Written by AbangNara | March 27th, 2015

IKEA adalah salah satu tempat feveret untuk Abang Nara dan wife jalan-jalan cari barang rumah. Sambil tengok perabot-perabot yang ada, sambil berdating. Seronok juga berangan dengan wife tercinta dengan barangan yang ada dijual di IKEA. Nak bilik tidur macam itulah, nak bilik anak yang ada katillah dan macam-macam lagi.

ikea

Minggu lalu, tengah boring-boring duduk rumah, Abang Nara pun ajak wife pergi ke IKEA. Bukan untuk mengimbau kenangan lalu, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah yang telah lama menjalar di rumah kitorang. Mana tidaknya, kaki Abang Nara seringkali menjadi mangsa terpijak mainan Aariz. Antara barangan mainan Aariz yang selalu terdampar di pantai akibat tidak cukup kotak storage ialah Hot Wheels, patung Ultraman, McQueen dan macam-macam lagi. Motif utama pemergian ke IKEA kali ini ialah untuk beli tempat simpan mainan Aariz dan juga berwindow shopping.

ikea

baru sampai jadi kosong lagi barang

Mari kita tengok apa yang ada di IKEA:-

ikea

almari letak baju nie letak kat bilik tetamu pun okay jugak nie

ikea

mak aih banyaknya pilihan Bedroom nie, berpinau mata

ikea

yeah jumpa dah kotak storage mainan Aariz

Sekarang ini IKEA sedang mengadakan promosi Bedroom & Bathroom untuk kesemua para pelanggannya. Barangan kat IKEA ini sebenarnya mengajar kita untuk menjadi kreatif sikit. Contoh kalau benda yang dibeli itu dijual di bathroom, tak bermakna ia tak boleh digunakan tempat lain. Kena gunakan kreativiti sikit. Bab-bab menjadi kreatif nie, Abang Nara serahkan kepada wife je. Mana dia kata okay, Abang Nara belikan. Lagipun perempuan nie memang diakui lebih pandai bab-bab menghias.

ikea

hari ini kita try duduk dulu, esok lusa kita try beli pulak

ikea

ok kat sini banyak nak kena beli nie

ikea

cadar katil, sarung bantal dan macam-macam lagi ada di IKEA nie

Apa yang menariknya tentang pembelian tilam atau dalam bahasa omputihnya matress di IKEA ini ialah jaminan selama 25 tahun. Pergh!!! Lama kan tue? Lagi best kalau dalam tempoh masa 100 hari korang tak puas hati, boleh bawak balik matress tersebut dan tukar tanpa sebarang persoalan. Best kan? Dan kalau beli barang banyak sangat sampai tak muat kereta, IKEA ada sediakan perkhidmatan penghantaran. Sekarang ini ada promosi RM40 untuk delivery sekitar Lembah Klang bagi pembelian melebihi RM1,500 untuk produk PAX wardrobe dan hiasan dalaman KOMPLEMENT. Terbaik kan?

ikea

jangan lupa daftar sebagai IKEA Family untuk mendapat lebih banyak kelebihan

Separuh hari di IKEA, maka selesailah pembelian Abang Nara dan isteri. Mesti korang tak sabar nak tengok hasilnya kan? Meh sini Abang Nara kongsikan khas untuk tatapan anda semua.

ikea

(rak nie dibeli di bathroom punya section tapi convert jadi tempat letak makeup)

ikea

bekas-bekas GODMORGON letak makeup nie pun dari tempat bathroom

ikea

lilin untuk wangikan lagi bilik air

Amcam cun tak idea kreatif wife Abang Nara? Hehehe. Abang Nara pun kagum dengan hasilnya. Masa beli tue Abang Nara memang tak berapa faham sangat. Ternyata barangan IKEA ini memang serba guna kalau pandai. Ok jom kita tengok bilik Aariz pulak.

ikea

katil nie memang dah beli lama dari IKEA, kali nie kita tukar cadar pulak)

ikea

jimat lebih ruang dengan kombinasi STUVA Series Storage

ikea

karpet pun dari IKEA

ikea

ha settle semua barang mainan dia letak dalam storage box. Puas hati!!!

ikea

ni pulak ruang untuk tukar lampin baby. Boleh jugak letak kotak PYSSLINGAR, senang untuk simpan baju atau barangan kecil

Abang Nara memang berpuas hati dengan pembelian IKEA kali ini. Selesai masalah yang melanda dan dapat juga buat hiasan sikit di bilik tidur dan bilik air. Rasanya minggu depan nak pergi lagi sekali untuk tengok apa yang boleh dibeli untuk Arissa pulak. Sambil-sambil tue nak cari lampu untuk cantikkan bilik tidur Abang Nara. Korang pun kalau free, try lah pergi sementara ada promosi Bedroom&Bathroom nie. Kalau nak lagi idea atau tips macam mana nak hias rumah boleh lah ke IKEA.my/peribadi.

