Written by Bella | October 31st, 2015

Apabila Izreen Azminda bertindak untuk mengkritik lakonan Amar Baharin di dalam satu persembahan teater minggu lepas, ia tidak mendapat reaksi yang begitu positif daripada pengguna media sosial.

Walaupun pernah mempunyai hubungan rapat dengan Izreen sewaktu bergandingan menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, kini mereka seakan dingin antara satu sama lain.

Ada juga suara yang mengatakan Amar cepat melatah dan tidak boleh menerima kritikan Izreen. Namun, buat Amar komen daripada itu agak negatif. Beliau menganggap aktres itu hanya ingin meraih perhatian ramai.

Bukan saya tak boleh terima kritikan, tetapi kalau kritikan yang terlalu negatif itu saya tak ambil peduli sangat. Pasal kritikan Izreen itu saya kalau boleh memang tak mahu ulas lanjut.

Sebab buat apa saya kaitkan nama dia dan secara tak langsung beri publisiti pada dia. Bila kecoh orang bercakap mengenai kritikan dia terhadap saya, komen daripada ramai peminat cara Izreen itu macam inginkan perhatian.

Sebenarnya saya beranggapan kritikan yang dia sengaja letakkan di akaun laman sosialnya itu bertujuan untuk raih perhatian.

Kalau dia tak suka lakonan saya, janganlah tengok. Saya memang tak kisah apa dia nak cakap cuma kalau boleh biarlah beradab.

Jelas Amar beliau enggan ambil pusing mengenai perkara tersebut apatah lagi jika kritikan itu lebih kepada untuk menjatuhkan seseorang.

Kalau terlalu ambil peduli sangat kritikan orang saya takkan dapat memajukan diri. Saya hanya akan ambil serius kritikan membina bukannya kritikan yang menghentam dan bertujuan menjatuhkan.

Lebih afdal kalau kritikan itu yang berunsur nasihat. Boleh kritik tetapi harus nyatakan cara penyelesaian agar saya dapat belajar membaiki diri dan kelemahan.

Erm..manusia ada pandangan mereka tersendiri akan sesuatu perkara, mungkin selepas ini Izreen boleh bertemu empat mata bersama Amar bagi menyelesaikan masalah mereka agar perkara ini tidak berpanjangan.

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | October 31st, 2015

Susulan pengesahan penguguran nama Kamal Adli oleh penerbit filem Abang Long Fadil 2, iaitu Datuk Yusof Haslam yang bertindak sedemikian untuk mengelak sebarang konflik berlaku di masa hadapan, Kamal dalam kenyataan terbaru beliau meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabila menghadapi situasi tersebut.

Ini kerana sejak tahun lalu beliau tidak menerima sebarang tawaran lakonan lain dan sudah mempersiapkan diri untuk berlakon dalam filem Abang Long Fadil 2.

Tipulah kalau saya kata saya ok. Jujurnya saya kecewa kerana saya sudah ‘lock’ tarikh penggambaran setahun lalu.

Tambah pula saya bersenam dan membuat latihan kecergasan untuk tampil bertenaga dalam filem berkenaan. Malah saya sukakan karakter yang diberi itu.

Walaubagaimanapun, Kamal menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri dan enggan lagi mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Saya anggap perkara itu tidak ada rezeki dan tidak mahu bercerita panjang. Lebih baik saya fikirkan masa depan dan kerja-kerja lain yang akan dilaksanakan. Walaupun kecewa, saya cuba mengambil pendekatan untuk berfikiran lebih positif.

Penguguran nama Kamal Adli dikatakan berpunca daripada syarat pelakon utamanya Zizan Razak yang tidak mahu bekerjasama dengan aktor tersebut kerana cemburu akan hubungan rapat Kamal dan Emma. Namun, Zizan sekerasnya menafikan perkara tersebut.Wallahualam.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | October 31st, 2015

Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai juara. Zizan telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Zizan sekaligus telah menumpaskan beberapa finalis lain termasuk Johan yang  merangkul gelaran Naib Juara dan memenangi wang tunai RM75,000.

Finalis lain termasuk, Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.

Manakala Tauke, meduduki tempat keenam dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Tidak pernah menyangka beliau akan menjadi juara, Zizan ttidak dapat menahan sebak dan telah memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara serta turut mengalirkan air mata di bahu Johan dalam acara yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor.

Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama.

Tahniah kami ucapkan kepada Zizan Razak, meskipun dilanda kontroversi beliau membuktikan masih lagi menghiburkan orang ramai.

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by Bella | October 30th, 2015

Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah,  individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.

Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh  memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.

Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat habis bukan? Lagipun jumlah stokis tudung Naelofar mencecah angka ratusan. Jika ada kepincangan, sudah pasti yang lain pun akan bersuara. Agak pelik untuk hanya seorang sahaja mengalami kejadian ini. Mungkin ada udang di sebalik batu?

Diharap Neelofa bersabar dengan dugaan dan cabaran sebegini. Adat berniaga pasti akan ada yang cuba menjatuhkan kita. Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.

Sumber Berita: Instagram Miss Kepoh

Page 1 of 5512345...102030...Last »