Written by Bella | May 9th, 2016

Semalam, Linda Rafar dan Syed Aiman telah mengadakan majlis aqiqah buat anak ketiga mereka Syed Rezaliif di kediaman mereka dengan bertemakan warna hijau.

Majlis tersebut cukup meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat pasangan berkenaan.

Malah, pada hari yang sama Linda dan Syed Aiman turut meraikan ulangtahun kelahiran dua orang lagi anak mereka iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan tema superhero pula.

Seronok betul kami melihat kebahagiaan keluarga Linda Rafar dan Syed Aiman, semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga dan semakin bertambah kasih sayang antara mereka.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Syed Rezaliff dan foto ketika sambutan hari Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Asy Studioz

 
Written by AbangNara | May 9th, 2016

Kemeriahan malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 29 cukup dirasai semalam. Dengan tema #Respek, hampir kesemua para selebriti yang hadir turut sama menghormati para penonton dengan tidak berpakaian yang terlalu seksi. Semua cantik-cantik belaka. Tak ada yang over over sehingga menimbulkan kontroversi. Boleh dikatakan kesemuanya sedap mata memandang.

abpbh29 red carpet

Cerita banyak tak guna. Jom kita layan gambar-gambar di red carpet ABPBH29. Siapakah yang memakai baju paling awesome pada pendapat anda? Siapa pula yang paling fail? Kongsikan di ruangan komen. Lebih banyak gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada ABPBH atas perkongsian gambar-gambar ini.

 
Written by AbangNara | May 9th, 2016

Angry Birds merupakan salah satu game kegemaran Abang Nara di smartphone satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi fenomena yang begitu dasyat sekali. Kalau kat smartphone tak ada Angry Birds, memang tak lengkap. Kini Angry Birds maju setapak lagi dengan kewujudan filemnya. Excited Abang Nara nak tengok burung-burung comel ini.

angry birds the movie

Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Mei ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket dan juga cenderahati ekslusif The Angry Birds Movie untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas kesudian menaja tayangan super duper awesome ini. Berikut adalah informasi tayangan:-

TARIKH: 11 Mei 2016 (Rabu)
MASA: 830 malam
TEMPAT: GSC Mid Valley

angry birds the movie

Sebelum anda terlebih excited, jom kita tengok sikit trailer The Angry Birds Movie ini.

Ini pula antara cenderahati-cenderahati ekslusif yang boleh menjadi milik anda.

angry birds the movie

angry birds the movie

angry birds the movie

Teruja nak menang? Senang je. Isikan borang di bawah dengan slogan “Benda yang paling buat saya marah ialah…”. Slogan yang paling kreatif dan juga penghantar penyertaan yang paling awal akan memenangi sepasang tiket The Angry Birds Movie dan juga berpeluang memenangi barangan ekslusif. Selamat mencuba!!!

Selamat mencuba!! Terima kasih sekali lagi kepada Sony Pictures Malaysia atas peluang ini.

Written by Bella | May 9th, 2016

Berjaya menghasilkan lagu yang cukup hits dan menjuari carta-carta muzik di radio dan pelbagai anugerah, kumpulan Akim & The Majistret adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Namun, ada pihak yang mendakwa kumpulan itu sudah semakin demand dan menuntut bayaran yang agak mahal untuk membuat sesuatu persembahan.

Menurut ketua kumpulan itu, Zimi, beliau berkata bayaran yang mereka kenakan sudah merangkumi keseluruhan kos ahli kumpulan berkenaan termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir.

Malah, mereka juga memberikan persembahan yang berkualiti berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.

Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut. Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna mereka begitu tergas sehingga tidak boleh dibawa berbincang tentang soal harga.

Sebenarnya kumpulan Akim & The Majistret mahu meletakkan satu tanda aras kepada mana-mana lagi kumpulan muzik untuk menerima bayaran yang sama ketika melakukan persembahan. Ia juga memberikan hint kepada penganjur untuk tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.

Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton.

Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan.

Kalau kualiti persembahan kumpulan Akim & The Majistret bagus, apa salahnya untuk mereka meletakkan bayaran yang tinggi? Lagipun, bukan mudah untuk menghiburkan orang ramai dan penat lelah setiap kru yang terlibat harus di ambil kira.

Sumber Berita : mStar Online

Page 30 of 42« First...1020...2829303132...40...Last »