Written by Bella | February 29th, 2016

Nampaknya kes penyebaran berita palsu tentang kematian ataupun kemalangan artis di Malaysia ini semakin menjadi-jadi, kali ini nasib yang sama menimpa Ayda Jebat apabila ada sebuah portal melaporkan aktres itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Malah, berita itu menjadi viral di Facebook dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Ayda yang mengetahui berita itu nyata terkejut dan memberitahu bahawa pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan foto lama ketika beliau kemalangan pada tahun 2012.

Saya terkejut kerana ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya terlibat dalam kemalangan. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita yang saya terlibat dalam kemalangan dan menggunakan gambar lama saya.

Saya pernah terlibat dalam kemalangan tetapi pada tahun 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun.

Ayda turut menasihatkan orang ramai tidak percaya dengan mana-mana berita palsu dan berhati-hati sebelum menyebarkan ia.

Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada saya, tetapi ianya pernah juga terjadi kepada selebriti-selebriti lain. Nasihat saya, sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan dahulu berita itu sahih atau tidak. Jika berita yang disampaikan tidak benar, banyak implikasi negatif yang bakal berlaku.

Haish, makin menjadi-jadi pula mereka yang suka buat cerita palsu ni. Hidup, mati ataupun perkara yang berkaitan kemalangan tidak boleh dibawa main-main.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | February 29th, 2016

Sebelum ini, bekas suami Yatt Hamzah iaitu Abdul Mutalib memberitahu beliau akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt sah bernikah dengan Muhammad Zulfadli.

Apabila pihak media bertanya mengenai perkara berkenaan, Yatt nampaknya enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan yang dibuat oleh Abdul Mutalib.

Walaubagaimanapun, Yatt ada memberitahu bahawa tiada sebarang perjanjian yang dibuat bersama bekas suaminya itu dan beliau sama sekali tidak akan berpisah dengan anaknya.

Tidak bijak rasanya kalau saya mengulas mengenai perkara itu kerana ia seperti menyimbah minyak dan membesarkan lagi api yang sudah pun marak.

Individu yang bersuara atau telah bersuara dan mahu bersuara itu adalah hak mereka dan terpulanglah.

Apa yang boleh saya katakan tiada sebarang persetujuan dan saya tidak akan sesekali berpisah dengan anak dan kami akan bersama selama-lamanya.

Berbicara mengenai gosip yang melanda beliau dan suami sebelum mereka berkahwin pada hari Sabtu lepas, Yatt kagum dengan sikap Zulfadli yang tenang dan matang dalam menangani segala gosip serta ingin fokus kepada perkahwinan mereka sahaja.

Alhamdulillah dia sangat tenang dan profesional apabila keluar dakwaan tersebut sebaliknya saya yang panik tetapi sebagai seorang selebriti saya sudah terbiasa.

Sifat matang dan sabar yang ada pada dirinya itulah membuatkan saya jatuh hati kepadanya dan dugaan melanda kami sebelum berkahwin adalah ujian Allah kerana Dia sayangkan kami.

Pasangan Yatt Hamzah dan Zulfadli merancang untuk berbulan madu di Krabi, Thailand selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 29th, 2016

Umum mengetahui dan memuji majlis resepsi perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki yang bertemakan Fairytale. Memang cukup meriah apatah lagi ketika Anzalna mengenakan busana sama seperti gaun Barbie.

Namun, bukan busana Anzalna sahaja yang menjadi perhatian tetapi gaun yang dipakai oleh Fazura juga turut menjadi tumpuan peminat.

Merupakan kebaya moden yang ditempah khas  hasil rekaan Rizman Ruzaini, Fazura kelihatan begitu anggun dan cun pada malam tersebut.

Malah, ada peminatnya di Instagram keliru siapa yang kahwin sebenarnya? Hehe..

Berikut antara komen peminat di Instagram:-

Apa pula pendapat anda? Cun ke tak Fazura?

Written by Bella | February 29th, 2016

Sebelum ini nama Mia Ahmad kecoh diperkatakan selepas beliau menarik diri di saat akhir untuk membintangi sebuah drama meskipun segala perjanjian sudah dibuat. Tindakan Mia itu dianggap tidak profesional dan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak produksi drama tersebut yang bertajuk Akad Ku Yang Terakhir terbitan Global Station.

Mula dikritik dan dihimpit pelbagai kontroversi, Mia akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar dan tidak mahu dirinya terus dipersalahkan.

Pihak mereka menawarkan projek ini sejak Disember lalu, namun sehingga hujung bulan lalu masih belum menjalani penggambaran.

Sebagai pelakon saya perlukan sesuatu yang lebih terjamin apatah lagi ketika ditawarkan drama itu saya belum menandatangi kontrak. Saya fikir sampai bila nak menunggu. Malah, saya sudah menolak banyak tawaran drama lain. Justeru, saya minta pihak pengurusan dapatkan kepastian projek itu akan diteruskan atau tidak.

Saya anggap isu ini selesai memandangkan pihak pengurusan sudah memakluman pihak terbabit Namun, apabila ia diperbesarkan sehingga diketahui umum, tidak adil pula rasanya. Pun begitu, saya tidak menyalahkan mereka. Dengan rasa rendah diri, saya mengakui kesilapan itu.

Saya tidak mahu terus menerus memberikan kenyataan seolah-olah saya seorang yang betul. Saya sedia beralah dan jadikannya pengajaran.

Sejak isu berkenaan timbul, ada pihak yang menganggap Mia sebagai pendatang baru dalam industri lakonan sudah besar kepala. Walaubagaimanapun, Mia tidak cepat melatah dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

Orang sekeliling menilai berdasarkan apa yang terjadi. Namun, apa daya saya untuk menghalang. Sepatutnya masalah ini boleh selesai dengan cara baik. Saya menghormati keputusan pihak pengurusan yang sudah pun memohon maaf. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini terus berpanjangan.

Artis dan pihak produksi akan sering berjumpa antara satu sama lain baik secara rasmi ataupun tidak, harapnya Mia Ahmad dapat mencari jalan penyelesaian. Tak mahu lah gaduh-gaduh dan berbalas kenyataan sahaja bukan?

Sumber Berita : Harian Metro

Page 3 of 5412345...102030...Last »