Written by AbangNara | August 26th, 2015

Berita penceraian Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor sememangnya mengejutkan orang ramai. Sebelum ini mereka memang pernah berniat untuk menamatkan rumahtangga yang dibina, namun hasrat tersebut terbatal selepas Yatt pulang dari Syria. Disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Walaupun sudah mencuba, akhirnya perkahwinan yang disulami kehadiran seorang anak perempuan berusia 5 tahun akhirnya kecundang jua. Memang tiada jodoh antara mereka berdua.

yatt hamzah

Walaupun sudah bercerai, Abang Nara respek kepada Yatt dan suami kerana telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. Sekurang-kurangnya nasib anak tetap terbela walaupun hubungan suami isteri sudah tiada. Itu paling penting. Masa depan anak perlu dijaga. Kata Yatt Hamzah:-

Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui.

Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun.

yatt hamzah cerai

Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya orang ramai tahu tentang penceraian ini sekaligus mengelakkan sebarang fitnah atau desas-desus. Buat Yatt dan suami, bersabarlah. Semoga ada sinar di sebalik apa yang berlaku. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | August 26th, 2015

Kecantikan luaran seseorang wanita biasanya akan dinilai melalui kecantikan kulit wajah.  Bermacam langkah telah diambil untuk mendapatkan kulit yang licin, bersih, berseri, bebas jerawat dan bebas parut.. Wajah tak cantik takpe, janji kulit halus dan licin.

Kemurungan dan stress disebabkan masalah kulit wajah boleh menyebabkan rasa rendah diri di kalangan wanita terutamanya.  Rasa malu untuk berhadapan dengan orang lain, rasa ingin mengasingkan diri dan langsung tiada keyakinan diri..

Kini anda tidak perlu merasa gusar kerana dengan Ellfie Gold Serum masalah anda dapat diatasi.  Ramai yang peka dan tahu kesan atau kebaikan menggunakan serum untuk kulit wajah.

ellfie gold serum

Ellfie Gold Serum boleh digunakan sebagai produk kecantikan tambahan kepada set skincare sedia ada.

Mengapa anda perlukan Ellfie Gold Serum? Kegunaan serum ini adalah untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit.  Ellfie Gold Serum dapat membantu pelbagai masalah kulit seperti:

*Mencerahkan kulit wajah
*Menghilangkan garis halus
*Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
*Menjadikan kulit lebih sekata
*Mengurangkan kulit muka berminyak
*Memudarkan parut
*Membaiki sel-sel kulit mati
*Menegangkan kulit
*Menjadikan kulit lebih berseri
*Anti penuaan

ellfie gold serum

1 botol Ellfie Gold Serum boleh digunakan 2x sehari (pagi dan malam) atau 1x sehari (malam).. Ia mampu bertahan sehingga 5-6 hari bergantung kepada cara penggunaan.

ellfie gold serum

Satu set Ellfie Gold Serum mengandungi 3.5ml untuk setiap botol.  Terdapat 10 botol didalam satu set dan ia boleh bertahan lebih dari satu bulan bergantung kepada cara penggunaan.

Set Ellfie Gold Serum telah mendapat kelulusan KKM bernombor pendaftaran NOT150703734K.  Set Gold Serum ini selamat digunakan kerana ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan dan Gold 24K.

ellfie gold serum

Ellfie Gold Serum adalah satu produk yang berkualiti dan di pack di dalam set yang ekslusif untuk anda.

Cara pemakaian Ellfie Gold Serum

Pagi
Cleanser – Toner – Ellfie Gold Serum – Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan menggunakan kain atau tuala yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah dengan menggunakan ‘facial cotton’.  Biarkan sehingga toner tadi kering.  Tuangkan sedikit Ellfie Gold Serum di atas tapak tangan sebesar saiz kacang pea  sapu diseluruh wajah secara pusingan supaya ia pantas meresap ke dalam kulit dan biarkan kering.  Akhir sekali baru sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder dan make up seperti biasa.

*anda juga masih boleh menggunakan skincare lain

Malam
Cleanser – Toner – Ellfie Gold Serum – Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan menggunakan kain atau tuala yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah dengan menggunakan ‘facial cotton’.  Biarkan sehingga toner tadi kering.  Tuangkan sedikit Ellfie Gold Serum di atas tapak tangan sebesar saiz kacang pea dan sapu diseluruh wajah secara pusingan supaya ia pantas meresap ke dalam kulit dan biarkan kering.  Akhir sekali baru sapukan Night Cream.  Anda boleh tidur dengan lena dan lihatlah wajah anda dicermin keesokan harinya.  Anda pasti dapat merasakan perbezaan kulit wajah anda kerana kulit akan menjadi lembut, tegang, tidak berminyak dan kelihatan bersih walaupun ketika baru bangun dari tidur!!!

ellfie gold serum

Selain Set Ellfie Gold Serum, Set ‘Skincare’ ini telah terlebih dahulu berada di pasaran.  Jika anda adalah salah seorang pengguna Set kecantikan Ellfie Essence sudah tentu anda adalah seorang pengguna yang telah melihat sendiri perubahan kulit wajah anda.

ellfie gold serum

Terdapat 4 jenis produk di dalam set Ellfie Essence dan produk ini diluluskan oleh KKM dengan No Pendaftaran tertera di belakang set.

