Written by Bella | January 27th, 2016

Nama Fynn Jamal sejak kebelakangan ini sering terpalit dengan pelbagai jenis gosip serta kontroversi. Masih lagi hangat dengan isu beliau mencuri idea perniagaan sambal orang lain, kini Fynn dituduh sebagai pengikut ataupun pengamal ajaran puak Syiah gara-gara penampilan beliau yang sering memakai jubah berwarna hitam.

Walaubagaimanapun, Fynn menerusi mStar Online berkata tuduhan tersebut yang dibuat melalui Instagram sama sekali tidak benar dan sebagai seorang wanita Islam beliau tidak akan pernah melakukan perkara yang tidak mengikut hukum syarak.

Kalau di akaun Instagram saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya. Sampaikan imej saya yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman Syiah. Tuduhan itu memang mengarut.

Sebagai seorang wanita Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak.

Jelas Fynn, beliau sering memakai jubah hitam kerana warna tesebut sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja.

Kalau nak tahu, dahulu setiap hari saya dan suami ada masalah untuk berfikir baju apa yang perlu dipakai.

Pada pengakhirannya, saya dan juga suami memutuskan untuk memakai baju hitam sahaja. Bukan orang luar sahaja bercakap, ibu dan ayah saya pun bising ‘dah tak ada warna baju lain ke?’ Hahaha…Bagi saya, yang penting baju dipakai itu bersih.

Boleh tahan dasat tuduhan terhadap Fynn Jamal kali ini, kami pun tidak tahu kenapa semakin hari banyak pula kontroversi beliau. Apa-apa pun, tidak adil juga untuk melabelkan seseorang itu pengikut Syiah hanya dengan cara pemakaian mereka.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | January 27th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atas kelahiran anak lelaki kedua beliau yang dinamakan Don Ibrohim.

Berita itu tidak disampaikan oleh Ustaz Don sendiri tetapi menerusi akaun Instgram isteri kepada pelawak terkenal, Zira yang mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don kerana sudah menimang cahaya mata kedua.

Tahniah ustaz don baby no 2 alhamdulillah syukur moga dipermudah segala nya utk keluarga ustaz in sya allah.

Satu majlis aqiqah juga telah diadakan baru-baru ini oleh Ustaz Don bagi meraikan anaknya itu. Sebelum ini Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry telah dikurniakan anak lelaki bernama Don Mustofa yang kini berusia dua tahun.

Written by Bella | January 27th, 2016

Disaat hubungan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia putus buat kali kedua, pelbagai spekulasi yang tercetus. Malah, kedua-duanya juga enggan menjelaskan punca sebenar mereka berpisah sedangkan sebelum ini hubungan mereka nampak agak baik.

Namun, timbul dakwaan mengatakan Ayda Jebat adalah orang ketiga yang menyebabkan Aiman dan Fathia memutuskan percintaan mereka yang  terjalin lebih daripada 3 tahun lamanya.

Walaubagaimanapun, Ayda menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak tahu apa yang berlaku akan hubungan Aiman dan Fathia.

Saya tidak tahu-menahu langsung mengenai apa yang berlaku dengan hubungan mereka, malah saya tidak ada masalah dengan kedua-duanya. Saya juga tidak pernah berhubungan dengan Aiman selepas kami selesai berlakon bersama dalam drama bersiri, Isteri Separuh Masa.

Buat Ayda tuduhan sebegitu tidak berasas dan mempercayai ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

Saya tahu siapa diri saya dan saya yakin peminat juga faham dengan dakwaan seperti ini. Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi.

Agak berat juga tuduhan yang dilemparkan kepada Ayda. Nampaknya aktres ini seakan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan mana-mana aktor yang berlakon dengan dirinya.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by Bella | January 27th, 2016

Arja Lee sekali lagi telah tampil memberikan kenyataan yang agak panas dan mampu mengundang kritikan ramai apabila meluahkan hasratnya untuk berkahwin bersama wanita yang mempunyai harta dan kedudukan agar Arja boleh tumpang senang.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan portal Utusan Online yang ingin mengetahui bila agaknya aktor itu akan menamatkan zaman bujangnya.

Buat Arja jika seseorang wanita itu boleh mencari pasangan yang berpangkat, mengapa golongan lelaki tidak boleh melakukan perkara yang sama? Namun, Arja bukan memandang pada harta semata-mata tetapi tetap mencari ciri-ciri wanita solehah didalam diri mereka.

Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?

Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.

Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa.

Buat masa ini Arja masih lagi mencari pasangan yang sesuai buat dirinya dan memberitahu beliau akan berkahwin dalam masa 2 tahun lagi.

Bukan senang hendak cari calon seperti yang Arja Lee mahukan. Tidak salah jika untuk seseorang lelaki mencari wanita yang lebih berpangkat namun janganlah sampai kena label makan hasil bini sahaja. Sebagai seseorang lelaki sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan apa yang patut buat isteri dan bukan menumpang kesenangan mereka sahaja.

Sumber Berita:  Utusan Online

Page 6 of 52« First...45678...203040...Last »