Written by AbangNara | April 24th, 2015

Menarik juga pengalaman yang dikongsikan oleh Remy Ishak ketika melakonkan babak intim bersama Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Adegan tersebut dirakamkan di tepi pantai dengan ombak yang begitu kuat dan batu karang di bawahnya. Walaupun sekadar lakonan semata-mata, kesukaran dan cabaran yang dihadapi ketika merakamkan babak tersebut jelas membayangkan kemarahan Tuhan dan alam kepada mereka yang melakukan maksiat. Fuh!!!

pilot carfe

Kata Remy Ishak:-

Adegan itu dilakukan di antara dua buah batu yang besar dan kami berada di atas batu dan dipenuhi batu karang di bawahnya. Apa yang seram ketika itu adalah untuk menghadapi setiap ombak yang datang. Ini kerana ombak itu berlalu seperti mahu menelan kami sekali ke dalam lautan. Ada ketika bila ombak itu datang dan pergi, saya perlu berpaut kepada batu untuk mengelakkan diri daripada hanyut dibawa arus.

Walaupun dalam wayang kita lihat babak itu hanya sekejap , tetapi saya yang melakonkan dapat merasai apa yang berlaku. Saya dapat rasa betapa kemarahan tuhan dan alam kepada dua orang yang melakukan perbuatan terkutuk pada ketika itu juga, walaupun hanya sekadar lakonan. Ia seperti benda betul berlaku.

Di bawah tapak kaki saya, sehingga sekarang masih lagi mempunyai kesan berlubang akibat daripada adegan tersebut. Itulah ibarat betapa marahnya alam pada mereka yang melakukan maksiat.

izara

Cuak kan? Itu baru berlakon. Kalau ada yang ‘adventure’ nak buat maksiat tepi pantai, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Jadikan pengalaman Remy Ishak ini pengajaran. Kang tak pasal-pasal kena telan ombak. Tak pun terhempap kena batu karang sampai cedera parah. Tak ke sedih? Sumber Utusan Malaysia.

Written by Bella | April 24th, 2015

Fasha Sandha antara aktres yang mempunyai mutu dan gaya tersendiri didalam lakonannya, dengan bakat semulajadi beliau khabarnya produksi Filem Anak Mami Nasi Kandar telah menawarkan bayaran RM150,000 kepada Fasha untuk membintangi filem tersebut.

Namun, Fasha nampaknya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu dan memberitahu beliau lebih mengutamakan susunan jadual dan komitment dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran.

Maaf, mengenai bayaran adalah perkara sulit antara pihak produksi dan pengurusan artis. Saya tidak mahu komen panjang isu bayaran (lakonan) dan jadual saya serahkan kepada pengurus saya, Nik Yasmin yang sudah 11 tahun bekerja dengan saya.

Saya lebih mengutamakan isu jadual dan komitmen dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran.

Buat masa ini, Fasha sedang sibuk dengan perniagaannya sendiri dan bakal memperkenalkan jenama pakaian kanak-kanak cetusan inspirasi dari anak lelakinya Putra Rayfal dan anak tirinya Putra Rayqal.

Kami tidak terkejut sekiranya seseorang artis itu menerima tawaran yang tinggi untuk menjayakan sebuah filem kerana skop kerja mereka lebih berat. Berbicara soal Fasha Sandha yang bakal mengeluarkan jenama pakaian kanak-kanak sendiri, pada kami ia satu langkah yang bagus untuk menjamin masa depan beliau, rezeki dalam bidang lakonan tidak menentu, kata orang sediakan payung sebelum hujan.

 

 

Written by Bella | April 24th, 2015

Baru-baru ini, beberapa foto seorang gadis yang dikatakan sebagai bakal isteri Zizan Razak iaitu Nur Edora Diyana telah tersebar di Internet.

Menerusi akhbar Kosmo, bapa kepada Zizan Razak mengesahkan gadis dalam foto itu adalah Nur Edora.   Anaknya itu telah membawa gadis tersebut untuk berjumpa dengannya sebanyak tiga kali di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 2014 dan meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.

Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja. Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya.

Walaubagaimanapun,  bapanya menafikan dakwaan yang mengatakan Zizan sudah bertunang dan kahwin secara senyap-senyap dengan Nur Edora.

Berdasarkan maklumat sesetengah pihak,  rencana untuk bernikah dengan gadis tersebut berlaku sebulan sebelum konflik hubungan Zizan dan kekasihnya  Emma Maembong berlaku. Malah pada waktu tersebut keluarga Zizan dan Nur Edora sudah bertemu untuk membicarakan soal pernikahan anak-anak mereka.

Jika benar pertemuan dua keluarga ini terjadi sebulan sebelum Zizan Razak dan Emma Maembong menghadapi konflik dalam percintaan, adakah bermakna Zizan sebenarnya curang? Kami tidak menuduh tetapi  pasti ada sebab tertentu Emma sudah tidak mahu kembali pada Zizan.

Sumber Berita: Kosmo

 

Written by AbangNara | April 24th, 2015

Tidak dinafikan yang puteri sulung Che Ta dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sangat comel orangnya. Sekali pandang tak puas. Kalau jumpa mesti nak babap beribu-ribu kali. Abang Nara memang suka melihat gambar-gambar keletah comel Aaisyah di Instagram yang sering dimuatnaik oleh Che Ta. Sayangnya apabila ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Aaisyah untuk dijadikan bahan pelaris produk yang dijual. Hmmmmm.

aaisyah dhia rana

Selaku seorang ayah Abang Nara memahami perasaan Che Ta yang marah dengan situasi ini. Iyerlah, anak kita digunakan tanpa kebenaran untuk produk yang entah betul entah tidak keberkesanannya. Kata Che Ta:-

Saya tak buat Instagram untuk Aishah tapi gambar-gambar yang di kongsi di Instagram tu cuma ‘hashtag’ saja. Namun, saya marah dengan pihak ambil kesempatan sesuka hati menggunakan gambar Aishah untuk ulasan produk mereka. Ada yang meminta maaf tetapi kemudian mereka masih gunakan juga

aaisyah dhia rana

Jangan kerana sikap segelintir peniaga online ini akan menyebabkan Che Ta malas nak muatnaik gambar-gambar comel Aaisyah Dhia Rana selepas ini. Tak pasal-pasal pengikut setia yang hanya mahu melihat perkembangan si comel itu turut sama terkesan. Diharap tiada lagi kes seumpama ini berlaku di masa depan. Sian Aaisyah dieksploitasi sejak kecil lagi. Sumber MalaysianDigest.

Page 10 of 53« First...89101112...203040...Last »