Written by serenity | December 29th, 2015

Kalau semalam kami telah mengongsi gambar-gambar majlis pernikahan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 iaitu Zaim Helmi Zaini dengan isteri, Nur Damia Mohamed Nasir, kali ini apa kata kita lihat gambar-gambar dari majlis resepsi yang berlangsung pada malam 25 Disember, juga di De Palma, Ampang.


 photo NAZ_8065.jpg

Khabarnya, Zaim melamar Damia selepas tempoh perkenalan yang singkat disebabkan pernah kecewa dalam percintaan sebelum ini. Antara tetamu majlis ialah sanak saudara sebelah Zaim dari Brunei dan sanak saudara Damia dari Kelantan dan Indonesia. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Gambar-gambar ini ialah hasil buah tangan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 31 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | December 29th, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan yang cukup “lawak”.  Selalu mendengar keluhan rakyat tentang perbelanjaan harian yang semakin meningkat, beliau telah menyarankan agar rakyat membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

Bak kata Ahmad Maslan, beliau juga kononnya membuat lebih daripada satu kerja.

Tentu sekali kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuklah pelawak terkenal Harith Iskander.

Harith menerusi akaun Facebooknya berkata, beliau sendiri melakukan enam perkara berbeza dalam kariernya namun ia tidak semestinya dikira sebagai enam pekerjaan.

Patutnya sebagai seorang menteri dengan CGPA 3.85, Datuk Ahmad Maslan perlu berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh memalukan diri beliau sendiri. Memang mudah untuk menyuruh orang lain membuat dua pekerjaan dalam satu masa, tetapi bukan anda yang menanggung deritanya.

Written by Bella | December 29th, 2015

Kes cerai antara pelakon Ezany Nizariff dan isterinya Lizda Nuryanti Abidin masih lagi belum selesai sehingga kini. Ezany sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa isterinya itu curang sehingga rumah tangga mereka hancur berkecai.

Bertahun diaibkan dengan cerita beliau lari dengan lelaki lain, hari ini isteri Ezany iaitu Lizda Nuryanti Abidin mendedahkan sikap sebenar pelakon tersebut. Menurut Lizda, berita beliau curang itu cuma rekaan Ezany.

Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya. Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kesempatan terhadap saya.

Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku.

Lizda mengakui sejak malam pertama mereka berkahwin lagi, Ezany sudah menunjukkan perangai beliau yang sebenar. Malam tersebut, Lizda ada membaca mesej di telefon Ezany bersama wanita lain.

Malam pertama selepas majlis sanding kami di Perlis lagi dia sudah buat perangai. Malam tu saya terbaca mesej di telefonnya yang dikirimkan seseorang. Mesej yang kurang enak untuk saya dedahkan kepada umum tetapi saya tidak ambil hati perkara itu.

Namun selepas hal itu macam-macam lagi dia kantoi dengan saya sehinggalah saya pernah jumpa sesuatu dalam begnya serta mesej-mesej lain. Dari situ, mulalah kemelut rumah tangga kami.

Lizda juga memberitahu Ezany tidak pernah ambil tahu soal beliau dan anak-anak. Meskipun bekerja keras untuk membantu suaminya itu dalam perniagaan belacan, Ezany langsung tidak menghargai segala usaha Lizda dan lebih teruk lagi beliau tidak pernah membayar gaji Lizda seperti yang dijanjikan.

Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya. Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan.

Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat. Sampaikan tengah-tengah malam pun sanggup packing belacan dengan pekerja-pekerja. Kursus-kursus di Mardi juga saya yang hadir. Dia tak peduli. Duit minyak saya nak ke sana ke mari buat kerja promosi pun tak diberi kalau tak diminta.

Erm, sebelum ini kita hanya dengar cerita daripada satu pihak sahaja, sekarang barulah perkara sebenar terbongkar. Jadi apa pula kenyataan Ezany selepas ini?

Sumber Berita: mStar Online

Written by serenity | December 29th, 2015

Populariti Shaheizy Sam sedang memuncak kala ini. Filem yang dibintanginya sebelum ini iaitu Polis Evo ialah filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia dan Sam juga pernah dikaitkan dengan beberapa orang wanita dalam industri.

Pada usia 33 tahun, ramai peminat Sam ingin melihat dia berkahwin. Dan terdapat satu gosip sedang tersebar bahawa pelakon itu sedang sibuk melaksanakan persiapan perkahwinan.
 photo 11373958_888674711179909_1820044235_n.jpgUtusan Online melaporkan bahawa ibu Sam, Khaty Fauziah, menafikan anak lelakinya itu sedang membuat persiapan perkahwinan. Bagaimanapun beliau tidak terkejut dengan gosip tersebut kerana ia bukan kali pertama disebarkan:

Sebab itulah saya suruh Sam kahwin cepat-cepat. Bukan sekali dua kisah ini dibangkitkan, tetapi sudah banyak kali sebenarnya.

Kisah Sam sedang buat persiapan perkahwinan juga memang tidak benar. Dia sedang sibuk dengan kerjaya kini. Bila dia ada masa buat persiapan pula? Jangan risau, jika benar ada perkara baik, saya janji tidak akan menyorokkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa.

Pelakon yang dikatakan calon isteri Sam iaitu Syatilla Melvin pula tidak tahu apa-apa mengenai persiapan perkahwinan dan meminta pertanyaan diajukan terus kepada pelakon itu:

Saya tidak tahu dia buat persiapan kahwin. Kenalah tanya dia sendiri. Kalau tanya saya, memang tiada apa-apa yang berlaku. Malah sehingga saat ini juga saya masih sibuk dengan penggambaran drama terbaharu saya.

Dengan kenyataan-kenyataan ini, jelaslah sudah bahawa Sam tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Peminat yang ingin sangat tengok Sam berkahwin tu, doakanlah agar Sam bertemu jodoh dengan segera.

Page 4 of 40« First...23456...102030...Last »