Written by AbangNara | November 30th, 2015

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan program Juara Parodi yang menggabungkan penyanyi dan pelawak. Juara Parodi ditayangkan setiap hari Jumaat pada jam 10 malam di mana para peserta akan menyanyi lagu popular tetapi lirik lagu tersebut ditukar. Salah satu gandingan yang sentiasa mencuri perhatian ramai ialah Misha Omar dan kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Tauke dan Yus.
misha juara parodiMinggu lalu adalah minggu terakhir buat Allahyarham Yus Jambu beraksi di atas pentas Juara Parodi. Pemergian beliau buat selama-lamanya masih mengejutkan orang ramai. Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di Perlis, negeri kelahirannya. Abang Nara sangat terharu membaca kata-kata rakan sepasukan Allahyarham iaitu Misha Omar tentang kemesraan beliau pada hari Jumaat lalu. Kata Misha:-

Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah. Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu, saya banyak meluangkan masa dengannya.

Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya. Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain.

Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka. Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya

misha juara parodi

Secara jujur, Abang Nara telah mengalirkan air mata apabila melihat beberapa video tribute Allahyarham Yus Jambu. Sesungguhnya arwah adalah seorang yang sangat jujur dalam bekerjaya, sangat mengambil berat orang lain dan amat mudah didekati. Pemergian arwah adalah satu kehilangan yang amat besar. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

misha juara parodi

Jumaat ini, Misha Omar dan Tauke Jambu akan memberikan persembahan berbentuk sketsa menggunakan sebuah bingkai gambar dengan tajuk ‘Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau’. Abang Nara pasti tak akan terlepas menonton Juara Parodi minggu ini. Semoga persembahan Misha dan Tauke akan berjaya. Yang pasti, tanpa Yus Jambu, sedikit sebanyak Juara Parodi hilang serinya.

misha juara parodi

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin. Sumber Berita Harian.

Written by Bella | November 30th, 2015

Kes cerai antara Awie dan Rozana Misbun hari ini telah dibicarakan lagi di Mahkamah Majistret Ampang Jaya.

Dalam perbicaraan hari ini, seorang saksi iaitu Zaila Zahid yang merupakan pegawai bank di cawangan Alliance Bank Ampang memberikan keterangan bahawa beliau melihat hidung serta telinga Rozana berdarah sewaktu  beliau ke kaunter untuk mengeluarkan wang berjumlah RM29,650.

Tidak mengesyaki apa-apa, Zaila menasihati Rozana untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana bimbang beliau tidak sihat.

Namun, tidak berapa lama kemudian Zaila yang ketika itu sedang sibuk menguruskan urusan pengeluaran tersebut berkata Awie tiba-tiba muncul dan mengambil wang tersebut selepas  ia diletakkan di atas kaunter.

Ketika Rozana datang ke kaunter, saya lihat dia sedang menutup muka dan hidungnya. Dan apabila dia menandatangani borang pengeluaran wang, saya nampak hidungnya berdarah. Saya pun tanya, kenapa? Dan dia hanya menjawab ‘Shhh…’

Selepas saya menguruskan kerja-kerja pengeluaran duit, Awie muncul dan mengambil duit yang saya letakkan di atas kaunter. Kemudian saya juga melihat seperti ada darah pada telinga Rozana.

Dalam kenyataan Rozana sebelum ini, beliau mengatakan Awie bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka.

Pertengkaran mula berlaku apabila Awie menuduh beliau mencuri wang milik suaminya itu meskipun berkali-kali menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga malangnya Awie tetap tidak percaya.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang tahun lalu.

Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan perbicaraan disambung pada 12 Januari 2016.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | November 30th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada Black Hanifah yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas isterinya Cira Khairy sah hamil.

Berita itu dikongsikan oleh Black sendiri di akaun Instagram miliknya dimana beliau menunjukkan gambar alat uji kehamilan dengan tanda positif. Malah, isterinya itu turut melakukan ujian tersebut sebanyak dua kali untuk mengesahkan beliau benar-benar mengandung.

Ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada Black dan berdoa agar isteri beliau serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Nampaknya tidak lama lagi keluarga Black akan lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Sumber Berita : Instagram Black Hanifah

Written by Bella | November 30th, 2015

Menerusi muat naik terbaru di Instagram penyanyi  Fynn Jamal beliau bersama suami, anak mereka Arjuna dan ibu mertuanya kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Ia merupakan saat yang paling indah buat diri Fynn apabila dapat menjejakkan kaki di tanah suci.

Hambamu datang, Ya Allah, atas izin dan belasmu. hambamu datang penuh rindu. Janganlah kau serik menerima aku, Ya Allah. Akan aku manfaatkan setiapnya demi menyebar cintamu.

Aku sudah tiba, wahai Nabiku Ibrahim as, meneruskan apa yang telah engkau ajarkan. Aku telah sampai, wahai kekasihku rasulku muhammad saw. Yang aku rindu dan mengharap akan bertemu di suatu hari nanti.  Aku datang membawa dosa2 yang membeban. Moga2 diizinkan agar tercuci. Harap2 diredhakan untuk disuci.

Ash-hadu al-laailaaha illallaah. Wa ash-hadu anna muhammadar rasuulullaah. Labbaikallaahumma labbaik.

This is among the reasons why i love Makkah Madinah. Semua orang sama. Serba hitam. No one cares what you look like. No one cares what bag you have. What shoes. What brand. Tak ada orang peduli langsung.

Setiap orang yang berpeluang untuk ke tanah suci Mekah pasti akan merasa nikmatnya berada di sana. Segala hal dunia itu ibarat sudah hilang di fikiran dan hati juga akan merasa tenang di sana.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto Fynn Jamal dan keluarga menunaikan ibadah Umrah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 5012345...102030...Last »