Written by Bella | August 31st, 2015

Tahniah! Bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan telah sah menjadi suami kepada pasangan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek hanya dengan sekali lafaz pada hari Sabtu lepas kira-kira jam 3.30 petang dalam satu majlis tertutup di rumah pengantin perempuan yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Afifah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Afifah sendiri iaitu Ahmad Tawfek Zulkifly. Pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Untuk pengetahuan anda, Afifah merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir dan bakal menamatkan pengajian beliau pada Jun 2016.

Semoga Nubhan dan Afifah bahagia sehingga ke jannah dan pupuklah kasih sayang serta sifat toleransi dalam rumah tangga.

Jom kita layan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Nubhan dan Afifah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram Nubhan

 
Written by Bella | August 31st, 2015

Mengakui pernah keluar makan bersama Zizan Razak, nama Ummi Nazeera cukup hangat sejak minggu lepas selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak tesebut.

Tidak mahu terus di gosipkan seperti itu, Ummi memberitahu hubungannya bersama Zizan tidak lebih daripada seorang kawan.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu.

Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi.

Buat Ummi, beliau hanya ingin fokus pada kerjayanya dan enggan lagi melayan cerita-cerita sebegini dan berharap tiada pihak yang memperbesarkan hal berkenaan.

Setiap kali ada wanita yang nampak rapat dengan Zizan Razak pasti ada pihak yang mengandaikan beliau sedang bercinta dengan mereka. Iyalah, sebab peminat mula bosan menunggu berita bila sebenarnya Zizan akan berkahwin.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | August 31st, 2015

Rasanya baru sahaja kita mendengar hasrat hati Qi Razali untuk berkahwin dengan Nelydia Senrose dan sudah pun mula membuat persiapan bagi hari bahagia beliau, tiba-tiba kami dapat berita mereka kini renggang dan ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

Semuanya bermula apabila Qi menerusi akaun Twitter beliau memuat naik “tweet” yang seakan memberi bayangan hubungan mereka sedang retak menanti belah. Menurutnya, situasi yang  beliau hadapi ketika ini sangat menyakitkan tetapi kehidupan harus diteruskan.

Pada masa yang sama, Nelydia juga turut meluahkan isi hatinya di Instagram dan menggambarkan situasi yang mereka sedang berhadapan sekarang.

Buat masa ini, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan. Kami harap mungkin mereka hanya sedang jiwa kacau sahaja.

Hubungan mana yang tidak pernah di landa dengan ujian bukan? Doakan yang terbaik buat mereka.

Written by serenity | August 30th, 2015

Abby Abadi telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Jai Ezzany, atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria dua minggu lepas. Tidak perlu pergi jauh-jauh dan mahal-mahal untuk berbulan madu, pasangan ini memilih untuk ‘berbulan madu’ di Bersih 4.0 semalam.


 photo 11363776_1716124285273869_823378255_n.jpg
Abby yang sebelum ini memang agak vokal dengan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan mengongsi gambar-gambar mereka berdua di sana di akaun Instagram miliknya.


 photo 11925647_1608087382786633_1318642_n.jpg
 photo 11881616_512422702241152_880237095_n.jpg

Menurut Abby di akaun Instagramnya:

Penat dah sembang tentang BERSIH hari ni. Ambil peduli k. Jangan kata hakak tak payunggg hehe.. Ada yg kata apa yg kami buat ni sia2. Jangan perkecilkan. Kalau tak dapat hasilnya dalam masa terdekat, inshaALLAH utk anak cucu kita nanti. Jangan sombong sangat k. Nakkk berubah, kenaaa ada usaha. Doa senjata Umat ISLAM, tp doa jeee tak buat apa2 tak buleh juga….. Kita #UBAH ?
.
Terjemahan surat Ar-Ra’d ayat 11 artinya: “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

Nampaknya pasangan ini berkongsi minat yang sama dan itu adalah perkara yang baik. Semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.