Written by AbangNara | April 28th, 2015

Selepas berjaya memperolehi segulung ijazah dari Korea Universiti pada tahun 2008, Abang Nara pun pulang ke Malaysia dengan semangat yang penuh berkobar-kobar. ‘Aku balik nak cari kerja dan nak ada duit sendiri, kata hati ini. Teringat lagi beberapa impian yang Abang Nara senaraikan di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Iyerlah, dah balik Malaysia, ada kerja, mestilah ada beberapa perkara yang kita sendiri nak beli dengan duit sendiri kan? Antara impian Abang Nara ketika itu ialah:-

1. Ada kereta sendiri

Yeah!!! Kereta. Perkara pertama yang bermain di minda Abang Nara. Iyerlah, ada kereta senang sikit nak keluar jalan-jalan. Mana tahu lepas 2,3 tahun dah ada awek boleh bawak si dia keluar dating naik kereta. Kalau tak silap kereta idaman Abang Nara ketika itu ialah Honda Civic. Dapat pulak yang Type R. Pergh!!! Memang meleleh awek tengok!!!

golden emperor

seksi bro!!!

2. Tolong emak bapak

Selepas terleka dengan duniawi (kereta di atas), Abang Nara terus teringat emak dan ayah yang tercinta. Selama ini mereka telah banyak menghabiskan wang membesarkan diri ini. Jadi apabila dah bekerja nanti, tibalah masa untuk membalas budi. Abang Nara sematkan impian untuk bagi sebahagian daripada duit gaji kepada mereka. Tak banyak pun tak apa. Yang penting jujur dan ikhlas.

3. Enjoy puas-puas sebelum kahwin

Enjoy di sini bukanlah bermaksud pergi clubbing, jadi mat rempit dan sebagainya. Sebaliknya lebihi kepada membuat aktiviti seperti bermain futsal, main Dota, lepak kedai mamak dengan member-member dan main snooker. Sebelum kahwin kena buat puas-puas dulu. Nanti dah kahwin ada tanggungjawab baru. Takkanlah nak tinggalkan bini tidur sorang-sorang kat rumah kita gi lepak ngan member kan? Tak gitu?

4. Cari awek untuk dijadikan isteri

Setelah bertahun-tahun awek Korea mengkagumi kekacakan wajah Abang Nara, kini tiba giliran awek-awek Malaysia pula untuk jatuh cinta dengan diri ini. Ketika itu Abang Nara tak letak harapan yang tinggi sangat. Cukuplah dapat awek yang mencintai diriku dengan tulus dan sanggup bersuamikan diri ini. Sekali tue dapat pula awek cun yang telah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak Abang Nara. Alhamdulillah.

golden emperor

inilah buah hati pengarang jantung Abang Nara

5. Beli rumah untuk buat tempat tinggal dan pelaburan

Rumah sendiri sememangnya penting lebih-lebih lagi apabila sudah bekeluarga dan mempunyai anak-anak. Masa bujang bolehlah duduk rumah sewa. Bila dah beli rumah sendiri, nak juga merasa beli 2,3 buah rumah lain sebagai pelaburan masa depan. Rumah sendiri kalau boleh rumah tereslah. Rumah untuk pelaburan tak kisahlah kondominium ke, flat ke, yang penting lokasi dan harga berpatutan.

golden emperor

dapat rumah macam nie memang menangis dibuatnya

Alhamdulillah selepas pulang hampir 7 tahun, hampir kesemua impian di atas telah pun menjadi kenyataan. Kereta dah ada, enjoy pun dan enjoy, awek pun dah jadi bini, mak ayah pun dah tolong semampu boleh, rumah untuk tinggal satu keluarga pun dah beli. Cuma tinggal satu perkara je tak tercapai iaitu rumah untuk pelaburan. Dulu masa Abang Nara mula-mula balik, harga rumah teres boleh lagi dapat bawah RM300,000, tapi sekarang dengan harga tue, nak beli kondominium kat Kuala Lumpur pun tak dapat. Memang harga hartanah di Malaysia meningkat macam nak gila. Menangis nak beli untuk buat pelaburan sebab takut tak berbaloi.

golden emperor

Jadi adakah impian untuk Abang Nara memiliki rumah sebagai pelaburan akan berkubur begitu sahaja? Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Kalau harga rumah di Malaysia mahal, inilah peluang untuk kita melihat harga-harga hartanah di luar Malaysia. 9 dan 10 Mei ini bertempat di JW Marriott KL, Golden Emperor, sebuah syarikat pelaburan dari Hong Kong akan mengadakan sebuah property showcase khas untuk mereka yang berminat melabur projek hartanah di Phuket, Thailand. Projek tersebut adalah sebuah kondominium. Harganya? Jeng, jeng, jeng. Jangan terkejut. Bermula dengan RM250,000 SAHAJA, anda boleh mendapatkan sebuah unit kondominium dcondo Mine di Phuket, Thailand.

golden emperor

Abang Nara terus rasa berminat untuk menghadiri property showcase ini. Sebab pertama sudah tentu kerana harganya yang murah iaitu bermula dari RM250,000. Kalau kat KL dengan harga tersebut memang dah tak dapat dah kondominium. Keduanya, kondominium ini menjanjikan rental guarantee sebanyak 7% untuk tahun pertamanya. Dan yang ketiga, banyak faedah faedah seperti spa, golf dan juga bot yang bakal diperolehi oleh mereka yang membuat pelaburan ini.
Menarik bukan?

golden emperor

Tak salah rasanya untuk pergi intai-intai terlebih dahulu property showcase ini yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 Mei ini di JW Marriot KL. Nak beli atau tidak itu belakang cerita. Yang penting pergi tengok dulu jika ada masa. Untuk yang berminat, bolehlah isi borang di bawah atau RSVP di http://goldenemperor.com/thailand/news/phuket-property-rm250000-50-financing atau emel terus ke contact@goldenemperor.com. Jangan lupa pilih sesi anda untuk memudahkan pihak pengurusan.

