Written by serenity | April 12th, 2015

Mungkin anda tidak mengenali bintang lelaki terhangat di China kala ini iaitu Aarif Rahman yang menjadi bualan kerana siri zaman dinasti The Empress of China bergandingan dengan Fan Bingbing. Dia memegang watak sebagai putera mahkota mengahwini Fan Bingbing dalam drama itu dan menjadikan wanita itu seorang maharani.


 photo AR_4.jpg
Menurut Drama Fever, wajah eksotik Aarif bagaimanapun ialah hasil darah campuran dan pelakon ini juga boleh bercakap dalam empat bahasa. Aarif Rahman juga dikenali sebagai Aarif Lee memiliki darah campuran Arab, Melayu dan Cina dari bapa seorang warganegara Malaysia, manakala ibunya berketurunan cina Hong Kong. Namun begitu, Aarif ialah seorang warganegara Kanada.


 photo B0XipyBIMAA5OAN.jpg

Aarif yang berusia 28 tahun juga berkebolehan sebagai penyanyi, penulis lirik dan pencipta lagu. Dia telah memenangi beberapa anugerah muzik sebelum ini.

Berikut dipaparkan gambar-gambar hot Aarif Rahman sepeti yang dipaparkan dalam majalah Men’s Health baru-baru ini. Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 12th, 2015

Malam tadi telah berlangsung malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015 di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK) di Kuching, Sarawak. Ia juga menyaksikan pelakon Bront Palarae dianugerahkan trofi Aktor Terbaik untuk filem Terbaik Dari Langit. Filem itu yang diarah oleh pengarah Nik Amir Mustapha turut dinobatkan sebagai filem terbaik ASEAN untuk tahun 2015.

Skrip filem Terbaik Dari Langit ditulis oleh Redza Minhat berkisar mengenai seorang pengarah filem Indie yang menjemput rakan-rakan sekolah asramanya untuk menjalankan penggambaran filem mengenai UFO dengan menjelajah seluruh negara. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang perjalanan mereka yang memberikan gambaran mengenai perasaan mereka kini sambil mengimbau kenangan masa bersekolah.

Perjalanan itu juga tanpa dijangka memberikan penyelesaian kepada beberapa konflik yang pernah timbul antara mereka sebelum ini.

Berikut ialah senarai pemenang AIFFA 2015.

Tahniah diucapkan kepada Bront dan team Terbaik Dari Langit. Kita memerlukan lebih filem seperti ini. Mungkin sesuatu dengan kualiti yang sama tetapi lebih bersifat mesra audiens? Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan.

Written by serenity | April 12th, 2015

Sebelum ini Zizan Razak ialah antara pelawak yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova yang sering menghantar mesej lucah melalui pendedahan dua orang wanita. Zizan bagaimanapun menafikan dia ialah pelawak yang dimaksudkan.

Melalui BH Plus, Zizan bagaimanapun memberitahu akan melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis Terengganu berusia 24 tahun pada Jun ini dan akan pulang ke kampung dalam masa terdekat untuk urusan merisik dan meminang. Khabarnya, gadis pilihan hatinya itu tidak perlu bersolek tebal untuk kelihatan cantik.

Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu.

Bagi Zizan keputusan untuk berkahwin dalam masa yang singkat ini bukan satu tindakan drastik atau terburu-buru. Dia membuat keputusan itu memandangkan usianya mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

Namun begitu, Zizan mendakwa dia juga menderita dan menangis hatinya sehinggakan dia terpanggil untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Kalau begitu eloklah. Walaupun dia melihat tindakan ini sebagai bukan sesuatu yang drastik, lain pula dengan masyarakat yang memerhati. Diharap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Zizan dan bakal isteri.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 6 April 2015

Written by serenity | April 11th, 2015

Bermula pada pukul 8.00 malam tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Siti Elizad Sharifuddin, 31, dengan suaminya Shamsul Baharin Rahman, 43, di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur.


 photo 11137790_1623791877856462_940088778_n.jpg

Elizad mengenakan busana Jimmy Couture dan solekan oleh Epie Temerloh. Pasangan ini telah bertunang pada tahun lepas dan bernikah pada 11 Januari lepas dalam majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga rapat atas permintaan bapa Elizad.

Lagi 7 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Siti Elizad.

Jom semarakkan seni budaya di program-program anjuran JKKN berikut:1) Siri Semarak Bangsawan: Raja Ku Puteh 10, 11…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 April 2015

 
Page 30 of 53« First...1020...2829303132...4050...Last »