Written by serenity | August 29th, 2015

Kira-kira dua minggu lepas, pelakon Tasha Shila telah terlibat dengan satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Menurut sumber kami, Tasha yang menaiki kereta BMW telah melanggar sebuah kereta Hilux. Kereta yang dipandu oleh Tasha terbalik, tetapi mujur dalam kejadian yang berlaku pada pukul tiga pagi itu Tasha tidak cedera.

Dia masih okay dan sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas, selepas itu berada di Zouk pada pagi Jumaat.


 photo 11908128_1238420209506686_818426341_n.jpg

Pukul tiga pagi biasanya wanita seusia Tasha sedang enak beradu di kamar tidur. Tetapi mungkin Tasha masih berada di luar untuk mencari ketenangan. Dan mungkin juga Tasha berada dalam keadaan mengantuk waktu ia berlaku.

Diharap Tasha akan memandu dengan lebih berhati-hati selepas ini. Kalau ada apa-apa yang buruk berlaku keluarga juga yang susah hati, kan?

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

This is Boria!!!! Yaribbba #boriapenang #mysenibudaya #mymotac #jkkn #myfest Dari 21&22 Ogos di Padang Kota Lama, Pulau Pinang..

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 21 August 2015

 
Written by Bella | August 29th, 2015

Kisah percintaan Intan Ladyana dan Kamal Adli masih lagi terkesan di hati peminat industri hiburan tanah air. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, nama mereka masih lagi dikaitkan dengan pelbagai macam cerita.

Tidak mahu lagi terus dibayangi ataupun dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, Intan Ladyana telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi kisah cinta beliau kepada umum.

Jelas Intan, sejak mereka berpisah beliau tidak pernah menghubungi Kamal dan kini tidak mahu lagi ambil tahu jika aktor tersebut sudah bertemu pengganti. Pada masa yang sama, beliau berharap orang ramai tidak lagi bertanya dengan beliau tentang sebarang perkembangan terkini Kamal .

Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi.

Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

Untuk apa nak kaitkan mereka lagi, sekarang Kamal Adli pun sudah menemui kebahagiaan beliau sendiri bersama orang lain, jadi berilah ruang untuk Intan Ladyana mencari ketenangan dan doakan beliau bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai buat dirinya. Memang susah nak hakis perasaan sayang buat seseorang yang kita cintai bertahun lamanya, tetapi kita harus move on .

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | August 29th, 2015

Penyanyi Aisyah Aziz  menarik perhatian ramai apabila mewarnakan rambutnya itu dengan gabungan ungu dan kelabu. Ada yang menyatakan ia menyerlahkan lagi penampilan Aisyah, namun ada sesetengah pihak yang mendakwa ia nampak tidak kena dan membuatkan beliau kelihatan tua sebelum usianya.

Tidak dapat dinafikan, trend menggabungkan dua tona warna untuk rambut memang cukup terkenal di kalangan hipster dan K-Popers tetapi tidak semua orang boleh “masuk” dengan gaya sebegitu.

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza bukan? Apa pula pendapat anda? Sesuai ke idak?

 
Written by Bella | August 29th, 2015

Pernah mengejutkan peminat apabila memberitahu dirinya sudah bertunang dalam satu sidang media khas sebelum ini, Raja Farah yang masih lagi belum memperkenalkan bakal suaminya kepada umum mengesahkan mereka bakal bernikah pada 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong.

Berkenalan dua hari sebelum Ramadhan, Raja Farah yang pada awalnya seakan takut untuk menjalinkan sebarang hubungan selepas bercerai akhirnya di lembutkan hatinya selepas tunangnya itu tetap tidak berputus asa untuk berkenalan dengannya.

Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya.

Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi.

Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selama lima tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Mei lepas.

Sumber Berita: Berita Harian