Written by Bella | April 19th, 2016

Minggu lepas, ramai juga yang tertipu dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama DSV- Dato’ Seri Vida yang menawarkan beg tangan mewah Louis Vuitton secara percuma bagi sesiapa sahaja yang share post berkenaan.

Kasihan dengan mereka yang sudah tertipu, Dato’ Seri Vida telah bermurah hati untuk menghadiahkan bukan sahaja beg tangan LV secara percuma tetapi beberapa lagi beg tangan lain kepada mereka yang bertuah.

Pengumuman itu dilakukan menerusi akaun Instagram miliknya.

Thank you sayangggg sayanggg semua yang share dgn saya story Account Fake FB saya….. Mmuahhh Mmmuahhh 💓💓💓💓💓💓💓

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Ikuti perkembangan saya di IG saya.. Insyaallah… Siapalah yang bertuah tu ya… 😍😍😍😍😍😍

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Meskipun ramai yang menyampah dan meluat dengan aksi Dato’ Seri Vida dengan tagline Qu Puteh beliau, namun kebaikan hati manusia itu memang tidak boleh di ukur. Kami mendoakan agar Dato’ Seri Vida akan lebih murah rezeki selepas ini.

Written by Bella | April 19th, 2016

Baru-baru ini, rumah keluarga Faye Kusairi telah diserbu oleh pihak JAIS apabila menerima sebuah laporan mengatakan ada berlakunya kes khalwat. Namun, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata dan ia telah menjatuhkan maruah keluarga Faye dan juga dirinya.

Terbaru,Faye khabarnya telah mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang telah membuat laporan palsu berkenaan selepas bertemu empat mata dengan pihak JAIS selepas kes berkenaan.

Saya tidak syak. Saya datang dengan hati terbuka nak tahu SOP (prosedur operasi piawai). Dia tersasul satu nama dan dakwa ada kaitan.

Nama sudah ada cuma saya tidak boleh beritahu sebab Jais yang kena cakap. Penolong pengarah Jais sudah cakap dengan saya, sebut nama, tapi bukan hak saya untuk beritahu.

Saya hendak mereka cakap kepada media atau orang ramai, jelaskan siapa pengadu. Mereka yang perlu buat. Mereka yang terima fitnah. Siapa suruh mereka terima?

Faye pada masa yang sama meluahkan rasa kecewa terhadap pihak JAIS yang seakan hendak lepas tangan selepas mereka membuat serbuan mengejut.

Ini yang saya kecewa sebab mereka tidak cakap apa-apa. Tidak patut mereka cakap ‘tiada komen’. Mereka tidak mahu komen, mereka diam tidak mahu cakap apa-apa, mereka hendak saya saman ke apa?. alau nak saya saman, saya boleh saman tetapi mereka yang teruk. Mereka kena jawab juga.

Mungkin Faye Kusairi tidak sedar selama ini dalang yang membuat laporan palsu itu ada menyimpan dendam terhadap beliau sehingga melakukan perkara sebegini demi menjatuhkan maruah Faye.  Kadang-kala kita tidak sedar mungkin cara kita ada membuat pihak lain tersinggung.

Sumber Berita : The Malay Mail Online

Written by Bella | April 19th, 2016

Baru-baru ini berita mengenai seorang penyanyi rock terkenal memukul teruk kekasihnya  yang merupkan anggota kumpulan ZiaBella cukup hangat diperkatakan.

Sebenarnya penyanyi rock tersebut adalah Aweera yang telah ditahan oleh polis selepas kekasihnya Shazia Mohd Rozaini membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kini hubungan mereka sudah berakhir dan Shazia juga mengakui beliau sudah memaafkan Aweera tetapi dengan bersyarat. Shazia tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan kini mahu fokus dengan kerjaya beliau.

Dalam syarat Shazia, beliau melarang Aweera untuk mendekati dirinya mahupun keluarga beliau dalam apa cara sekalipun.

Shazia (kanan) bersama adiknya Bella (kiri) kumpulan mereka dikenali sebagai ZiaBella

Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.

Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.

Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari. Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri.

Shazia mengakui kelemahannya ialah mudah kasihankan orang  lain, sehingga masih mahu memaafkan Aweera walaupun beberapa kali melalui pengalaman dikasari. Malah ketika melihat Aweera di balai polis untuk disoal siasat, dia masih fikir apakah tindakannya membuat laporan itu betul ataupun tidak.

Kalau sudah teruk dikasari oleh teman lelaki, lebih baik elak daripada terus menjadi mangsa. Lelaki seperti ini tidak sayangkan anda dan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan anda.

Sumber Berita : mStar Online

Written by shahzeeq | April 19th, 2016

Memiliki kulit putih cerah gebu dan licin satu badan tanpa masalah kulit adalah dambaan tiap wanita. Lagi2 dengan cuaca yang begitu panas terik sekarang, agak sukar untuk mengekalkan kecantikan kulit , kekal putih berseri serta awet muda. Memang banyak produk berasaskan kolagen dipasaran. Tapi mana satu produk kolagen yang paling berkesan dan terbaik untuk kulit? Kulit kusam dan je-ragat adalah masalah yang paling digeruni oleh tiap wanita kerana jeragat dan kulit kusam adalah kesan kekal .

Kini dengan formulasi mewah supplement kecantikan dari Oceana Orchid yang didatangkan dari teknologi France, anda boleh kekal muda dan cerah selamanya tanpa perlu mengambil suntikan. Gabungan kandungan gluthathione , hyaluronic acid dan collagen yang tinggi mempercepatkan lagi proses penghasilan sel-sel kulit baru. 10 kali agen pemutihan , sebab tu lah jeragat yang tebal pun boleh hilang!

 photo 1.png

Membantu memudarkan parut.

Oceana Orchid adalah produk collagen yang membantu untuk me-rawat kulit dari dalam, memutihkan kulit dan agen anti peneuaan seperti jeragat, kulit kusam dan kedut. Kini produk Oceana Orchid yang menjadi permintaan ramai kerana keistimewaannya yang ter-bukti berkesan seawal tujuh haru penggunaannya. Hasilnya kulit anda akan menjadi cerah , gebu dan sihat. Anda pasti akan nam-pak perubahan seawal 7 hari. Paling ketara warna kulit akan jadi lebih cerah, gebu dan licin. Jerawat di belakang badan akan kering dan pudar dalam tempoh yang singkat.

Antara testimoni….

 photo 2.png

 photo 3.png

 photo 4.png

tapak kaki yang terkopek2 semakin halus.

 photo 5.png

 photo 6.png

Mencerahkan bahagian pelipat seperti bawah lengan.

 photo 7.png

Masalah hitam2 di tengkuk yang dialamai semasa pertukaran hormon mengandung, kini putih kembali !

 photo 8.png

PRODUK INFO TENTANG OCEANA ORCHID WHITE GLOW BOOSTER
– kandungan GLUTHATHIONE yang tinggi khas untuk pemutihan maximum
– kandungan HYALURONIC ACID sebagai booster untuk putih maximum
– kandungan anti oksidan yang tinggi
– melembutkan kulit
– anti kedutan. Mengurangkan masalah peneuaan
– merawat wajah yang bermasalah. ( jerawat, jeragat, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering, etc )
– mencegah barah
– menggalakkan pertumbuhan rambut, gigi , tisu dan tulang rawan yang sihat
– meratakan warna kulit
– membuang toksin dalam badan, melancarkan sistem penghadaman.
– meratakan warna tona kulit
– memudarkan parut
– menguatkan sistem imunisasi
– menguatkan sistem badan kerana kandungan protein dan vitamin yang tinggi

Anda akan berpuas hati !
– anti penuaan
– agen pemutihan yang maximum
– kulit muka dan badan putih dan gebu .
– tiada lagi masalah kulit

Sebotol 50 biji.

Facebook: Oceana Orchid

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp di talian 016 776 1015

Page 20 of 55« First...10...1819202122...304050...Last »