Written by Bella | July 30th, 2015

Azwan Ali datang lagi cetuskan kontroversi, setelah memaki hamun Nabil Ahmad kerana tidak menegur beliau di Mekah, kini Diva AA sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memaki peminat beliau tanpa sebab  di media sosial.

Err, kepala bapak ko #PUII

Itulah ayat-ayat yang keluar di ruangan komen Instagram milik peminatnya yang hanya berkongsi foto ketika berada di Newcastle.  Sebelum ini, Azwan juga pernah menghina mangsa kemalangan jalan raya pada Aidilfitri lepas juga tanpa bersebab.

Kami rasa Azwan Ali hanya ingin menarik perhatian ramai (attention seeker). Bila agaknya beliau akan berubah bukan? Entah siapa pula mangsa beliau selepas ini.

Sumber Berita: Rotikaya

Written by AbangNara | July 30th, 2015

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan tunangnya iaitu Jean Todt yang merupakan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Dijangkakan mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Michelle Yeoh. Pastinya perkahwinan mereka berdua akan berlangsung dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
michelle yeoh kahwinMichelle Yeoh dan Jean Todt telah pun mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005. Lokasi perkahwinan belum lagi disahkan, namun dikhabarkan Michelle Yeoh turut sama akan mengadakan majlis di Malaysia dan Hong Kong. Sebelum ini Michelle Yeoh telah menangguhkan perkahwinannya kerana pemergian ayah tercinta pada tahun lalu.michelle yeoh kahwin

Semoga segala persiapan berjalan lancar hendaknya. Sekali lagi tahniah diucapkan atas berita gembira ini.

Written by Bella | July 30th, 2015

Peserta Dewi Remaja 2015, Mawar Rashid tidak pernah lekang dengan gosip ataupun kontroversi. Bermula dengan isu beliau dan GST kini beliau dikecam apabila memuat naik foto berpeluk sakan dengan kekasihnya di atas katil.

Foto tersebut telah disebarkan menerusi akaun Instagram miss_kepoh dimana ramai mengkritik beliau sehingga digelar Mawar maksiat (fuh makan dalam tu).

Kalau kata kurang cerdik nanti marah la pulak, tapi tolonglah “pandai” kan diri tu sikit dan janganlah seronok tekan butang upload dan akhirnya memuat naik foto yang boleh menimbulkan kontroversi. Dah banyak kes artis sebegini. Bila orang kutuk janganlah melenting pulak kalau memang berpunca daripada anda sendiri.

Sumber  Berita : Instagram Miss Kepoh

Written by Bella | July 30th, 2015

Penyanyi serta pelakon popular Indonesia, Agnes Monica baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak berani menayang peha kekar kepada umum melalui akaun Instagram miliknya. Peha kekar ataupun sasa cukup sinonim dengan lelaki-lelaki sasa yang melibatkan diri dalam arena sukan bina badan.

Agnes Monica yang kini obses untuk mendapatkan bentuk badan lebih cantik dan kekar dari awal  telah memohon agar fotonya terbarunya itu  tidak dikritik  secara membabi buta dan berharap pengikutnya juga sentiasa menjaga kecergasan diri.

Tidak salah untuk memberikan motivasi ataupun nasihat kepada peminat untuk kekal sihat dan cergas, yang salahnya adalah ketika anda menayang foto peha anda secara melampau tanpa perasaan malu. Apa-apapun tuan empunya badan tetap selesa dengan penampilan beliau. Acane?

 Sumber Berita: Media Hiburan