Written by AbangNara | February 19th, 2016

Pagi-pagi ketika menghantar anak ke sekolah Abang Nara memang suka mendengar JoHaRa Pagi ERA. Secara jujur, memang dah kurang lawak sikit tetapi tetap menghiburkan. Bolehlah buat ketawa di pagi hari dan ceriakan diri untuk hari yang bakal tiba. Kadangkala Abang Nara juga mendengar gandingan Sepahtu di Sinar FM. Boleh tahan juga celoteh mereka bertiga.

johara pagi era

Bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak setiap hari. Biasalah ada hari menjadi, ada hari kurang menjadi. Namun baru-baru ini, laman Facebook popular, Amran Fans telah meluahkan isi hatinya dengan mengeluarkan kenyataan yang cukup menikam jiwa. JoHaRa Pagi Era dilabel sebagai ‘bangang’  dan ‘sendiri buat lawak, sendiri gelak’. Senang cerita, JoHaRa syok sendiri.

johara pagi era

Rata-rata ada yang bersetuju dan ada yang mencadangkan agar Amran Fans menukar saluran radio jika tidak mahu mendengar celoteh JoHaRa. Namun bagi Johan, Hanif dan Ray, tohmahan sebegini tidak melemahkan semangat mereka. Malah mereka bersetuju bahawa mereka ‘syok sendiri’. Kata Johan:-

Ia bukan satu tugas yang mudah meski orang mungkin beranggapan begitu. Saya akui, ada segelintir yang anggap kami ni syok sendiri ketika berada di konti. Bagi saya, memang kami kena syok sendiri sebab kalau kami tak buat begitu, macam mana pendengar pun nak syok untuk dengar kami?

Kalau mereka suka, kami juga suka dan anggap ia adalah respon yang positif untuk kerja kami. Untuk kami kegembiraan dan keceriaan itu perlu ada pada kami dulu baru kita mengajak orang untuk bersama-sama kita sertai ‘kegilaan’ itu. Biar kami syok dulu, sebelum orang lain syok.

johara pagi era

Biasalah bila dah popular, macam-macam kata-kata nista akan diterima. Jangan layan sangat kata-kata orang lain. Mungkin hanya segelintir yang tak sukakan kita. Kalau lebih separuh enjoy dengan apa yang kita lakukan, itu dah cukup baik. Mungkin Amran Fans boleh cuba buat rancangan pagi mereka sendiri. Nak tengok juga lawak syok sendiri ke tak. Tak gitu? Sumber Astro Gempak.

violet

P.S: Cantik-cantik juga tudung bercorak yang diperbuat daripada kain chiffon berkualiti tinggi oleh Violet Navisus Signature ini. Straight cut serta kain lembut dan mudah dibentuk. Harga cuma RM28 sahaja. Macam-macam lagi koleksi boleh dilihat di Facebook Violet Navisus atau Instagram @navisussignature. 

Written by serenity | February 18th, 2016

Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya. 

Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Online menyatakan sebaliknya:

Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.

Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini.

Abdul Mutalib menambah yang dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan Yatt dengan Mohammad Zulfadhli yang merupakan seorang jurugambar.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.

Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini. Dia juga khabarnya tidak akan melangsungkan majlis persandingan, hanya menganjurkan jamuan makan sempena hari jadi Suci Hanania yang genap enam tahun pada hari sama.

Assalammualaikum selamat pagi semua..apa Khabar..harap2 semuanya sihat sejahtera..󾰀󾁅󾁍󾁆󾀿󾀼󾁁󾁀󾀽Homemade Kuah Kacang @ Kuah…

Posted by Nachos Cheese Powder on Monday, 15 February 2016

Written by Bella | February 17th, 2016

Semalam, kami ada menyiarkan satu artikel dimana ada khabar angin mengatakan Yatt Hamzah bakal bernikah pada penghujung bulan Februari ini. Namun, ramai yang tidak percaya dan anggap kami sekadar ingin timbulkan gosip.

Walaubagaimanapun, hari ini Yatt Hamzah mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jejaka bernama Mohammad Zulfadli Khiruddin pada 27 Februari.

Difahamkan, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 8 pagi.

Yatt juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Zulfadli adalah orang ketiga yang wujud dalam perkahwinan beliau sebelum ini sehingga bercerai.

Saya mengenali dia ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria dan saya masih bergelar isteri orang.

Dia bukan orang ketiga seperti yang diperkatakan kerana kami hanya berkawan rapat selepas saya dan bekas suami berpisah.

Majlis resepsi Yatt dan Zulfadli diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam .

Pada Disember tahun lalu dia melamar saya dan ia bukan satu keputusan yang mudah bagi saya. Apabila mendapat jawapan selepas melakukan solat Istikharah barulah saya terima lamaran itu.

Yatt Hamzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malik.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | February 17th, 2016

Kisah cinta antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim bukan lagi satu cerita baharu, tetapi tidak seperti pasangan lain, mereka berdua agak kurang bicara soal hubungan mereka kepada umum.

Buat Fattah, beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya kerana enggan peminat muak dengan kisah peribadi.

Kisah percintaan saya bukanlah benda baharu lagi, jadi kalau boleh saya enggan terlalu bercerita mengenainya. Takut nanti orang naik muak pula.

Tunggu sajalah kad jemputan daripada kami. Itu saja yang dapat saya kongsikan kepada semua buat masa ini. Bukan niat untuk bermain teka-teki mengenai percintaan kami.

Meskipun sedang bercinta Fattah dan Sherry meletakkan kerjaya mereka sebagai fokus utama dan masing-masing memahami impian yang masih belum terlaksana.

Macam ni lah bagus,tidak perlu sibuk jaja kisah cinta dan ayat manis menerusi foto di Instagram. Cukup masa sahaja nanti terus melangkah ke fasa yang lebih serius.

Sumber Berita: BH ONLINE

Page 20 of 54« First...10...1819202122...304050...Last »