Written by serenity | May 16th, 2015

Di samping Lana Nodin dan Daud Mckienzie, bekas suami Abby Abadi yang kini merupakan artis di bawah agensi bakat Jamal Tommy iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar telah melangsungkan pernikahan dengan seorang penjawat awam, Noriah Mat Isa pagi tadi.


 photo 11245260_1057867614242044_1590910939_n.jpg
Noriah ialah seorang ibu tunggal dua anak. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Bersama kita doakan perkahwinan Farhan kali ini berkekalan hingga ke Jannah.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Festival Tari Malaysia bakal berlangsung pada 4-6 Jun 2015 di Auditorium Bandaraya DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 14 May 2015

 
Written by serenity | May 15th, 2015

Kalau pagi tadi berlangsung majlis pernikahan antara pelakon sensasi Lana Nodin dengan atlet kacak Mohd Daud Mckienzie, malam ini pula ialah majlis resepsi perkahwinan mereka yang juga berlangsung di Palace of the Golden Horses. Lana masih mengenakan gaun rekaan Altelia Almani.


 photo 11208000_822060174515031_665639644_n.jpg

Antara rakan selebriti yang hadir ke majlis mereka ialah Norish Karman, Aida Aris, Sharifah Shahira, Iqram Dinzly, Elyana, Anne Ngasri dan Anita Baharom.

Lagi 38 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Avicenna Studio dan Bunga Studio.

Hujung minggu yang menggembirakan…Tandakan kalendar anda!!! Program SENI & BUDAYA akhir Mei hingga Jun 2015…#mysenibudaya #jkkn

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 14 May 2015

 
Written by AbangNara | May 15th, 2015

Kumpulan Sepah satu ketika dahulu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Mamat. Antara ramai-ramai Mamat adalah yang paling kurang lawaknya dan paling tidak menonjol sehingga ada yang mempersoalkan kehadiran Mamat di dalam kumpulan tersebut. Selepas kumpulan Sepah berpecah, Jepp dan Shuib membentuk Sepahtu dengan seringkali menjemput seorang pelawak lain. Secara jujur gandingan Sepahtu dengan pelawak lain agak tidak menjadi sehingga ada yang mahukan Mamat kembali.

mamat sepah

Terbaru menurut Mamat, sengketa yang timbul antara dirinya dan anggota kumpulan Sepah yang lain telah pun selesai. Malah Mamat membayangkan keinginannya untuk bersatu kembali di bawah payung Sepah. Kata Mamat:-

Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir

mamat

Teringin juga melihat kumpulan Sepah beraksi seperti di awal kemunculan mereka. Walaupun Mamat jarang mengenakan ‘punchline’ yang hebat, namun impaknya di dalam kumpulan tersebut tetap besar. Bak kata orang, bila seseorang itu tak ada, barulah kita akan rasa kehilangannya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Mamat dan kumpulan Sepah. Kalau ada jodoh, pasti mereka akan bersatu kembali. Apa kata anda? Sumber portal Murai.

Written by AbangNara | May 15th, 2015

Seringkali apabila bercerita tentang dunia lakonan, kita akan memandang serong kepada mereka yang berkecimpung di dalamnya. Antara tanggapan yang selalu diberikan ialah krew-krew dan para pelakon tak bersembahyang, kalau penggambaran waktu Ramadhan semua ponteng puasa dan para pelakon bebas bergaul sesuka hati. Senang cerita, lebih banyak persepsi negatif berbanding positif membabitkan mereka yang terlibat di dalam industri lakonan Malaysia.

ummi nazeera

Menariknya, Ummi Nazeera yang kini telah kembali aktif berlakon selepas penghijrahannya memaklumkan anggapan masyarakat tersebut adalah salah. Berkongsi pengalaman sendiri ketika berlakon drama Cik Puan Sinderella, para krew dan pelakon telah bersembahyang berjemaah sebaik sahaja azan berkumandang. Kata Ummi:-

Ramai yang menyatakan industri ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Ditambah pula persepsi serong orang di luar sana mengenainya. Selepas berhijrah ke arah yang lebih baik, saya nampak banyak perubahan dalam industri lakonan. Sejujurnya, saya tidak nampak pun apa yang tidak sihat.

Sewaktu menjalani penggambaran telemovie, Cik Puan Sinderella, pengarah akan menghentikan seketika penggambaran untuk kami bersolat. Krew-krew juga akan berhenti bekerja seketika untuk solat berjemaah. Jadi, saya sendiri tidak faham apa yang teruknya tentang industri kita. Persepsi masyarakat itu sendiri yang memburukkan sisi baik dunia lakonan.

Itulah antara perkara yang yang membuatkan saya sedih dengan pemikiran masyarakat yang kerap kali melemparkan pandangan negatif. Mereka lebih nampak yang tidak baik daripada yang baik.

ummi nazeera

Terharu Abang Nara membaca pengalaman Ummi Nazeera. Memang jauh berbeza produksi dahulu dan sekarang. Secara jujur, Abang Nara pernah melihat dengan mata kepala sendiri para pelakon dan krew tidak berpuasa ketika menjalani penggambaran di bulan Ramadhan. Namun nampaknya semua itu sudah berubah. Alhamdulillah. Mungkin ini impak daripada penghijrahan ramai selebriti sejak kebelakangan ini. Semoga ia berterusan hendaknya. Sama-sama kita doakan. Sumber ManggaOnline.

Page 30 of 54« First...1020...2829303132...4050...Last »