Written by AbangNara | November 27th, 2015

Seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

ummi nazeeraHakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh, yang diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin.

ummi nazeeraMengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

 
Written by serenity | November 27th, 2015

Semalam, pelakon jelita Maria Farida, 45, telah melangsungkan pernikahan dengan kawan baiknya, usahawan berusia 62 tahun, Datuk Rahman di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) pada pukul 11.00 pagi. Ini sekaligus menamatkan zaman ibu tunggal selama 10 tahun pelakon yang dikenali dengan filem Bisikan Cinta ini.
 photo DSC03838.jpg
Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu yang terdiri dari saudara-mara dan sahabat handai terdekat pasangan itu. Untuk makluman, gambar-gambar cantik ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi Muhammad Zameer. Dekorasi dan pelamin di lokasi ini ialah hasil buah tangan The Cosry.

Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015

 
Written by Bella | November 26th, 2015

Aktres Fouziah Gous dan suami Zhafran Yusof kini sudah menjadi ibu bapa apabila Fouziah sudah selamat bersalin cahaya mata pertama mereka sekitar jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta terletak di Shah Alam.

Zhafran telah berkongsi kegembiraan mereka suami isteri di akaun Instagram miliknya tadi dan memberitahu kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

My Utmost Gratitude to Allah swt ..Alhamdulillah ,Isteri saya @fouziahgous Sudah selamat melahirkan anak …Terima Kasih atas Doa yand di panjatkan … Semoga anak ini menjadi anak yang soleh … #syukurlah @zhafoujr @fouziahgous #zhafou #demc #gratitude

Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka berdua membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayi mereka.

Peminat Fouziah juga cukup teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Fouziah serta suami semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Kami di BeautifulNara juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah Gous dan Zhafran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Selepas ini, tanggungjawab anda lebih berat dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Apa-apa pun, semoga lebih murah rezeki dan bahagia.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | November 26th, 2015

Beberapa hari lepas, timbul khabar angin yang mengatakan aktres yang masih lagi tampak muda berbanding usianya, Maria Farida bakal berkahwin dengan rakan karibnya yang berpangkat Datuk.

Terbaru, Maria tengah hari tadi sudah sah bergelar isteri kepadad jejaka tersebut yang dikenali sebagai Datuk Rahman yang sebelum ini merupakan bekas suami kepada Karen Rahman  iaitu pengasas kepada produk kecantikan KR Beauty Care.

Berita beliau sudah bernikah dikongsi oleh aktres Fasha Sandha menerusi akaun Instagram miliknya.

Jom kita layan beberapa lagi foto sewaktu majlis akad nikah mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 5 of 50« First...34567...102030...Last »