Written by Bella | October 30th, 2015

Beberapa hari lepas, anak sulung Norman Hakim iaitu Mohd Danish Hakim telah mendapat pujian daripada orang ramai selepas aktor itu memuat naik beberapa siri video anaknya itu memberi tazkirah tentang jerebu dan juga sempat mengaji dengan alunan suara yang cukup merdu serta menenangkan.

Danish dalam video tersebut menjelaskan jerebu yang sudah dua bulan melanda beberapa negara di Asia itu sebenarnya adalah salah satu bentuk peringatan daripada Allah SWT buat hambaNya.

Berdasarkan video tersebut, ramai yang berpendapat Norman, Abby Abadi serta isterinya Memey Suhaiza sudah berjaya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang baik kepada Danish yang kini sedang menuntut di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz.

Berikut kami sertakan video yang diambil daripada beberapa bahagian di Instagram Norman dan dicantumkan menjadi satu bahagian khas untuk tatapan anda. Sama-sama kita dengarkan tazkirah yang cukup hebat daripada seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini.

Sumber Berita Dan Video: Instagram Norman Hakim

 
Written by Bella | October 30th, 2015

Kes penceraian Awie dan isterinya Rozana Misbun masih belum bertemu jalan penyelesaiannya. Setelah melalui beberapa episod dimana masing-masing ingin menegakkan hujah yang diberi, kini Awie sedang mempertimbangkan  untuk mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan  Rozana yang meminta nafkah sementara buat anak-anak mereka.

Kata Awie yang hadir pada sebutan kali pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, peguam yang mewakili beliau Mohd Syafiq Norizan akan memasukkan bantahan awal tersebut pada 24 November depan selepas mendapati alasan yang dikemukakan oleh Rozana bagi permohonan tersebut tidak begitu jelas.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Kes berkenaan didengar di dalam kamar dihadapan Hakim Syarie, Ibrahim Deris. Walaubagaimanapun Rozana tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Nor Afandi Dahari.

Sebelum ini mahkamah telah menyerahkan hak penjagaan anak sementara terhadap tiga orang anak mereka. Namun, Awie  dengan tegas tidak mahu menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merah, 8  yang kini berada dalam jagaan penyanyi tersebut.

Agaknya apa kesudahan kes Awie dan Rozana ya? Kesian pulak anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Kalau boleh selesai cara baik apa salahnya, yang penting masing-masing kena buang ego dalam diri.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | October 30th, 2015

Sudah hamil selama 7 bulan dan dijangkakan bakal bersalin sekitar hujung tahun ini, aktres Hanez Suraya bagaimanapaun enggan mendedahkan jantina anaknya sehingga tiba saat kelahiran nanti.

Mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan, Hanez juga memberitahu beliau cukup teruja melalui fasa kehamilan kerana dikelilingi oleh orang yang sangat mengambil berat ke atas dirinya terutama sekali suami beliau Romie Razin Adilha yang sering memanjakan Hanez.

Alhamdulillah keadaan saya sekarang terkawal cuma kadang-kadang itu biasalah bayi dalam perut lasak sedikit. Jadi mula menendang perut saya dengan kuat. Kadang-kadang sampai sesak nafas saya dibuatnya. Tapi pada masa sama seronok melayan gelagatnya. Sejujurnya saya cukup bahagia melewati fasa hamil ini.

Dengan keadaan sekeliling yang sentiasa mengambil berat saya dan bayi dalam perut ini, lagilah seronok amat sangat. Rezeki itu pun sentiasa ada. Lagi-lagi suami saya ada di sisi. Mulalah nak manja lebih. Cakaplah apa sahaja nak makan, pasti dapat dan sebab itulah sampai saya sekarang ini bertambah bulat.

Sebagai persiapan untuk bersalin, Hanez sering menonton cara-cara untuk melahirkan bayi menerusi video di YouTube. Malah, beliau juga sudah mempelajari kaedah yang betul untuk memandikan bayi nanti.

Saya juga secara curi-curi melihat video di YouTube untuk melihat cara bersalin. Suami saya tak benarkan kerana saya ini memang penakut. Tapi saya tetap tengok kerana nak belajar cara-cara ‘push’ anak kerana tiada pengalaman.

Saya juga melihat video memandikan bayi. Pendek kata macam-macamlah saya belajar hanya klik di hujung jari.

Setiap wanita akan merasa cuku teruja ketika hamil apatah lagi menanti detik kelahiran anak yang dikandung selama 9 bulan lamanya. Semoga Hanez Suraya dan keluarga terus bahagia dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by AbangNara | October 29th, 2015

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan filem Polis Evo. Kini filem lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak serta Nora Danish itu telah pun mengenepikan filem The Journey selaku filem tempatan paling laris. Jumlah kutipan Polis Evo yang terkini ialah RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.
kutipan polis evoUntuk makluman, filem The Journey telah pun berjaya mengutip RM17.28 juta ketika ditayangkan pada tahun 2014. Menariknya, filem Polis Evo masih lagi ditayangkan di beberapa buah pawagam susulan sambutan hangat yang diberikan. Mungkinkah Polis Evo berjaya mencapai kutipan Rm18 juta? Sama-sama kita nantikan.

kutipan polis evo

Sekali lagi tahniah diucapkan buat semua yang terlibat terutamanya pengarah filem ini, Ghaz Abu Bakar serta penulis karya asal iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf. Anda berjaya membuktikan yang filem tempatan masih mampu membuat kejutan. Filem yang berkualiti pasti akan menarik penonton ke pawagam. Semoga selepas ini semakin banyak filem berkualiti seperti Polis Evo akan dihasilkan.