Written by Bella | November 19th, 2015

Selepas hampir dua bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh, suami kepada aktres Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 10,000 apabila Mahkamah Tinggi semalam memutuskan pertuduhan beliau bersama peguamnya Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Umie Aida telah membayar jaminan bagi suaminya manakala Matthias di ikat jamin oleh adiknya.

Sebelum ini, Khairuddin dan Matthias didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini. Lokasi tersebuat adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.

Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by serenity | November 19th, 2015

Ramai yang menarik nafas lega apabila drama Hello Mr Perfect yang menghiasi slot Akasia TV3 telah pun tamat siarannya. Drama ini telah digantikan dengan drama baru arahan Erma Fatima iaitu “Akulah Balqis” menampilkan Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.

Namun begitu bila menonton drama ini, sudah tentulah mata terpandang pada heroin cerita ini Nadia Brian kerana wajahnya yang eksotik itu. Ada komen-komen Netizen di Facebook menyatakan wajah Nadia bikin ‘tulang rusuk bergetar’.
 photo 12093262_1044248908932254_1585828658_n.jpg

Dalam episod permulaan yang disiarkan semalam, Nadia hanya muncul sekejap dalam satu adegan, namun mampu meninggalkan kesan buat penonton. Setakat ini lakonannya tidak nampak ‘kayu’.

Nadia ialah seorang pemegang ijazah, kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang yang gemar bersenam.

Adakah drama Erma ini akan menaikkan nama Nadia dalam industri drama dan filem tempatan? Kalau anda masih ingat, Emma Maembong jua ialah wajah pan-asian yang mula popular setelah membintangi drama Akasia juga arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah tiga tahun lepas.

Sementara itu, nampaknya penonton memberi reaksi juga untuk iklan produk kecantikan yang merupakan penaja slot ini, menampilkan hot mama Maria Farida dan Eyka Farhana.

Jom kita tengok 17 lagi gambar Nadia Brian dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nadia Brian.

Program Bicara Seni Siri 2/2015 akan menampilkan En. Saiful Nang dengan tajuk ceremah “Kehidupan Menerusi Lensa” pada …

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 15 November 2015

 
Written by Bella | November 18th, 2015

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | November 18th, 2015

Jika anda mengikuti rancangan Gegar Vaganza 2 tentu anda sedar bahawa pengacaranya Nabil Ahmad seringkali mengusik juri tetap program tersebut Dato Ramli MS. Antara usikan beliau adalah mengenai Alyah.

Menyedari akan perkara tersebut, Alyah yang mengakui gurauan Nabil itu kadang-kala agak melampau, beluau bagaimanapun tidak terasa dengan usikan mengenai mereka suami isteri dan cua memandang perkara tersebut dari sisi yang positif. Tambahan pula, ia sudah menjadi tugasan Nabil sebagai pengcara untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif.

Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif.

Malah, Ramli MS juga tidak pernah membicarakan soal usik mengusik itu ketika pulang ke rumah.

Bagus betul Alyah, tidak cepat melatah ataupun terasa dengan guraun ataupun usikan yang kadang-kala melampau. Iyalah, kalau semua benda hendak dijadikan isu memang payah la.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Page 20 of 50« First...10...1819202122...304050...Last »