya, jangan risau, sila tengok episod di bawah untuk pencerahan.

Di kesempatan ini, Abang Nara dan krew-krew Nara TV serta para penulis BeautifulNara ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya kali ini lebih bermakna untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube Channel Nara TV untuk tidak ketinggalan sebarang episod.

Written by Bella | June 30th, 2016

Sebut sahaja nama Awal Ashaari pasti anda tahu bahawa beliau antara selebriti yang agak aktif di media sosial dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Namun, tindakan beliau yang memuat naik status menggunakan perkataan “bah” yang merupakan dialek orang Sabah, telah membuatkan beberapa pihak tersinggung dan menganggap ia sesuatu yang tidak beradab.

Ruang komen di Instagram Awal dipenuhi dengan komen rakyat Sabah yang merasakan Awal sengaja ingin mempersenda dialek mereka ketika mempromosikan baju rayanya kerjasama dengan Jakel di negeri berkenaan sekitar minggu lalu.

Walaubagaimanapun, Awal menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan dialek berkenaan tetapi cuma ingin bergurau serta tampil lebih mesra.

Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ.

Buat Awal, isu berkenaan sepatutnya tidak perlu diviralkan kerana ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja bahkan di Tereng­ganu sekalipun. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka.

Peminat saya tahu bagaimana personaliti dan karakter saya yang seorang ‘happy go lucky’ dan suka bercanda. Namun, dalam hal begini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan.

Kadang-kadang dalam bergurau kita tidak sedar mungkin ada hati yang tersinggung, jadi lebih baik untuk berhati-hati dalam berkata-kata selepas ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 30th, 2016

Penyanyi kumpulan muzik Indonesia,  Dewa 19, Ahmad Dhani tidak perlu diperkenalkan lagi bukan? Beliau juga mempunyai peminat tersendiri di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Ahmad Dhani baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi di akaun Twitternya dimana beliau menyatakan memakan babi itu halal asalkan haiwan berkenaan bersih .

Jelas status berkenaan menyentuh sensitivi umat Islam di Indonesia dan ia mendapat kritikan daripada netizen Indonesia.

Berikut antara respon netizen terhadap kenyataan Ahmad Dhani :-

Meskipun di kecam teruk, Ahmad Dhani kemudian membuat satu lagi kenyataan mempersoalkan adakah babi dan anjing haram memasuki masjid. Jika benar haiwan berkenaan haram berada di kawasan masjid, Ahmad Dhani mengatakan ia perbuatan Muslim daripada keturunan jongos.

Hmmph, adakah Ahmad Dhani cuba untuk meraih publisiti murahan? Sesungguhnya status seperti itu jelas tidak menghormati umat Islam sedangkan beliau juga beragama Islam..Namun, kalau lihat gaya hidup Ahmad Dhani dan keluarganya yang agak sosial mungkin ini bukanlah satu perkara yang memeranjatkan…Wallahualam..

Written by Bella | June 30th, 2016

Bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai depan, pelakon Ezzaty Abdullah membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Azwan Kombos selama sebulan kerana ingin mengelak daripada sebarang perkara buruk.

Jelas Ezzaty, nenek dan ibunya banyak memberikan nasihat dalam mengekalkan perkahwinan yang bakal dibina nanti.

Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang boleh terjadi

Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik.

Pasangan ini akan berkahwin pada sebelah pagi 16 Julai  di kediaman Ezzaty yang terletak di Bentong, Pahang. Majlis resepsi mereka pula dilangsungkan pada keesokan harinya di Kuala Lumpur.

Buat masa ini majlis di sebelah pihak Azwan di Sabah masih lagi didalam perbincangan.

Kata orang dulu-dulu, kalau hendak berkahwin ini pasti akan dilanda dengan pelbagai ujian. Eloklah kalau tidak berjumpa dahulu sehingga tiba masa untuk menikah. Semoga segala perancangan perkahwinan Ezzaty dan Azwan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: BH ONLINE

Page 1 of 451234567...Last »