Kita jumpa nanti di JW Marriot Hotel KL. Selamat mendaftar!!!

Written by Bella | April 28th, 2015

Terdahulu, Vanidah Imran telah dilucutkan jawatan sebagai bendahari di dalam Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas beberapa konflik dan isu melarikan buku cek.

Sepanjang tempoh  perkara tersebut berlaku, hanya presiden persatuan itu Zed Zaidi yang banyak mengeluarkan kenyataan kepada umum. Vanidah seakan tidak mahu mempertahankan dirinya dan hanya diam seribu bahasa dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah punca sebenar disebalik insiden yang berlaku.

Baru-baru ini, Vanidah telah tampil dan memberitahu belum masanya lagi untuk beliau menjelaskan isu tersebut dan meminta sedikit masa untuk menjawab segala persoalan.

Belum tiba masanya lagi untuk saya beri apa-apa kenyataan. Kita tengok apa akan jadi nanti tetapi buat masa ini saya tidak boleh komen.

Masalah mula berlaku dalam ahli jawantankuasa (AJK) SENIMAN apabila Vanidah didakwa telah melarikan buku cek persatuan itu dan enggan  memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta mengeluarkan wang untuk menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa presidennya, Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember tahun lalu. Namun, Vanidah mendapat sokongan daripada enam AJK baharu yang mempertahakan tindakan Vanida menyimpan buku cek tersebut.

Kami harap Vanidah Imran boleh segera menjelaskan perkara yang berlaku dan sebab beliau menyimpan buku cek tersebut. Sebelum ini kita hanya dengar dakwaan daripada sebelah pihak sahaja dan ianya agak tidak adil untuk pihak Vanidah. Apa-apa pun kita ikuti perkembangannya nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Written by AbangNara | April 28th, 2015

Hujung minggu lalu, buat pertama kalinya, wajah puteri sulung hasil perkongsian hidup Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah didedahkan kepada umum. Memang comel cahaya mata pasangan sama cantik sama padan ini. Untuk makluman, nama si comel ini ialah Nur Afrina Ariana. Kalau tak silap Abang Nara, wajah Nur Afrina telah di’sorok’kan daripada umum selama 60 hari.

nur afrina

Rupa-rupanya ada sebab tersendiri Almy Nadia men’yimpan’ anaknya daripada tatapan orang ramai. Seperti yang kita ketahui, keyboard warriors memang ramai di Malaysia ini. Ada jenis yang kerjanya hanya mengutuk orang lain. Tak boleh tengok kebahagiaan mana-mana pihak. Asalkan ada peluang, cacian dan makian akan dikeluarkan, walaupun ditujukan kepada seorang bayi yang tak berdosa. Kerana keyboard warriors inilah Almy Nadia takut untuk mendedahkan wajah anaknya. Kata Almy:-

Pada mulanya bukan saya tidak mahu berkongsi wajah anak kepada umum tetapi saya mengambil pendekatan supaya lebih berhati-hati kerana risau kutukan yang bakal diterima oleh orang yang digelar keyboard warrior. Kami memilih hari ini (Ahad lalu) sempena hari ulang tahun pertama perkahwinan suami untuk tampil mendedahkan wajah anak kepada umum menerusi media sosial

almy

Mungkin apa yang terjadi kepada Black dan keluarga telah menyebabkan Almy Nadia berhati-hati sebelum mengambil keputusan mendedahkan wajah anaknya. Buat keyboard warriors di luar sana, kalau nak mengutuk pun, janganlah libatkan bayi-bayi dan anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa. Diorang bukan tahu apa-apa pun. Cuba bayangkan kalau anak sendiri kena kutuk. Tak ke sedih?
punca rambut gugur toppixP.S: Pening dengan masalah rambut gugur? Dah cuba pelbagai rawatan dan petua untuk mengatasi rambut gugur namun masih gagal? Jangan risau kerana kini ada rawatan rambut gugur/hair loss treatment yang dijamin berkesan di Malaysia. Produk Toppik Malaysia ini akan mengembalikan kelebatan rambut anda dengan segera. Toppik Tiada kesan sampingan seperti yang sering dialami oleh mereka yang menjalani rawatan hair transplant di Malaysia. Apa tunggu lagi? Layari laman web Toppik atau LIKE Facebook Toppik Malaysia untuk melihat sendiri testimonal para pengguna yang berpuas hati.

Written by Bella | April 28th, 2015

Sebelum ini, terdapat laporan akhbar mengatakan pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sedang hangat bercinta apabila mereka berdua kelihatan cukup mesra baik di dalam foto ataupun di luar.

Walaubagaimanapun, Syarul dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan bersama aktres jelita tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain.

Syarul berharap dengan penjelasan yang diberikan tiada lagi peminat yang salah faham dan akan membangkitkan isu tersebut. Sebagai seorang pelakon yang masih di peringkat awal dalam kerjaya lakonan, beliau tidak mahu namanya dikenali kerana gosip dan kurang selesa untuk berbicara soal peribadi kepada umum.

Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah.

Gosip mereka berpacaran mula meliar apabila kedua-dua mereka dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti Jelajah Bas #Dramasangat TV3 dan TV9 di Melaka baru-baru ini.

Tidak dinafikan jika mereka bercinta memang sweet seperti yang peminat mahukan tetapi kami difahamkan Syarul Ridzwan sebenarnya sudah berpunya, jadi semua ini hanya gosip semata-mata.

Sumber Berita: mStar Online

 

Page 5 of 53« First...34567...102030...Last »