Written by Bella | May 26th, 2016

Beberapa hari lepas, ada artikel yang menyatakan isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid cemburu melihat adegan romantis suaminya bersama Siti Nordiana didalam drama Dia Semanis Honey.

Sejak berita itu tersebar, ada beberapa pihak mula mengkritik isteri Alif yang tidak boleh bersikap profesional dan memahami kerjaya suaminya.

Tidak mahu terus menjadi mangsa kritikan “keyboard warrior”, Shadila menerusi akaun Facebook Alif telah menafikan perkara berkenaan. Jelas Shadila beliau tidak pernah merasa cemburu walaupun sedikit, malah beliau adalah peminat setia drama Dia Semanis Honey.

Berikut antara kenyataan Shadila :-

Buat apa hendak rasa cemburu bukan? Lagipun adegan romantis antara Alif Satar dan Siti Nordiana didalam drama tersebut tidaklah melampau. Masih ada batas-batasnya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | May 26th, 2016

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang semakin popular, Shukri Yahaya bukan? Berkahwin pada bulan November 2015, Shukri bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata, Shukri merasa lebih teruja apabila isterinya Tya Adnan disahkan bakal melahirkan seorang bayi perempuan sekitar bulan Ogos depan.

Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri.

Shukri sudah membuat segala persiapan untuk menyambut anak sulungnya itu, daripada keperluan utama bayi sehinggalah memilih hospital yang terbaik untuk isterinya bersalin nanti.

Selain sudah menyedikan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin.

Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran. Cukup sekadar membeli apa yang diperlukan sesuai dengan usia yang baru lahir.

Siapa yang tidak teruja bila hendak dapat anak buat kali pertama bukan? Kami doakan agar segala proses bersalin buat isteri Shukri Yahaya berjalan dengan lancar. Ermm, tak sabar pula hendak lihat wajah bayi mereka, iyalah bapanya kacak maknya boleh tahan cantik ..Hehe

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | May 26th, 2016

Wang bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya memerlukan wang. Itu adalah fakta di dunia yang serba moden ini. Tak ada duit nak pergi kerja untuk cari duit pun tak boleh. Silap haribulan nak makan nasi pun tak mampu. Tapi kita janganlah menjadi hamba duit sehingga sanggup bergaduh dengan rakan-rakan semata-mata kerana ketamakan diri.

nara tv

Episod ke 5 Nara TV kali ini menyaksikan pelbagai topik dunia hiburan dirangkumkan di dalam satu episod. Best ke tak best? Kenalah tengok sendiri dan alami keseronokan. Selamat menonton.

Jangan lupa untuk subscribe NaraTV di Youtube untuk memastikan anda tidak ketinggalan satu episod pun.

Written by Bella | May 26th, 2016

Sudah lama mengenali Yazit Search dan berada didalam aliran yang sama, Awie dan kumpulan Wings meluahkan hasrat mereka untuk membantu Yazit.

Mereka kini sedang berbincang bagi mengadakan satu persembahan amal bagi tujuan tersebut.

Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang.

Jelas Awie, program itu harus dirancang dengan baik agar ia tidak dinilai sebagai program syok sendiri kerana ia akan membabitkan banyak pihak.

Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.

Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak.

Awie sebelum ini ada meluahkan pendapat bahawa kumpulan Search harus mengetepikan ego mereka dan membantu Yazit yang sedang sakit dan memerlukan. Walaubagaimanapun, komen Awie itu tidak disambut baik oleh Amy Search dan akui ia melukakan hatinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 7 of 42« First...56789...203040...Last »