Cleanser 30ml
Toner 30ml
Night Cream 15g
Day Cream 10g

Penggunaan 1 set Ellfie Essence ini mampu bertahan untuk 1 bulan untuk Cleanser dan Toner, Night Cream 2 bulan dan Day Cream mampu bertahan sehingga 4 bulan atau lebih.

ellfie gold serum

Anda tidak perlu bimbang jika kehabisan Cleanser dan Toner kerana anda juga boleh membeli ‘Loose Items’ untuk Ellfie Essence.

Cleanser 50ml – RM55
Toner 50ml – RM55
(buy both for RM100 only)

Day Cream – RM50
Night Cream – RM60

Anda boleh lihat Testimoni dari pengguna kami:

ellfie gold serum

Bebas masalah jerawat

ellfie gold serum

Jeragat pudar dan kulit menjadi cerah semulajadi dan bersih

ellfie gold serum

Produk ini juga sesuai untuk semua lapisan umur.  Produk ini juga sesuai untuk yang telah berusia dan mengalami masalah jeragat.

ellfie gold serum

Tiada lagi masalah kulit kasar dan jerawat pasir.

Harga 1 Set Ellfie Gold Serum
RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah/Sarawak)
*Free Postage
(Untuk membeli loose Ellfie Gold Serum, anda boleh dapatkan dari Agent sah kami)

Harga 1 Set Ellfie Essence Skincare
RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah/Sarawak)
*Free Postage

Ada banyak lagi testimoni menarik dari pengguna Produk Ellfie Beauty dan anda boleh lihat sendiri dan follow kami di Instagram: ellfiebeauty dan FB: Ellfie Beauty. Untuk pembelian sila whatsapp ke 013-2755197

Written by serenity | August 26th, 2015

Pada usia 24 tahun, Amyra Rosli boleh dikatakan antara pelakon baru yang berjaya. Wajah yang cantik diiringi dengan bakat lakonan yang baik, Amyra juga mendapat pujian ramai kerana kurang terbabit dengan kontroversi buruk.

Bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke 24, para peminat Amyra yang dipanggil Amyra Rosli Supporters telah mengadakan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran buatnya pada 24 Ogos lepas.


 photo 11930816_1695751357322210_1840563789_n.jpg

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Amar Baharim (ehem, ada apa-apa ke???)

Para peminat dan Amyra kelihatan begitu gembira di majlis harijadi beliau. Untunglah, cantik, berbakat dan ramai fans pula.

Lagi 50 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar fotocantikstudio.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015

 
Written by Bella | August 26th, 2015

Terkejut kami mendengar khabar bahawa hubungan Yatt Hamzah dan suami akhirnya berakhir apabila beliau telah sah bercerai dengan talak satu semalam ( 25 Ogos) di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup pada jam 4.23 petang.

Berita tersebut di sahkan  sendiri oleh bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor menerusi satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada portal BH Online. Mereka telah berpisah secara baik dan mahu memaklumkan perkara tersebut agar tidak timbul sebarang fitnah pada masa hadapan.

Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih.

Rumah tangga mula bergoyah pada bulan Februari lepas dan Yatt sendiri telah memfailkan cerai terhadap Abdul Mutalib. Walaubagaimanapun, selepas berkunjung ke bumi Syria bersama suaminya itu, terdetik satu perasaan penyesalan di hati Yatt  atas keputusan yang dibuat.

Selepas pulang dari Syria, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka dan akhirnya membatalkan niat untuk bercerai dan sama-sama menunaikan ibadah  umrah di Mekah pada  bulan Ramadhan lepas.

Pasangan tersebut berkahwin pada 29 Mac 2009, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Meskipun mereka dilihat sudah mula bahagia kembali nyata jodoh Yatt Hamzah dan Abdul Mutalib tidak panjang. Mereka  juga sudah cuba sehabis baik untuk menyelamatkan masjid yang dibina. Semoga Yatt bertabah dengan dugaan ini.

Sumber Berita: Berita Harian

Page 10 of 64« First...89101112...203040...Last »