Written by Bella | September 30th, 2015

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, pasangan yang cukup mendapat liputan luas sejak kebelakangan ini.  Sering memuat naik foto mesra bersama pelbagai spekulasi tercetus mengenai status sebenar hubunan mereka.

Namun, Sharnaaz enggan terlalu memikirkan hal tersebut dan tidak kisah akan apa sahaja tanggapan orang ramai terhadap kisah cintanya.

Apa orang nak kata apabila melihat gambar kami bersama terpulanglah pada andaian mereka. Apa yang nampak itulah yang boleh saya ceritakan. Saya tidak akan buka cerita tentang cinta. Soal peribadi sekarang saya lebih suka kunci mulut. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi dengan semua.

Selama ini saya hidup sendiri, bekerja sendiri dan bayar semua bil sendiri. Jadi, apa yang orang nak cakap suka hatilah mereka nak kata apa. Kalau dah penat nanti pasti akan senyap.

Mengakui terasa pedih dan sakit dengan pengalaman lalu, Sharnaaz merasa syukur kerana Tuhan memberikan beliau sesuatu yang lebih elok selepas itu. Sharnaaz juga memberitahu, beliau tidak akan mensia-siakan sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupnya selepas ini.

Jatuh bangun yang pernah saya lalui sebelum ini adalah satu perkara yang sangat indah. Rasa sakit itu hanya Tuhan sahaja tahu kemudian Tuhan datangkan saya sesuatu yang lebih elok.

Jika siapa-siapa datang dalam hidup saya selepas ini, saya akan menikahi dia dan menjaga dia dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya peminat bukan nak masuk campur kehidupan Sharnaaz, tetapi mereka cuma ingin melihat beliau bahagia selepas beberapa kali dikecewakan serta gagal dalam percintaan. Lagipun,  kalau sudah berkenan di hati dan yakin Noor Nabila sesuai dengan anda usahakan secepatnya untuk jadikan beliau yang halal buat anda. Bercinta lepas nikah pun apa salahnya, pasti ada kemanisannya bukan?

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | September 30th, 2015

Kejayaan filem Polis Evo tidak dapat dinafikan lagi, baru sahaja 11 hari ditayangkan di pawagam nyata filem tersebut mempunyai kualitinya tersendiri apabila berjaya mencecah kutipan sehingga RM8 juta. Ini adalah satu prestasi yang boleh dibanggakan bagi filem tempatan.

Walaubagaimanapun, ada yang tidak senang dengan cara pelakon utamanya Shaheizy Sam mempromosikan filem tersebut dimana beliau sering hadir ke majlis-majlis dengan hanya memakai t-shirt Polis Evo. Ada pihak yang beranggapan promosi sebegitu agak terlampau apatah lagi beliau berpakaian sebegitu sewaktu menjadi penyampai anugerah di FFM 27 lepas.

Ada orang cakap saya tidak hormat majlis kerana pakai baju T murah di majlis-majlis hiburan antaranya ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) baru-baru. ini.

Orang ramai cuma nampak pengorbanan saya kuruskan badan sahaja, tapi mereka tidak tahu itulah sebenarnya (berbaju T) pengorbanan saya yang orang tidak nampak, biarlah orang cakap saya malukan diri sendiri di majlis-majlis hiburan.

Ada pelbagai cara untuk mempromosikan filem sebenarnya, tetapi pada kami tidak salah pun untuk sesetengah majlis jika Sam berpakaian sedikit formal bukan? Apa-apa pun bak kata Sam biarlah beliau di kritik apa ada hal bukan? Asalkan beliau membuktikan pengorbanannya untuk filem Polis Evo membuahkan hasil.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | September 30th, 2015

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis ulang tahun kelahiran yang ke 19 bagi anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy. Majlis tersebut diraikan dengan begitu meriah dan cukup mewah sekali.

Kalau sebelum ini Ammar telah menerima hadiah sebuah kereta BMW 6 series atas kecemerlangan beliau didalam SPM, kali ini Che Ta telah menghadiahkan anaknya itu  jam tangan mewah jenama Bell & Ross Aviation Collections.

Untuk pengetahuan anda, jam tangan rekaan Bruno Belamich yang berasal daripada Switzerland ini mampu mencecah harga RM 18,000 sehingga RM 50,000. Bagaimanapun Che Ta berkata beliau telah membeli jam tersebut pada harga yang terendah.

Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja. Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa.

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal sebelum ini, Che Ta seakan tidak percaya bahawa Ammar dan Aniq sudah meningkat dewasa.

Walaupun Che Ta sering sibuk dengan pekerjaannya, beliau sama sekali tidak pernah mengabaikan anak-anaknya dan mendidik beliau dari setiap aspek baik untuk di dunia mahupun akhirat.

Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup. Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata.

Kami rasa Ammar memang cukup bertuah kerana dikurniakan dengan rezeki mewah sebegini. Hargailah setiap pemberian itu dan jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | September 30th, 2015

Bakal bergelar suami pada 14 Mei tahun depan, penyanyi Hafiz Suip dan tunangnya Nureffy sudah mula melakukan persiapan untuk majlis paling bermakna didalam hidup mereka. Hafiz juga sempat memberitahu bahawa majlis resepsi perkahwinan kedua-dua belah pihak hanya akan diadakan di Sarawak.

Belum menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak, Hafiz yang tidak mengharapkan perkara tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan mereka sendiri.

Memang saya dan Nureffy sudah setuju untuk mengadakan resepsi kami di Sarawak sahaja. Bukan apa, kasihan pula kalau ada saudara saya yang tidak boleh turun ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan majlis kami nanti.

Saya tidak mahu mengharap soal itu, kalau ada, saya anggap rezeki. Kalau tiada pun tidak mengapa memandangkan kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan majlis kami mengikut kemampuan kami berdua.

Majlis yang sederhana pun sudah cukup sebenarnya, apa yang penting adalah akad nikah. Tidak perlu berbelanja melebihi keperluan. Apa-apapun semoga majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Utusan Online

Page 2 of 5612345...102030...Last »