Written by AbangNara | April 29th, 2015

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin yang telah pun bertudung sepenuhnya. Yana hari ini telah tampil dengan imej menutup aurat untuk rancangan Wanita Hari ini yang bersiaran pagi tadi. Yana tampak lebih manis, ayu dan menawan dengan tudung berwarna pink. Pastinya orang yang paling gembira dengan perubahan ini adalah suami Yana sendiri, Fadzil Zahari.

yana samsudin bertudung

Yana Samsudin telah memuatnaik 2 keping gambar dirinya dengan imej bertudung di Instagram dan telah menerima banyak komen positif daripada para peminat. Sudah tentu para peminat gembira dengan penghijrahan ini. Semoga ia berkekalan. Kata Fadzil Zahari:-

Tada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab. Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi.

yana samsudin bertudung

Tahniah buat Yana Samsudin atas penghijrahan ini. Semoga kekal menutup aurat. Sumber Berita Harian.

 
Written by Bella | April 29th, 2015

Rasanya sekarang semua sudah tahu mengenai video Mawar Rashid yang dikritik kerana tidak tahu erti GST ( Goods and Service Tax). Jika anda menonton video tersebut pasti anda boleh perasan wartawan yang menemuramah peserta Dewi Remaja, Elly Arifin mungkin agak kekwat.

Perkara ini juga mendapat perhatian bekas wartawan yang cukup disegani, Suhaimi Sulaiman yang menegur wartawan didalam video tersebut.  Menurutnya, sebagai seorang wartawan Elly sepatutnya tidak berlagak angkuh ketika mengendalikan temuramah dan harus bijak.

Tambah beliau lagi, tidak salah untuk bertanyakan soalan yang susah tetapi Elly tidak harus memberi tekanan yang melampau dan menampakkan seseorang itu kurang cerdik di hadapan kamera. Pelbagai lagi cara yang boleh beliau lakukan untuk menguji tahap pemikiran seseorang. Namun, apa yang berlaku baru-baru ini jelas memperlekeh etika kewartawanan.

Kami bersetuju dengan kenyataan Suhaimi Sulaiman mungkin format Dewi Remaja untuk melakukan temuramah seperti itu, tetapi pada masa yang sama mereka masih boleh menghormati seseorang itu dan bukannya memanfaatkan kelemahan orang lain untuk menghangatkan lagi situasi. Ini bukan kali pertama wartawan HLive Elly Arifin mencetuskan provokasi dan kontroversi. Sebelum ini, beliau juga telah mencabar kesabaran Sharnaaz Ahmad dengan menanyakan soalan yang tidak sepatutnya.

Sumber Berita: Facebook Suhaimi Sulaiman

 

 
Written by Bella | April 29th, 2015

Erin Malek yang sebelum ini merasa agak terkilan apabila foto ultrasound bayinya tersebar di Internet tanpa kebenaran beliau telah memaafkaan individu tidak bertanggungjawab itu dan enggan terus sakit hati dan tertekan memikirkan soal tersebut.

Saya tertekan apabila terkenangkan hal itu tetapi tidak mengapa. Saya tidak mahu terus tertekan kerana dalam keadaan sekarang saya harus pastikan kandungan berada dalam keadaan baik. Jadi, saya maafkan orang itu.

Mengakui merasa rindu untuk beraksi di kaca televisyen, Erin bagaimanapun memberitahu beliau merasa seronok menjadi seorang suri rumah dan tidak sabar untuk menanti kelahiran bayi kembarnya pada bulan September nanti.

Setiap hari saya nikmati keseronokan sebagai wanita mengandung.

Saya banyak habiskan masa di rumah, banyak membaca tentang kehamilan. Saya buat senarai barang-barang keperluan untuk menyambut kelahiran cahaya mata kami tetapi satu barangan bayi saya belum beli lagi sebab masih awal lagi. Saya bersyukur kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami.

Ramai yang gembira buat Erin apabila menerima berita beliau hamil anak kembar, sudah tentu mereka ingin mengetahui jantina bayi tersebut. Namun, buat masa ini Erin mahu merahsiakannya sehingga tiba masa yang sesuai nanti.

Mengandung di usia muda banyak kelebihannya, badan pun masih kuat tetapi harus dijaga juga dari segi pemakanan dan aktiviti seharian. Kami berdoa agar Erin Malek bersalin dengan lancar dan semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 
Written by Bella | April 29th, 2015

Didalam setiap kejayaan yang dikecapi sekarang, pasti ada kesusahan yang ditempoh dahulu sebelum berjaya. Begitu juga dengan pelawak terkenal Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn yang pernah melalui zaman dimana mereka kenal erti merasa susah.

Dalam satu temubual di portal Utusan Online, Ozlynn mengakui merasa bangga dengan Johan dan menganggap suaminya itu anugerah yang terbaik dari Tuhan kepadanya kerana Johan seorang lelaki yang baik dan selalu mendahulukan keluarganya dalam setiap perkara.

Ozlynn juga memberitahu pada satu ketika dahulu, beliau terpaksa membenarkan Johan untuk menggadai barang kemas yang merupakan hadiah perkahwinan mereka demi sesuap nasi.

Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu

Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit.

Tambah Ozlynn lagi, mereka juga terpaksa untuk memberikan air kotak soya sahaja kepada anak mereka  kerana pada waktu itu mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli susu. Saat itu paling menyedihkan buat mereka.

Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai .

Tiada rezeki yang datang bergolek,  kita harus berusaha untuk mengubah taraf kehidupan kita sendiri.  Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.  Kalau sudah berjaya jangan pernah lupa dimana kita bermula dahulu.

Sumber Berita: Utusan Online