Written by Bella | June 25th, 2015

Hubungan cinta Aliff Aziz dan kekasih Bella Astillah sudah diketahui ramai, sudah hampir enam bulan menyulam kasih penyanyi tersebut sudah bersedia dan merancang untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyifatkan Bella adalah gadis yang cukup baik serta memahami dirinya, Aliff merencana untuk mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya itu pada Disember tahun ini selepas selesai dengan urusan mempromosikan album terbaru beliau.

Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya.

Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini.

Berbicara tentang tarikh pernikahan pula, buat masa ini Aliff Aziz belum memikirkan perkara tersebut dan mahu kekasihnya itu tamat belajar dahulu serta menyerahkan segala perancangan kepada Allah SWT.

Bercakap mengenai perkahwinan pula, saya belum fikirkan lagi kerana saya mahu fokus kepada permulaan semula kerjaya saya dan saya juga mahu Bella tamat belajar dahulu. Perkara yang baik semestinya akan Allah bantu jika niatnya betul, Insya-Allah.

Jika niat Aliff Aziz itu betul dan baik pasti ia akan dipermudahkan. Lupakanlah kisah silam serta imej budak nakal yang dahulu dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab selepas ini. Harus bersedia daripada pelbagai aspek apabila ingin menggalas tanggungjawab sebagai suami orang.

Sumber Berita: Murai

 

Written by Bella | June 25th, 2015

Agak lama kita tidak dengar sebarang perkembangan terbaru mengenai Abby Abadi, sudah lama menyepikan diri baru-baru ini Abby Abadi telah meluahkan rasa terkilan terhadap pengunjung bazar Ramadhan dan juga peniaga di bazar tersebut yang dikatakan meniaga dengan mengambil kesempatan ataupun memancing nafsu makan daripada mereka yang berpuasa.

Berikut adalah luahan penuh Abby Abadi berhubung isu tersebut di akaun Instagram miliknya:-

Mungkin ada benarnya dalam kata-kata Abby Abadi mengenai isu berkenaan apabila ada yang berbelanja berlebihan sehingga membazir dan ada juga peniaga menipu dan menjual lauk basi kepada pelanggan. Namun, harus diingatkan tidak semua berkelakuan begitu.

Buat peniaga ada yang menggunakan peluang di bulan Ramadhan untuk mencari rezeki lebih demi menampung perbelanjaan Aidilfitri. Siapa tahu sumber kewangan mereka kurang dan dengan cara ini sahaja ia boleh membantu mereka?

Buat pembeli pula, seperti yang anda sedia maklum jika mereka tinggal di ibu kota balik kerja sahaja sudah menghadapi kesesakan jalan raya tentu sekali mereka tidak mempunyai masa untuk masak ketika berbuka, jadi dengan adanya bazar Ramadhan lebih mudah untuk mereka membeli juadah untuk berbuka puasa bukan?

Soal ibadah serta amal jariah seseorang  pada bulan mulia ini kami rasa ia tidak perlu dipersoalkan, hanya Allah SWT dan orang itu sahaja yang tahu. Tidak salah untuk menegur tetapi fikirkanlah logik akalnya juga. Wallahualam.

Written by AbangNara | June 25th, 2015

Mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 2 juta orang adalah satu perkara yang cukup mengujakan. Untuk seorang selebriti seperti Nora Danish, ia adalah satu tanda aras kepopularitian. Namun semakin ramai pengikut, semakin banyak ragam. Ada yang sentiasa memuji, ada yang tumpang gembira dengan kebahagiaan Nora Danish dan yang pasti, ada sekumpulan ‘haters’ yang sentiasa akan cuba mengkritik, menghina dan mengeluarkan kata-kata nista.

nora danish

Sebenarnya Abang Nara respek juga kepada Nora Danish (dan juga selebriti lain yang mempunyai ratusan ribu pengikut). Bukan senang nak tebalkan telinga buat tak tahu dan tidak membaca komen negatif yang dilemparkan kepada kita. Kalau Abang Nara lah, mesti dah naik angin dan terbakar jiwa raga. Namun Nora Danish memang ‘cool’ orangnya. Semua itu dianggap lumrah kehidupan. Kata Nora:-

Sedangkan pemimpin negara pun dikutuk, apatah lagi selebriti biasa seperti saya. Bagi saya, segala kutukan yang dilemparkan adalah lumrah dalam kehidupan.

