Written by Bella | May 31st, 2016

Sekitar bulan April lepas, hangat dengan kontroversi dimana Janna Nick dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk tidak mengambil pelakon Ruhainies membintangi filem Kimchi Untuk Awak.

Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh dua pelakon baru ini untuk membuktikan siapa berada di pihak yang benar dan sebaliknya.

Namun, perkara itu sudah lepas dan kini Ruhanies tidak mahu mengungkit lagi kontroversi berkenaan.  Pada masa yang sama, Ruhainies memberitahu beliau dan Janna sebenarnya tidak pernah bergaduh tetapi cuma berselisih faham sahaja sebelum ini.

Apa yang boleh saya katakan semuanya sudah selesai dan tiada apa lagi yang boleh saya komen kerana tidak mahu sebarang salah faham timbul.

Saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu dan saya sedia untuk bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek drama pada masa hadapan.

Jujurnya saya sendiri tidak pernah menyangka nama saya akan terpalit dengan cerita-cerita kurang enak tetapi perkara itu sudah pun berlaku. Tetapi ia pengajaran baik untuk saya.

Meskipun dihimpit kontroversi, Ruhainies mengakui tidak merasa tertekan dan kerjaya beliau juga berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan tidak tekanan daripada mana-mana pihak mungkin kerana kontroversi adalah perkara biasa dalam kehidupan seorang selebriti. Malah saya sendiri tidak membawa masalah ke tempat kerja kerana ingin bersikap profesional.

Baguslah kalau kedua-duanya sudah berdamai, biasalah salah faham itu selalu berlaku didalam kehidupan apa yang penting ialah kita harus menyelesaikan masalah itu secara matang.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 31st, 2016

Awal Ashaari dan isterinya Scha Al Yahya sering dilabel sebagai ibu bapa yang “overprotective” terhadap anak mereka Lara Alana sehingga membuatkan sesetengah peminat merasa sedikit meluat kerana tidak boleh mendekati Lara.

Namun, pasangan ini ada alasan tersendiri apabila meminta agar peminat tidak terlalu mendekati Lara dan mencium pipinya.

Melalui akaun Instagram Lara, ada sebuah foto yang dimuat naik dimana pipi Lara terkena alahan dan terdapat ruam merah dibahagian berkenaan. Berdasarkan kapsyen didalam foto tersebut, ibu bapa Lara menjelaskan anak mereka terkena alahan kerana terlalu ramai orang yang mencium Lara.

Bila Mommy or Daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab diorang eksyen or sombong, sebab Lara ni ada eczema. Lipstick merah yang Auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss / gomol / picit / pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham. #eczema.

Kan mudah kalau dari mula lagi Awal dan Scha jelaskan perkara ini, tidak adalah Lara terkena alahan. Semoga Lara cepat sembuh.

Sumber Berita : Instagram Lara Alana

Written by Bella | May 31st, 2016

Sebelum ini, Kamal Adli telah meluahkan hasratnya yang sudah bersedia untuk melamar Emma Maembong menjadi isterinya dan hanya menunggu restu daripada ayah Emma.

Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.  Walaubagaimanapun, mereka seakan masih tetap mesra bersama dan ramai yang menaruh harapan untuk pasangan ini ke jinjang pelamin.

Emma juga akui ada sesetengah pihak mempertikaikan mengapa Emma seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status hubungan mereka.

Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan.

Tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti main tarik tali mengenai hubungan kami. Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung.

Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa.

Jelas Emma, pengalaman lalu dalam bercinta banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati dan tidak terlalu “hanyut” dalam percintaan.

Jika ditakdirkan Kamal ialah jodoh saya, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tidak perlu ikatan rasmi seperti bertunang untuk menyatakan Kamal milik saya.

Saya akui pengalaman cinta lalu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tidak mahu disebabkan terlalu kemaruk bercinta, jiwa saya melara apabila hubungan putus ditengah jalan.

Apa yang Emma katakan itu ada betulnya. Lebih baik untuk mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Bila berkahwin kalau boleh kita hendak ia kekal selamanya bukan? Jadi apa salahnya untuk ambil waktu untuk tahu baik buruk pasangan..

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | May 31st, 2016

Umum mengetahui bahawa pelakon Fiza Halim kini sudah mempunyai kekasih baharu yang merupakan seorang juruterbang. Malah, perkara itu disahkan oleh Fiza sendiri baru-baru ini.

Namun, sudah lama juga kami mendengar dakwaan bahawa Fiza sebenarnya merampas suami orang tetapi perkara itu berkali-kali dinafikan oleh Fiza.

Terbaru menerusi ruangan Bipop di Berita Harian, ada sumber yang menegaskan memang Fiza adalah punca rumah tangga kekasihnya itu musnah.

Menurut sumber berkenaan, Fiza menjalinkan hubungan dengan kekasihnya ketika jejaka itu masih lagi bergelar suami orang.

Fiza dan kekasihnya mula berkenalan ketika bertemu didalam pesawat sekitar awal tahun ini. Dek kerana sudah terlalu angau dan mencintai Fiza, juruterbang itu langsung tidak pulang ke rumah.

Malah, ketika bekas isteri jejaka tersebut menghubungi Fiza  untuk mendapatkan jawapan menerusi ruangan komen di Facebook, Fiza seakan tidak mahu melayan komen berkenaan dan bertindak untuk menyekat wanita berkenaan daripada akaun Facebook beliau.

Kecewa dengan sikap suaminya dan hubungan mesra bersama Fiza, wanita itu mengalah dan terpaksa meminta cerai kerana tidak mahu masalah tersebut berpanjangan.

Meskipun terluka, wanita itu tetap mendoakan kebahagiaan Fiza bersama bekas suaminya itu.

Ermhh, kami tidak tahu jika berita ini benar ataupun tidak,tetapi apa gunanya kalau hubungan itu dicipta daripada derita orang lain bukan? Hidup ini umpama roda yang berputar, kita tidak tahu pula nasib kita bagaimana di masa hadapan.  Apa-apapun, kita nantikan penjelasan daripada pihak Fiza Halim nanti. Apa reaksi beliau agaknya..

Sumber Berita : Berita Harian

 

Page 1 of 421234567...Last »