Written by Bella | March 26th, 2016

Tanggal 25 Mac semalam, merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Memey Suhaiza yang ke 28. Sebagai seorang suami yang cukup romantis, Norman Hakim telah menganjurkan satu surprise birthday party buat isteri tercinta di Wangsa Grill by Chef Zubir yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Memang meriah betul sambutan hari jadi Memey, lebih-lebih lagi dihadiri oleh pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo.

Selamat hari jadi yang ke 28 kami ucapkan kepada Memey, semoga panjang umur dan bahagia di sisi suami dan anak-anak tercinta.

Jom lihat foto-foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran Memey Suhaiza yang ke 28 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : thephotolicious

 
Written by Bella | March 26th, 2016

Terkejut dengan dakwaan mengatakan beliau sudah berkahwin hanya kerana sering memuat naik foto anak buahnya di Instagram, ahli kumpulan De’ Fam yang terkenal menerusi lagu #Supergirls iaitu Azira Shafinaz menafikan gosip berkenaan.

Saya pun tidak faham macam mana cerita kahwin ini timbul. Kelakar pun ada. Tapi saya percaya gosip itu timbul kerana salah faham.

Sebabnya saya sering memuat naik foto anak buah yang berusia setahun tiga bulan di akaun Instagram. Mungkin ada pihak yang ingat itu adalah anak saya.

Walaubagaimanapun beliau sudah mempunyai teman istimewa dan belum ada sebarang rencana untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

Saya masih bujang dan mempunyai seseorang yang cukup istimewa. Cuma belum masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan masing-masing sibuk dengan karier.

Mempunyai hubungan yang baik antara kedua keluarga, Azira nampaknya masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun lepas.

Sumber Berita : Tonton Extra

Written by Bella | March 26th, 2016

Semalam video Lydiawati yang sudah hilang sabar dan bertindak untuk memukul seorang pengkid menjadi viral di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga Lydiawati bertindak sebegitu?

Lydiawati kemudian  menjelaskan beliau sudah tidak tahan lagi  di ganggu oleh pengkid berkenaan yang menghantar ratusan mesej lucah setiap hari. Malah, pengkid itu mendakwa beliau merupakan kerabat diraja Brunei dan menawarkan pelbagai hadiah mewah buat Lydiwati.

Terbaru, difahamkah Lydiawati telah dipanggil oleh pihak polis semalam bagi memberikan keterangan lanjut berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Aktres itu hadir kira-kira jam 6 petang di balai polis dan dibenarkan pulang selepas pihak polis merakam kenyataan beliau.

Kalau sudah hari-hari terima mesej lucah dan menjadi tempat untuk memuaskan nafsu seorang pengkid, memang ia mencabar kesabaran sesiapa pun, lebih-lebih lagi jika kita di ugut dan sebagainya. Hati-hati  juga kepada mereka di luar sana jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka.

Written by Bella | March 26th, 2016

Umum mengetahui bahawa juara AF 2015, Sufi Rashid baru sahaja membuka sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular Singapura seperti sup tulang merah bersama dua lagi rakan kongsi beliau.

Namun, dugaan menimpa apabila dapur restoran milik Sufi musnah dijilat api baru-baru ini. Mengakui ia berpunca daripada lintar pintas dan bukannya perbuatan khianat seperti yang digembar-gemburkan, Sufi bagaimanapun redha dan merasa syukur kerana tiada nyawa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Ia juga berlaku bukan kerana kelalaian kami, tetapi disebabkan litar pintas yang berpunca daripada peti sejuk. Mungkin kerana terlalu panas, wayarnya terbakar dan merebak ke bahagian dapur. Bahagian lain dalam restoran hanya terkena tempias asap dan masih boleh dibersihkan.

Kalau semuanya terbakar, pastinya saya sangat sedih. Kebakaran itu dikatakan berlaku sekitar jam 2 pagi, iaitu beberapa jam selepas tamat operasi pada hari terbabit. Mujur tiada pekerja yang berada di situ ketika kebakaran berlaku.

Mengambil masa dua minggu untuk kerja pembersihan dan baik pulih, nilai kerugian yang dianggarkan mencecah jumlah RM25,000.

Dalam berniaga pasti akan cabaran tersendiri, harus kuat daripada segi mental dan fizikal untuk menghadapi semua perkara yang tidak dijangka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 10 of 63« First...89101112...203040...Last »