Saya lebih suka tidak ambil tahu mahupun membaca satu persatu komen negatif peminat. Setiap komen, saya balas dengan ungkapan Alhamdulillah

nora danish

Sempoi juga teknik menjawab komen negatif dengan ‘Alhamdulillah’ ini. Confirm si pengkomen bengang. Kadangkala yang suka bagi komen pelik-pelik ini adalah attention seekers. Nak jadi popular sekelip mata jadi buatlah komen mengarut di Instagram artis-artis. Makin dilayan, makin syoklah diorang. Jadi tindakan Nora untuk jawab dengan Alhamdulillah sahaja memang satu keputusan yang bijak. Confirm mati kutu dibuatnya. Hehehe.

nora danish

Apa pun selamat berpuasa diucapkan kepada Nora Danish. Bulan puasa ini Nora Danish khabarnya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan ibadah. Suka juga Abang Nara tengok Nora dan Nedim petang-petang pergi pasar Ramadhan. Siap naik motor lagi. Comel sangat-sangat. Lagi beberapa gambar Nora Danish dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Leka main telefon sehingga kaki termasuk lubang longkang

 
Written by AbangNara | June 25th, 2015

Setelah Fahrin Ahmad meluahkan kata-kata rindu kerana tinggal berjauhan dengan isterinya, Elena Hani. Kali ini giliran orang rumah pelakon kacak ini pula berkongsi kisah menarik mereka. Memang sukar tinggal berasingan dan mengamalkan perkahwinan jarak jauh, lebih-lebih ketika dalam fasa permulaan di mana masing-masing baru hendak mengenali pasangan.

elena hani

Nasib baiklah tahun ini Elena yang bekerja sebagai pramugari Emirates Airlines dapat mengambil cuti untuk sama-sama berpuasa di samping Fahrin Ahmad. Kalau tidak pasti lebih sedih lagi. Menariknya, Elena mengakui dirinya menangis ketika dia dan Fahrin Ahmad terpaksa pergi ke haluan masing-masing selepas bulan madu mereka baru-baru ini. Kata Elena:-

Selama lapan tahun saya di perantauan. Kalau setiap kali Ramadan, saya berpuasa di Dubai ataupun di dalam kapal terbang.

Syukur permohonan cuti saya lulus dan tahun ini saya lebih teruja sebab berpuasa dengan suami. Cuti pendek, jadi di siang hari kami banyak urusan dan bila balik rumah, kami berbuka dengan apa makanan yang ada saja dulu.

Selepas selesai solat terawih baru kami akan makan makanan berat sama ada memasak atau makan diluar tetapi sahur kami lebih meriah sebab kami akan masak.

Saya akui memang apabila berjauhan ia sedih sangat dan rindu pada dia. Macam masa selepas bulan madu hari itu, dia balik ke Malaysia dan saya pula ke Dubai, saya menangis sebab sedih dan kasihan keseorangan di sini

Fahrin Ahmad juga ada berkongsi rasa teruja untuk mengetahui jadual penerbangannya isterinya setiap bulan kerana mahu merancang pertemuan mereka. Kelakar juga bunyinya namun inilah cabaran perkahwinan jarak jauh. Kata Fahrin:-

Buat masa ini kami berjauhan lagi tetapi kami sudah ada beberapa perancangan dan beberapa pilihan. Cuma, kami tidak mahu terburu-buru.

Kerja dia memamg tidak menentu dan susah nak dapat cuti tetapi apa yang seronok, setiap bulan kami akan berdebar-debar menunggu jadual kerja dia keluar.

Macam Julai nanti, dia ada penerbangan ke Singapura, jadi saya akan jenguk dia di Singapura nanti. Kemudian ada perancangan nak balik sekejap ke Johor Baharu

fahrin elena

Semoga keputusan yang bakal diambil oleh Fahrin dan Elena akan memberikan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau lama sangat duduk jauh, tak bagus juga kan? Tersiksa jiwa dan raga. Apa pun, Abang Nara suka tengok pasangan ini. Sangat sweet. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber MalaysianDigest.

 
Page 10 of 56« First...89101112...203040...Last »