Jom kita tengok video IKEA nie pulak:

Written by Bella | March 26th, 2015

Penyanyi Najwa Mahiaddin telah sah bergelar isteri kepada Idris Koh dalam satu majlis yang telah berlangsung pada tengah hari tadi di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya.

Najwa dan Idris masing-masing kelihatan berseri-seri dan anggun dalam busana serba putih. Pasangan ini telah bertunang sekitar Disember tahun lalu.

Mereka mula berkenalan apabila Idris yang merupakan seorang  ahli muzik sering mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Najwa Mahiaddin dan Idris Koh. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan dapat membimbing di antara satu sama lain.

Sumber Berita: Murai

 

Written by Bella | March 26th, 2015

Beberapa ketika ini, siri drama adaptasi novel telah mendapat tempat di hati penonton. Fenomena ini boleh dikatakan sambuntannya cukup hangat setiap kali ia ditayangkan di televisyen.

Mempertaruhkan dua pelakon yang mempunyai karisma tersendiri, Ungku Ismail Aziz dan Elizad Shariffudin nyata berjaya menghidupkan watak El dan Kyra Lydia, sekaligus mengangkat drama Teman Lelaki Upahan ke satu tahap yang cukup hebat.

Jalan cerita Teman Lelaki Upahan juga cukup menarik dan keserasian El dan Kyra didalam drama ini sudah cukup mantap dan karakter El  yang lucu tetapi pada masa yang sama cukup gentleman telah membuat ramai gadis diluar sana cair.

Sebenarnya, nama Ungku Ismail dan Elizad bukanlah baru dalam industri lakonan tetapi menerusi drama ini nama mereka semakin menyerlah.

Melabuhkan tirainya hari ini , Elizad telah memberi sedikit gambaran apa yang akan terjadi malam ini.

Apa yang saya boleh kongsikan adalah akan ada konflik di pertengahan sebelum episod akhir. Saksikan siapakah yang akan EL pilih untuk kebahagiaannya.

Adakah Kyra dan El bakal bersatu? Apakah dendam kepada Kyra akan memakan diri El? El akan memilih Zara ke untuk melembutkan hati Ummi  agar memaafkan perbuatannya sebelum ini?  Sama-sama kita nantikan episod akhir  drama Teman Lelaki Upahan malam ini.

EDISI MACP.S: Jangan lepaskan peluang untuk turun padang melihat sendiri ribuan buku yang akan dijual di Buku & Bazar edisi Mac pada 28 dan 29 Mac ini (Sabtu dan Ahad). Bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, anda pasti akan berpuas hati dengan jenis-jenis buku yang akan dipamerkan. Maklumat lanjut layari Facebook Buku & Bazar Kota Buku.

 

Written by Bella | March 26th, 2015

Bila berbicara  tentang sikap Erma Fatima, ramai yang mengetahui penerbit tersebut lantang bersuara dan sering meluahkan pendapat melalui kiasan halus yang tersirat seribu satu makna.

Terbaru, Erma telah dikecam hebat kerana wujudnya salah faham bersama peminat apabila beliau memuat naik sebuah foto seekor singa memakai mahkota sambil duduk di atas kerusi beserta satu kenyataan atau lebih kepada luahan pendapat. Peminat menyatakan Erma sengaja mencetuskan provokasi melalui foto tersebut.

Sedar akan perkara tersebut, Erma telah tampil menjelaskan situasi dan sebenarnya tidak menujukan foto itu kepada mana-mana pihak.

Mempunyai pendirian yang tegas, beliau akan bertanggungjawab atas apa yang ditulis dan sema sekali tidak akan berganjak dan memadam gambar berkenaan.


Sebuah foto memberikan seribu satu tafsiran begitu juga dengan luahan pendapat seseorang. Ia bergantung kepada cara individu tersebut berfikir dan mentafsirkannya. Sama seperti jika kita membaca SMS seseorang. Kadang-kadang orang tu tidak marah tetapi kita baca dengan nada marah akhirnya timbul salah faham.

Sumber Foto & Berita: Instagram Erma Fatima