Written by Bella | December 23rd, 2015

Bakal berkahwin pada hari Jumaat ini bersama pengurus restoran Kulcats, aktres Nabila Huda memberitahu beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas serta sederhana sahaja.

Nabila akan mengadakan majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi.

Menurut Nabila jika perkahwinan beliau kali ini adalah seperti yang beliau impikan, maka ia akan menjadi yang terakhir dalam hidup beliau.

Apa yang saya bayangkan, majlis perkahwinan itu nanti akan diadakan secara serba ringkas di mana ia hanya melibatkan majlis pernikahn sahaja.  Sekiranya perkahwinan kali ini jadi seperti apa yang saya fikir, saya bayangkan dan saya impikan, insyaAllah ia adalah yang terakhir dalam hidup saya.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu ia kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda yang bakal berkahwin pada hari Jumaat ini, semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke jannah dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | December 23rd, 2015

Bekas isteri kepada Sultan Brunei serta bekas penyampai berita di TV3, Azrinaz Mazhar sering mencuri tumpuan ramai bukan sahaja dengan kisah peribadinya tetapi dengan penampilan beliau.

Mempunyai gaya rambut baharu yang pendek dengan warna “highlight” yang agak unik ia menjadi perhatian lebih-lebih lagi ketika beliau menjadi model untuk majlis fesyen koleksi Riezman Ruzaini baru-baru ini.

Jom kita lihat beberapa lagi foto gaya rambut pendek beliau yang menjadi bualan ramai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | December 23rd, 2015

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam hidupnya.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah ada kekasih baharu.)

Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.

Sebenarnya, cinta yang dimaksudkan adalah minyak wangi itu dan saya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produk ini. Peminat memberitahu mereka ingin melihat saya bahagia dan doa itu membuatkan saya gembira.

Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sekarang saya masih solo, namun itu bukan bermakna saya serik bercinta lagi, cuma penat perlu menjaga hati orang. Pun begitu, saya minta peminat terus mendoakan saya bertemu jodoh yang menyayangi saya dan anak.

Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan. Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | December 23rd, 2015

Tidak pernah memberikan sebarang kenyataan yang beliau telah pun hamil anak pertama, baby bump Datin Paduka Eina Azman semakin terserlah apabila kandungan beliau kini sudah memasuki bulan yang keenam.

Ramai juga yang memuji Eina tampak sungguh berseri dan bertenaga meskipun sedang sarat mengandung. Malah, beliau dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet sempat meluangkan masa bersama-sama dengan bercuti ke London dan Paris baru-baru ini.

Kami pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi Eina. Apa-apa pun kami berharap segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto baby bump Eina Azman dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 40« First...89101112...203040...Last »