Written by Bella | April 30th, 2016

Sebelum ini Liyana Jasmay ada mengeluarkan kenyataan yang beliau merasa fobia dan takut untuk keluar daripada rumah sendirian ketika berada di Sabah,  gara-gara peminat beliau yang terlalu fanatik sehinggakan ada yang mengekori beliau ketika membeli barang

Walaubagaimanapun, kenyataan Liyana itu mendapat kecaman yang agak hebat terutama sekali daripada orang Sabah yang merasa diri mereka dihina dengan kata-kata oleh Liyana.

Tidak mahu isu ini berpanjangan, Liyana menerusi portal BH ONLINE telah memohon maaf kepada semua rakyat Sabah dan memberitahu beliau sekadar berkongsi pengalaman beliau tanpa berniat untuk mengguris hati penduduk negeri tersebut.

Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu. Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran.

kenyataan Liyana Jasmay sebelum ini

Sebenarnya Liyana bersyukur kerana peminat di negeri itu sentiasa melayan suaminya dengan baik.

Saya gembira apabila suami mendapat layanan yang baik dan diharap anda semua tidak salah faham dengan artikel yang dipaparkan. Saya juga berharap masyarakat Sabah tidak memberi tanggapan salah mengenai penjelasan ini.

Saya memohon maaf jika temubual yang dijalankan dan artikel yang dipaparkan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih atas teguran yang diberikan dan saya menghargainya.

Dalam berkata-kata, kita kadang kala tidak sedar bahawa ia mungkin membawa maksud yang lain bagi sesetengah pihak. Namun, Liyana Jasmay sudah akui kesalahan beliau dan harap isu ini tidak lagi berpanjangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 30th, 2016

Tahniah diucapkan kepada hero drama Tundukkan Playboy Itu , Hafidz Roshdi yang sudah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada .

Berita itu diumumkan oleh Hafidz sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dimana majlis pernikahan beliau berlangsung sekitar jam 11 pagi tadi di Perlis. Majlis serba sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada semua tetapi jodoh kami telah tiba. Maka saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhirnya. Keputusan ini dibuat setelah kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan majlis ini.

Hafidz juga sempat bercerita tentang hubungan beliau dan Shuhada. Jelas Hafidz mereka berdua sudah berkenalan lebih daripada tiga tahun malah sebelum Hafidz menceburi bidang lakonan. Pasangan ini kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 30 November lepas.

Majlis hari ini adalah di pihak perempuan manakala majlis resepsi di pihak lelaki akan dimaklumkan kelak.

Usah lagi ingat akan kontroversi bersama Uqasha Senrose sebelum ini, dan jalani tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dengan baik. Semoga perkahwinan Hafidz Roshdi dan pasangan beliau akan berkekalan sehingga jannah.

Sumber Berita : Instagram Hafidz Roshdi

Written by Bella | April 30th, 2016

Kehadiran Ayda Jebat didalam industri hiburan tempatan ada juga mengundang rasa tidak puas hati ramai meskipun beliau boleh dikatakan agak popular. Ayda sedar ada sesetengah pihak yang membenci dirinya.

Namun, Ayda akui beliau tidak kisah jika mereka bersikap begitu kerana walaupun personaliti beliau tidak digemari namun mereka menyukai lagu beliau.

Bagi saya, ia perkembangan yang baik. Tidak kisah jika ada yang membenci saya kerana apa yang lebih penting, lagu saya menarik perhatian mereka. Saya percaya selepas lagu ini mencuri hati mereka, perlahan-lahan peminat akan cuba mengenali dan mendekati diri saya yang sebenar.

Ayda sebenarnya tidak sangka bahawa haters beliau tiba-tiba meminati lagu Pencuri Hati yang beliau nyanyikan untuk menjadi lagu tema drama Isteri vs Tunang.

Saya tidak menyangka, mereka yang selama ini membenci tiba-tiba mula meminati apabila Pencuri Hati menjadi lagu tema drama rantaian, Isteri vs Tunang lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid. Lebih membuatkan saya terharu, lagu ini juga menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah.

Ramai yang menjadikan Pencuri Hati sebagai lagu pilihan ketika melakukan aktiviti mengeluarkan peluh seperti zumba, senamrobik dan di gimnasium. Susunan muzik lagu ini yang ceria membangkitkan mood dan semangat kepada pendengar setiap kali beriadah.

Nampaknya dalam benci masih ada lagi yang boleh menerima lagu nyanyian Ayda. Tidak dinafikan lagu Pencuri Hati agak popular juga dikalangan remaja dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 30th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang tidak lama lagi bakal bergelar ibu dan bapa. Fadzil menerusi akaun Instagramnya semalam mengumumkan Yana sebenarnya sudah hamil tujuh bulan.Difahamkan keadaan Yana dan bayi didalam kandungan beliau berada dalam keadaan yang sihat.

Assalamualaikum wbt… Sebelum abang tidoq malam ni abg nak share pada semua kawan2 kat sini yg selalu mendoakan kami… Alhamdulillah wife abg @yanasamsudin dah pregnant 7 bulan, syukur perkembangan setakat ini wife & baby sihat, harapnya Allah Taala permudahkan perjalanan kami ini hingga saat melahirkan nanti… Abang doakan hangpa semua juga sihat walafiat dan sentiasa dilimpahkan rezeki… Amin…

Alhamdullilah, pandai betul mereka simpan rahsia ye? Sebelum ini tiada siapa dapat menghidu berita Yana sudah mengandung. Apa-apa pun, semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita  : Instagram Fadzil Zahari

 

Page 1 of 5512345...102030...Last »