Written by AbangNara | June 29th, 2015

Maruah untuk seorang wanita adalah perkara yang amat penting. Apabila gambar separuh bogel yang mirip dengan diri anda disebarkan, sudah tentu maruah yang ada dalam diri hilang begitu sahaja. Walaupun kemungkinan gambar tersebut dimanipulasi dan bukannya gambar ‘real’, sedikit sebanyak ia tetap memburukkan nama anda. Itulah yang terjadi kepada Tasha Shilla apabila gambar separuh bogel yang didakwa miliknya tersebar baru-baru ini.
tasha shillaLaporan polis sudah pun dilakukan bagi menyiasat pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut..Namun bagi Tasha Shilla, penyebaran gambar tersebut membawa maksud ada pihak yang tidak senang dengannya dan sengaja mahu menjatuhkan maruah dirinya. Gadis cantik seperti Tasha pasti ramai yang cemburu. Asal ada sahaja peluang, pasti akan digunakan untuk menjatuhkan Tasha. Kata Tasha:-

Saya sudah buat laporan dan serahkan kes ini kepada pihak polis. Di balai polis mana? Tak perlulah tahu. Biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan. Perkara ini privasi saya dan ia melibatkan maruah saya dan saya tidak mahu komen apa-apa sebab bimbang kenyataannya nanti dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Saya kecewa dengan pihak yang ingin menjatuhkan maruah saya tetapi saya hanya mampu berdoa dan menjalani kehidupan seperti biasa. Terpulang pada masyarakat hendak kata apa. Apapun, benda yag terjadi ini buat saya lebih kuat dan tabah.

Ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dengan kes jenayah. Saya berdiam bukan bermakna saya tidak mengambil berat kes ini tetapi biarlah saya berjuang dalam diam. Susah senang biar saya tanggung sendiri.

Saya tak tahu (ada pihak sengaja sabotaj). Saya hanya berdoa pada Allah. Saya bersyukur kerana saya mempunyai keluarga yang sendiri menyokong saya

tasha shilla

Walaupun dunia hiburan tanah air kita tidaklah sebesar mana, namun terlalu banyak kontroversi dan perkara tidak masuk akal yang sering berlaku. Jadikanlah ia sebagai pengajaran dan iktibar. Tak kisahlah sama ada gambar itu ‘real’ atau dimanipulasi, kita sebagai pengguna teknologi terkini (handphone canggih) dan sebagainya, haruslah sentiasa berhati-hati apabila menangkap sebarang gambar. Tiba-tiba kalau telefon kena pecah masuk, habis terbongkar segala rahsia dan tersebar segala gambar di dalamnya. Tak gitu? Kepada Tasha, bertabahlah. Ini semua dugaan dan ujian buat anda.

izieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) All items ready stock. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian dan FREE POSTAGE bagi order RM150 dan ke atas. Lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di website IzieFashion, Facebook IzieFashion & Instagram IzieFashion ^_^. 

 

Written by AbangNara | June 29th, 2015

Sukanya Abang Nara melihat kecomelan anak Safee Salie dan isteri yang bernama Shanika Salsabilla ini. Shanika telah pun dilahirkan pada 15 Jun yang lalu. Untuk mengabadikan detik-detik indah Baby Shanika, Camora Arts telah pun merakamkan aksi comelnya ketika baru berusia 10 hari. Dengan tema ‘Jungle Theme’ kali ini, memang terserlah kecomelan Baby Shanika ini. Apa pun, tahniah buat Safee dan isteri atas kehadiran cahaya mata anda.

safee sali shanika

Untuk makluman, sarang bunga untuk sesi fotograri ini telah ditempah khas dari En. ismail ishak. Sementara set patung pula datang dari NanaAlyaDanis serta kostum Singa telah dikait oleh Knitwie. Camora Arts juga telah menyiapkan set buaian bayi yang ditempah khas dari Custom Frame Malaysia untuk menjayakan “Jungle Theme” fotografi kali ini. Memang dedikasi dan profesional sungguh mutu serta hasil kerja yang diberikan. Puas hati sangat-sangat.

safee sali shanika

Lagi beberapa gambar Shanika Salsabilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Camora Arts.

 
Written by Bella | June 29th, 2015

Pelawak serta penyampai radio popular, Salih Yaacob bakal menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan bersama isteri keempat beliau, Samihah Syeikh Amy atau mesra disapa Emi yang dijangka akan melahirkan anak mereka pada bila-bila masa sekitar minggu ini.

Salih dan Emi telah bernikah pada tahun 2011 dan tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini.

Hubungan harmoni dikalangan isteri-isteri Salih juga dijadikan contoh buat lelaki yang ingin berpoligami kerana jelas pelawak tersebut boleh berlaku adil dengan isteri-isterinya.

Selain bakal memperoleh anak ke 13, Salih turut mempunyai enam orang cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

Alhamdullilah, Salih Yaacob diberi lagi rezeki untuk menimang cahaya mata bersama isteri keempat beliau selepas hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga. Kami yakin Salih akan dapat menjaga anak yang bakal lahir ini dengan baik dan teruslah berlaku adil. Bukan senang untuk hidup berpoligami ini, banyak hati yang perlu dijaga. Semoga proses bersalin akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

Written by serenity | June 29th, 2015

Gara-gara dimaki hamun oleh Azwan Ali di Twitter, seorang wanita dan ahli keluarganya dapat makan percuma di restoran stik terkenal. Pelik tetapi benar, namun ia satu kisah yang trending di laman sosial hujung minggu yang berlalu. Semuanya bermula apabila Azwan Ali yang terkenal dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya bertanyakan tempat yang bagus untuk menikmati stik.

Seorang wanita telah mencadangkan bagi Azwan untuk makan di Me’nate, sebuah restoran yang dikenali dengan hidangan stik yang harganya boleh mencecah RM 1,000 – RM 2,000 sepinggan kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.

Namun begitu, Azwan menyangka wanita itu yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut di bulan Ramadan yang mulia.

Nur Azira bagaimanapun memberi reaksi yang tenang terhadap maki hamun tersebut dan menerangkan yang dia mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik daging.

Khabarnya, disebabkan salah faham ini Azwan telah menukar status akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada ‘private’.

Tetapi, apa yang lebih menarik, Nur Azira telah diberi peluang oleh Restoran Me’nate untuk makan stik di restoran itu bersama ahli keluarganya secara percuma. Khabarnya nilai stik yang dihidangkan kepada Nur Azira oleh Me’nate ialah RM 4,678.90.

A photo posted by Ajiwaaaa (@nurazirawa) on

Begitulah secebis kisah di bulan puasa. Gara-gara bertenang apabila dimaki hamun, seorang wanita mendapat sesuatu hadiah yang tidak diduga. Mungkin inilah hikmah dan kebesaran Ramadan Al-Mubarak. Allahuakbar.

Begitu sporting ‘flashmob’ Silat oleh Ahli2 Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yg juga merupakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 28 June 2015