Written by Bella | August 21st, 2015

Tentu anda semua masih ingat lagi kes dimana Chef Wan telah menegur ahli keluarga beliau yang pemalas langsung tidak membantu beliau dan bangun lambat pada Hari Raya Aidilfitri lepas. Kes tersebut menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarga Chef Wan telah tampil dengan kenyataan balas bahawa mereka sebenarnya terpaksa melayan peminat beliau yang tidak putus berkunjung ke rumah mereka.

Tidak mahu terus diperkotak-katikkan oleh Chef Wan, ahli keluarga yang telah dimalukan oleh chef selebriti itu bakal menyaman Chef Wan kerana telah memalukan, mengaibkan dan memfitnah insan-insan yang berada di dalam gambar tersebut.

Sekitar malam tadi, Chef Wan sekali lagi telah memberikan respon kepada mereka yang ingin menyamannya dengan kata-kata yang cukup pedas dan makan dalam.

Berikut adalah kata-kata beliau di Instagram:-

Cucu2 punya pasal. Malas ke tak kuasa ke or penat macam mana pun Atok masuk juga ke dapur buat Marinara Sauce tonight for their dinner. Alhamdullilah. Jgn dah besar buat perangai menyombong mcm si Anjing tu sudah la! Gelak saya mendengar why my sister kata he tried to influenced some of the nephew and nieces to raised money nak cari Lawyer to sue me!

Non of them pay attention to his request. Masing2 nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaiyan dan esok lusa dah boleh buat roti jala lagi ada nak sue me? Choi buat sueh aja dengar pun kata Olang Cina! Dia lupa masa kecil makan dari tapak tangan saya dah besar boleh bersikap kurang ajar dan lupakan diri.

This is an example to all anak2 muda bila orang tua menegur perkara yang tak baik kita laku kan ada sebabnya. Esok lusa kita jugak akan mengambil tanggungjawab menjaga anak2 kita sendiri atau pun cucu2 kita sendiri. Silap hari perbuatan kita itu esok Allah balas kan balik kena tepat pada batang hidung sendiri.

Yang Mak bapak pulak jika anak tu buat kesilapan ada la tanggung jawab kita memperbetulkan ini dan bukan menyebelahi mereka. I am sure some of u who have been through this among our siblings knows exactly what im talking about.

Nampaknya perang Chef Wan dan ahli keluarga beliau semakin panas. Pada kami air yang dicincang takkan putus, benda ini boleh sahaja di selesaikan dengan cara baik-baik asalkan kedua-dua pihak bersikap lebih matang. Gaduh-gaduh begini sampai bila pun tiada kesudahannya.

Written by AbangNara | August 21st, 2015

Telah selamat bergelar suami isteri pada bulan Mei lalu, Ramona Zamzam dan suaminya, Rami Alashkar akhirnya telah terbang berbulan madu ke Pulau Gili Trawangan, Indonesia. Abang Nara suka melihat pasangan suami isteri ini kerana kesempoian mereka terutamanya Ramona. Jelas mereka berdua begitu ‘deep in love’. Semoga honeymoon ini akan mengeratkan lagi hubungan Ramona dan Rami.

ramona zamzam

Selamat bergembira di Gili Trawangan Abang Nara ucapkan kepada Ramona dan Rami. Balik nanti mana tahu ada berita gembira tentang kehadiran orang ketiga. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | August 21st, 2015

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza nampaknya bakal menerima seorang lagi menantu selepas anak tirinya Asyraf Khalid telah melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang selebriti Indonesia.

Majlis tersebut yang di adakan di Palembang, Indonesia berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh seluruh keluarga kedua belah pihak.

Malah, sebuah majlis meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke 9 buat pasangan romantis dan bahagia Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid Mohd Jiwa turut disambut selepas selesai majlis pertunangan Asyraf.

Tahniah kepada Asyraf Khalid dan tunang,  dalam tempoh pertunangan ini harapnya anda berdua kekal bersabar jika ada sebarang ujian nanti, semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.

Lagi beberapa foto sekitar majlis pertunangan Asyraf Khalid dan pasangan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | August 21st, 2015

Baru-baru ini, berita isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokmah sudah disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar kandungan itu sihat. Lebih menggembirakan lagi, isteri kedua beliau Wan Sakinah juga sedang sarat mengandung.

Bakal menyambut dua cahaya mata pada tahun ini, Ashraf akui ia bukan satu perkra yang mudah kerana beliau harus meletakkan kepentingan kedua-dua isterinya itu dengan sama rata.

Isteri pertama saya Dayana akan melahirkan anak pertama kami pada Disember nanti, manakala isteri kedua saya Sakinah pula bulan depan. Saat ini semuanya baik-baik sahaja. Cuma sebagai suami sedikit cabaran sebenarnya dalam menjaga dua hati wanita mengandung ini.

Berbicara soal hubungan Dayana dan Wan Sakiha, mereka berdua mempunyai hubungan yang cukup harmoni dan Wan Sakinah yang mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini  banyak membantu Dayana dalam segala persiapan untuk menyambut anaknya nanti.

Soal persiapan, kami buat bersama-sama. Malah, tidak ada masalah buat saya dan isteri-isteri saya keluar dan membeli persiapan bayi bersama. Malah dalam suatu keadaan Sakinah juga tidak lupa untuk berkongsi pengalamannya dengan Dayana.

Bagi saya sebagai suami keadaan ini sangat bahagia sebenarnya, selepas apa yang kami lalui bersama ini adalah hikmah yang dijanjikan Allah buat kami.

Kami pasti ramai lelaki di luar sana yang menginginkan kehidupan seperti Ashraf yang mempunyai dua orang isteri. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan seorang lelaki itu harus mempunyai sifat sabar yang kuat dalam diri agar mereka boleh berlaku adil dan menjaga hati isteri-isteri mereka dengan baik.

Melihat pada kebahagiaan rumah tangga Ashraf Muslim dan isteri-isterinya kini, kami rasa tidak perlu lagi ada pihak yang memberikan komen negatif atas kisah lalu. Doakan semoga kedua-duanya dapat melahirkan anak dengan lancar dan dilimpahkan dengan kasih sayang.

Sumber Berita: Utusan Online

Page 20 of 64« First...10...1819202122...304050...Last »