Written by Bella | February 29th, 2016

Sabtu lepas, Yatt Hamzah telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Zulfadli didalam satu majlis kad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis tersebut berjalan dengan cukup lancar dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat. Ia satu hari yang amat bermakna buat pasangan ini apatah lagi ia juga hari yang sama dengan ulangtahun kelahiran anak Yatt iaitu Suci Hanania Malika.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis pernikah Yatt Hamzah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : 712studio

 
Written by Bella | February 29th, 2016

Penerbit terkenal Raja Azmi  sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali buat kali kedua selepas bercerai pada 11 November 2014.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diakan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana pada jam 10.15 tanggal 26 Februari 2016. Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.

Raja Azmi menerima wang hantaran sebanyak RM300 manakala tiada hantaran yang disediakan. Buat Raja Azmi beliau merasa syukur kerana diberikan peluang kedua untuk menjadi teman hidup Eddie dan berharap keputusan ini adalah yang terbaik buat mereka berdua.

Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua.

Raja Azmi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain badminton terkenal Jalani Sidek sebelum bercerai pada 27 Jun 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 31, Puteri Suaida, 27, dan Megat Deli, 22.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Daniel, 24 dan Mohd Effy, 22.

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | February 29th, 2016

Sebenarnya kami memang peminat Leonardo DiCaprio sejak sekian lama. Mana tidaknya, Leo ialah seorang pelakon yang hebat dan konsisten dalam setiap persembahannya. Namun begitu, Leo masih belum pernah memenangi Anugerah Oscars atau anugerah Academy untuk pelakon terbaik walaupun dia sebenarnya layak untuk menerimanya.

Apa pun, tahun 2016 mungkin ialah tahun paling manis buat Leo yang telah diisytiharkan sebagai pemenang anugerah Oscars untuk kategori Aktor Terbaik melalui filem The Revenant sebentar tadi.

Valerie Macon / AFP / Getty Images

Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet

Berikut ialah keputusan rasmi dan penuh Anugerah Academy ke-88 berlangsung sebentar tadi yang dikira anugerah lakonan paling berprestij di Hollywood.

Spotlight
Steve Golin, Michael Sugar, Blye Pagon Faust, …
Filem Terbaik
Leonardo DiCaprio
The Revenant
Aktor Terbaik
Brie Larson
Room
Aktres Terbaik
Alejandro González Iñárritu
The Revenant
Pengarah Terbaik
Mark Rylance
Bridge of Spies
Aktor Pembantu Terbaik
Alicia Vikander
The Danish Girl
Aktres Pembantu Terbaik
Son of Saul
László Nemes
Filem Asing Terbaik
Writing’s on the Wall
Sam Smith, Jimmy Napes
Lagu Asal Terbaik
Spotlight
Tom McCarthy, Josh Singer
Lakon Layar Asal Terbaik
Emmanuel Lubezki
The Revenant
Sinematografi Terbaik
The Big Short
Adam McKay, Charles Randolph
Penulisan Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Ex Machina
Andrew Whitehurst, Sara Bennett, Paul Norris, …
Kesan Visual Terbaik
Amy
Asif Kapadia, James Gay-Rees
Dokumentari Panjang Terbaik
David White
Mad Max: Fury Road
Suntingan Bunyi Terbaik
Mark Mangini
Mad Max: Fury Road
Suntingan Bunyi Terbaik
Margaret Sixel
Mad Max: Fury Road
Suntingan Filem Terbaik
Inside Out
Pete Docter, Jonas Rivera
Filem Animasi Panjang Terbaik
Jenny Beavan
Mad Max: Fury Road
Rekaan Kostum Terbaik
Bear Story
Gabriel Osorio, Pato Escala
Filem Animasi Pendek Terbaik
Gregg Rudloff
Mad Max: Fury Road
Penataan Bunyi Terbaik
Chris Jenkins
Mad Max: Fury Road
Penataan Bunyi Terbaik
Ben Osmo
Mad Max: Fury Road
Penataan Bunyi Terbaik
Lisa Thompson
Mad Max: Fury Road
Rekaan Produksi Terbaik
Colin Gibson
Mad Max: Fury Road
Rekaan Produksi Terbaik
A Girl in the River: The Price of Forgiveness
Sharmeen Obaid-Chinoy
Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
Stutterer
Benjamin Cleary, Serena Armitage
Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik
The Hateful Eight
Ennio Morricone
Skor Muzik Asal Terbaik
Lesley Vanderwalt
Mad Max: Fury Road
Solekan Terbaik
Damien Martin
Mad Max: Fury Road
Solekan Terbaik
Elka Wardega
Mad Max: Fury Road
Solekan Terbaik

Akhirnya Leo memenangi anugerah yang sememangnya layak beliau terima. Tahniah Leo! *tears*

Di samping itu, apa kata kita layan gambar-gambar fesyen artis terkenal Hollywood di permaidani merah majlis Oscars. Lagi 47 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pesta Angin Timur 2016 12 & 13 Mac 2016Kampung Padang Benta, Simpang Empat, Perlis..

Posted by Jkkn Perlis on Tuesday, 23 February 2016

 
Written by Bella | February 29th, 2016

Pada hari Sabtu lepas, telah berlangsungnya majlis resepsi buat pasangan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki yang bertempat di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dengan tema British Royal dan Fairytale.

Anzalna tampak begitu cantik dan menawan memakai gaun  persis patung ‘Barbie’ bak kata peminatnya  hasil rekaan Teuku Putra Aziz daripada Cosry.

Majlis tersebut cukup meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis antaranya pelakon-pelakon daripada drama Memori Cinta Suraya.

Berkenalan selama 10 tahun, akhirnya ke jinjang pelamin jua. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Anzalna dan Hanif dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram TV9 Malaysia