Written by Bella | December 31st, 2015

Hanya dengan sekali lafaz,  Marsha Milan kini sah bergelar isteri kepada kekasihnya Shaiful Nizam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pihak lelaki terletak di Greenlane, Pulau Pinang pada jam 9.20 malam tadi.

Turut berkongsi berita gembira tersebut bersama pengguna media sosial ialah pengarah Michael Ang dan Dafi  yang sama-sama mendoakan kebahagiaan rakan karib mereka.

Marsha tampak sungguh anggun mengenakan busana serba putih sentuhan pereka terkenal Rizalman Ibrahim.

Pasangan ini mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan bercinta sekitar tahun 2013. Majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada 8 Januari 2016 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

*Nantikan update selanjutnya…

 

Written by Bella | December 31st, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Berita yang cukup membuatkan Nubhan merasa teruja dikongsikan sendiri oleh beliau melalui akaun Instagram miliknya.

Hadiah yang paling bernilai.  Kami akan jadi ibu bapa tidak lama lagi.  Satu perasaan yang tak dapat diungkap.  Terlalu gembira dengan berita ini.  Syukur ya Allah.  Jumpa nanti ibu @fie_tawfek, jaga kandungan baik-baik.  Sayang anda berdua.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos lepas hanya dengan sekali lafaz.

Kami harap Nubhan dan isteri akan dilimpahi dengan kasih sayang yang lebih lagi selepas ini dan semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat selalu. Amin..

Sumber Berita: Instagram Nubhan

Written by Bella | December 31st, 2015

Kami rasa ramai yang tidak boleh lupa mengenai isu KimK yang melibatkan aktres Nur Fazura yang sehingga kini masih lagi menjadi kritikan dan bahan lawak ramai di media sosial.

Walaupun semuanya berpunca daripada salah faham beliau sendiri, Fazura tetap dengan pendirian beliau yang enggan tampil memohon maaf secara terbuka kepada Vii Narza.

Malah beliau juga dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro  berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan hal tersebut dan menyifatkan ia sebagai perkara yang remeh.

Hidup saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja tahun ini jadi saya tiada masa hendak memikirkan hal remeh-temeh begitu.  Saya anggap hal itu sudah selesai dan tidak ada apa hendak diceritakan lagi. Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu.

Buat Fazura, setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam isu Kimk dan mereka berhak untuk berbicara mengikut pendapat mereka.

Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu. Itu laman sosial dan sesiapa pun berhak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan.

Sesiapa pun boleh bercakap apa saja. Namun, saya tahu apa yang saya buat dan fikirkan. Niat saya hanya Allah saja yang tahu dalam kes itu.

Boleh kata jiwa Fazura ini memang kental ek?Meskipun sudah teruk dikritik beliau masih lagi tenang menghadapi semuanya..Heh..

Sumber Berita: Harian Metro

Written by AbangNara | December 31st, 2015

Perkahwinan Nad Zainal baru-baru ini sememangnya menjadi perhatian peminat dunia hiburan. Nad Zainal tampil menawan dan berseri-seri dengan persalinan pengantin serba putih. Melengkapkan dirinya di hari penuh bersejarah ini, Nad Zainal telah mengenakan sepasang kasut daripada Christy Ng. Memang kombinasi yang sangat sempurna. Sebelum ini, Mila Jirin turut memilih kasut Christy Ng untuk hari perkahwinannya.

mila jirin

Orang kata kasut sememangnya memainkan peranan penting di hari perkahwinan. Semenjak dua menjak ini memang Abang Nara perhatikan ramai selebriti yang telah memilih kasut Christy Ng untuk disarung pada hari bahagia mereka. Memang satu pilihan yang tepat. Kasut Christy Ng memang cukup popular kerana kualitinya yang tinggi dan rekaannya yang awesome.

mila jirin

kasut Christy Ng yang disarung oleh Nad Zainal

Selain daripada kasut pengantin, Christy Ng juga turut menyediakan pelbagai jenis kasut lagi seperti wedges, tumit tinggi, flats dan sandals. Pelbagai pilihan anda bersesuaian dengan taglinenya “Fresh From Shoe Heaven”. Jadi kalau korang rasa nak kahwin, nak beli kasut yang special sikit, memang Abang Nara cadangkan Christy Ng ini.

mila jirin

Jadi tunggu apa lagi? Layari www.christyng.com untuk melihat sendiri pelbagai koleksi kasut yang direka khas untuk anda. Selamat membeli-belah.

Page 1 of 4012345...102030...Last »