Written by Bella | February 25th, 2016

Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan antara pasangan yang cukup romantis bersama dan saling menghargai.

Berkahwin pada tahun 2012, semalam pasangan ini telah meraikan ulangtahun ke 4 perkahwinan mereka.

Semakin bahagia bersama dengan dua orang cahaya mata. Aeril telah memuat naik satu video romantis bersama ucapan yang cukup menusuk kalbu buat Wawa menerusi akaun Instagramnya.

Selamat Ulangtahun ke-4 Pernikahan Kita : @waw4_zainal ……

Rupanya waktu dan tanggal yang sama ini, masih basah kenangan 2012 itu – saat dikau kuperisterikan dengan penuh cinta kasih dan itu tak kan pernah berubah dan terkurang. Melainkan kian bertambah bila kita diamanahkan putera-puteri untuk dididik mencintai ALLAH & RASUL serta menyayangi agamanya.

Terima kasih sayang kerna sudi terima diri ini menjadi pembimbing zahir batinmu. Perjalanan kita dan pelayaran bahtera perkahwinan masih jauh dan mudah mudahan tetap utuh. Doakanlah diri ini kelak dapat menuntun dirimu bersama anak anak kita menuju dan masuk ke SURGA ABADI nanti.

Untungnya dapat suami macam Aeril Zafrel kan? Ye lah, isteri mana yang tidak cair dan terharu apabila membaca ucapan seperti ini. Semoga mereka kekal bahagia sehingga jannah!

Written by Bella | February 25th, 2016

Sejak bercerai dengan pelakon Faizal Yusop sekitar tahun 2009, fokus Siti Nordiana hanya tertumpu kepada anaknya Rayyan dan kerjaya beliau.

Namun, menerusi satu artikel di portal Astro Gempak, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk menempuh semula alam percintaan dan dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama pengurusnya sendiri.

Menurut laporan itu lagi, hubungan mereka ini sebenarnya sudah lama terjalin secara senyap-senyap.

Walaupun isu ini sudah menjadi viral dan cukup hangat diperkatakan sejak semalam, Nana sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan gosip percintaannya itu.

Kalau benar apa salahnya bukan? Nana juga perlukan seorang lelaki bernama suami sebagai peneman hidup begitu juga dengan anaknya Rayyan yang memerlukan seorang ayah.

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by Bella | February 25th, 2016

Semalam, adik Neelofa  iaitu Nur Ameera telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai apabila seakan menghina sekolah serta guru kerajaan.

Antara kenyataan Ameera menerusi satu video yang beliau muat naik di YouTube ialah, guru kerajaan buat kerja cincai dan keadaan sekolah kerajaan sangat teruk berbanding sekolah swasta.

Namun, Ameera  telah tampil memohon maaf dan memberitahu beliau hanya memberikan pendapat berdasarkan pengalaman.

Walaubagaimanapun,  selepas permohonan maaf itu dibuat beliau masih lagi menerima kecaman daripada netizen.

Akhirnya  Ameera membuat keputusan untuk memadam video berkenaan agar isu ini tidak berpanjangan.

Tidak salah untuk memberikan pendapat tetapi biarlah ia tidak menimbulkan sebarang kontroversi mahupun provokasi. Anda masih muda dan banyak lagi perkara yang belum anda tempuhi.  Sekali petik perkataan cikgu sahaja pasti semua terasa. Harap Ameera belajar daripada kesilapan dan tidak ulang perkara sebegini.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | February 25th, 2016

Rasanya semua peminat tegar Hanis Zalikha sudah tahu bahawa beliau sedang mengandung anak pertamanya bersama Hairul Azreen. Malah, usia kandungan beliau kini sudah enam bulan.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh Hanis menerusi akaun Instagramnya, baby bump beliau sudah jelas kelihatan.

Peminat  juga cukup teruja dengan kehamilan Hanis dan mendoakan agar segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Jom lihat beberapa lagi foto baby bump Hanis Zalikha yang semakin terserlah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.